Sunday, March 25, 2012

Sushi

Sushi beli bukan buat sendiri, ikan2 mentah yang fresh. Paling faveret maguro, salmon dan unagi/anago. Act. lebih suka makan kat kedai sushi, tapi selalu jugak beli yang paket macam ni, sedap sebab hand made. Kalau kedai yang sepinggan 105yen tu sushi dia semua buat pakai mesin, kurang rasa sikit. Dah duduk Jepun harus makan puas2 sushi dia yang sedap. Ada orang masih tak boleh telan ikan mentah, tapi saya Alhamdulillah dah jadi kesukaan pulak. :D

Dari kiri merah tu ikan maguro(tuna), ada bahagian tersedap dalam tuna ni yg boleh jadi sushi termahal, sebelah putih tu sotong, ni saya tak berapa suka sangat sebab kenyal2 gitu. Sebelahnya salmon dan kuning tu tamago(telur). Bawahnya ebi(udang), faveret anak2, udang ni di rebus sekejap. Biji2 tu ikura(telur ikan), ini saya tak berapa suka makan sebab bila telur pecah dalam mulut rasa masin2.;p Sebelahnya tuna jugak, bahagian isi tuna yang dihancurkan. Sebelahnya tu saya tak pasti, rasanya jenis2 ika(sotong) jugak. Bawah tu telur, sebelahnya ikan tak pasti nama (paket dah kene buang hehe..), sebelah tu kani (ketam) kesukaan anak2 jugak dan last sekali unagi/anago(belut). Ini memang sedap kalau musim unagi saya memang akan order unagi saja. Lagi satu kalau makan saya suka letak wasabi banyak sikit. hehe..Jemput makan!

*Malam tadi dinner dengan kohai(junior) nak terpengsan makan banyak, sashimi, sushi dan macam2 hidangan. Tq adik kohai yang belanja. :D

*Amboi kat luar tu bukan main seronok lagi salji turun, masih berwinter kami kat sini. Tapi kat sini kadang2 memang April pun turun lagi. :) Tapi salji tebal2 keliling banyak dah susut dan mencair, beberapa hari ni hujan je, nak jalan pun tak best sebab basah, salji turun takpe lagi boleh redah, tapi kalau hujan memang habis basah.

20 comments:

ijayuji said...

Salam kak! aaarrrghhhh! kita suke maguro!!!! salmon tak teringin lagi nk makan sbb takut dia guna ikan salmon kat sini, kita nk yg jepunnyer salmon hihihi... ikura tu dah pernah makan, bila gigit kuar air2 dia, yg tu kita kurang sikit :D tamagoyaki tu ok, udang pun suke, ketam pun suke :D lain2 ikan tak makan :D teringin pulak nk makan sushi arini hihihi...

me suya said...

waaa sedapnya.. Suya suka sngt sushi.. tapi berpeluang makan kat sushi king or jusco je la.. hehehehe unagi and ebiko, mmg best :)

Amie said...

Yang tamago tu yang Kak Amie teringin nak rasa... selalu tengok kat tv tamago tu...sampai ngences2 kita dibuatnya. Selamat menikmati sushi ye As... makankan sikit untuk kakak ye, he he hehh

Kamalia said...

Saya la yg tak makan sashimi tu..serius,boleh trmuntah tp tulakan,rezeki tekak masing2 ek..betul,jarang buat sushi sndiri,baru 2kali buat kot..lagi sodap makan kodai ..
Berapa org kohai dtg?sini 1org..dah jd tradisikan kalau kohai dtg,mesti kena belanja senpai..;
p/s:tinga gatal lagi tak?jgn lupa letak ubat tu..take care kak.:)

wa said...

menyelerakan sungguh tengok gambar ni...
Hari tu kitorang tak tau mana nak cari sushi halal , last2 oder dalam AA je masa balik M'sia..:)

keli menari said...

macam sedap,tapi takot pulak nak makan.hehe

laskar pelangi said...

takde lah suka sangat makan sushi...uhuhu~

Acik Erna said...

assalam Asmara...acik makan sushi pun tak pandai..tapi beras jepun acik suka..makannya macam makan pulut pulak..

FnF Simple Life said...

kami hanya makan sushi bakar...hihi..nama je dok jepun...benda mentah sumer reject...

LydSunshine said...

As, cemane ni. Saya suka sgt sushi. Tapi derang kata sushi ni tak halal. Sebab ada letak cuka beras. Cuka beras tu sbenarnya bleh makan ke tak? Confuse ni. Biasanya makan kat sushi king je. Tapi still takde keberanian nak makan yg raw punya. Tak pelik ke rasa dia? Huhu.

Hanis MY said...

hanis suka isi tuna hancur dan ketam...yummyyyy... eh tetiba sibuk je nk enteprem hehe...

Unaizah said...

Nak jugak!!!! Dulu akak tak suka langsung sushi. Tp sekarang dah tukar jadi sangat suka. Sure sushi kat sana laaaaaagi sedap berkali-kali ganda dari sini.

nur easy said...

oh no no.. pagi lagi dah nampak perkara ni. harap2 xsampai termimpi2 nnti ;) fav unagi n kani

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantik tengok gambar sushi tu.. comel jer teratur...
Akak tak pernah pun makan sushi ni walaupun kat M'sia ni ada jual sushi, tekak tak boleh terima makanan yang mentah... ^__^

Betul As sementara duduk kat Jepun tu.. makan lah puas-puas kan ;)

γ‚·γƒ£γ‚€γƒž said...

syaima tak minat sangat raw sushi hehe. tapi kalau sashimi tu kalau kuar makan ngan member jepun kalau diorg order makan jela.tapi takkan order sendiri la hehe.

ade kwn baito sushi-ya hyaku en dia ckp penat gila sbb semua handmade. tapi part ikan tu je la tak guna yg betul2 sedap mcm sushi-ya mahal.

Juliet_iRa~" said...

sedapnyaaaaaaa sedapnyaa..haha

tp skang ni mcm xleh je mkn kat shushi king kat malaysia ni..ada certain y xhalal..huu..letak wain xsilap..tp y lain blh mkn..tp xtau la kira camne tu..wuu

ADEEYA said...

Hehe saya makan sushi salmon dengan tamago je. :D sedappppp

Asmara said...

Lyd, InsyaAllah tak semua sushi guna sake, kita boleh tanya ing. yang diguna, kalau confirm guna alcohol jgnlah makan. ;)

IDA said...

sushi tabetai..huwaaaaa

MaryaYusof said...

Nak sushi gak... Mcm sedap je... ade jgk jual sushi kat sini tp takut non halal... mkn kat kedai yg jual seafood jek... Yg telur tu sy rs loya lak..sb sy mmg tak mkn ikura-telur ikan...huhuu... menarik lak nak baca semua entry yg terlepas..hehehe

OOooo Kohai tu maksudnye junior...ok2 baru phm..hehehe