Friday, March 23, 2012

Blueberry Cheesecake

Selamat datang buat adik2 yang baru tiba hari ni untuk melanjutkan pengajian di Jepun. Yamadai tahun ni menerima 5 orang pelajar baru dari Malaysia. Good luck buat mereka! Jemput makan cheesecake! Buat ni untuk orang, saya tak rasa pun. Takpelah lain kali boleh buat lagi. Biasanya buat non bake tapi whipping cream dah habis, buat yang ni guna yogurt je, selain boleh jimatkan gelatin. hehe.. Resepi yang biasa dibuat di sini. Terima kasih tuan punya asal resepi. :D

Bahan2,
  • 250g cream cheese
  • 200ml yogurt
  • 2 sudu lemon juice
  • 3 sudu tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 90g gula
  • Blueberry jem
Base
  • 200g biskut merrie (blend halus)
  • 70g butter (dicairkan).
Cara2, 
  • Untuk base, biskut dan butter disatukan
  • Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang springform (dibalut dengan aluminum foil bahagian bawah)
  • Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam (saya masuk dalam peti ais beku 15 minit)
  • Putar creamcheese dan gula hingga sebati, masukkan telor dan putar lagi. 
  • Masukkan yogurt, lemon juice dan tepung, putar sebati
  • Masukkan 2 sudu blueberry jem, sebatikan dalam adunan. 
  • Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45 minit secara water bath (letak air panas dalam dulang oven)
  • Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang, sapukan blueberry jem dan hidangkan.

23 comments:

Haneem said...

TQ share resepi ni, akak belum pernah buat cheese cake ni lagi. Rasa nak cuba pulak.

~♥ OjaAmran ♥~ said...

At last jumpa jugak resepi yg senang. Esok boleh cuba! Tq dear :D

Asyifa Mustaffa said...

As salam, sedap nmpaknya...:)

Cheq Sue said...

as guna loyang berapa cm ya? macam nak cuba je. dah laa teringin nak makan CC...

LydSunshine said...

Ni feveret saya. Nyum...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mengigil tgk
actually tgk dok plan nak buat cis kek gak tapi hujan so malas nk kuar beli bahan la....terlioq ni ...bagi la 1 slice kat ai auwwww

Amie said...

Assalamualaikum As,
Kak Amie memang tak mau lepskan kalau dah jumpa blueberry cheesecake... sedaplaaaa...selalunya beli saja sepotong 2 di kedai.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap betul makan di petang hari...
Cucur air liur tengok chees cake Asmara ni...

Nanti nak cubalah.. terima kasih kongsi resepi.. ^__^

ShidaGhazali said...

ya ampun, mengancamnya kak...
mcm tau2 je plan nk wat cheese cake... sedap2...

kasihredha said...

sedap2
resepi kita hampir sama
cuma bezanya akak guna whip cream ganti yogurt tu
memang sedapkan terutama makan sejuk2

rosmina samin said...

Yay..sedapnya... Kak As ^-^

Nieza said...

akak baru jer buat cheese cake durian hari tu...tapi teringin pula tgk cheese cake as ni..sejukx2 ni memang simpan lemak tul la kalau asyik mkn cheese jer kan.

Acik Erna said...

assalam ..acik singgah sini sebab terliur tengok topping cheesecake tu

me suya said...

Nampak sedap sangat kak As.. teringin pulak suya nk buat..simple but looks so yummy..

Maira Anjami said...

wa..ramainya pelajar baru..thun ni xde kohai yg dtng sapporo pon..huhu

profmie said...

wah...sedapnya..1st time singgh blog ni..nice blog..siap ade psl jepun lg..like..hehee..best x duk Jepun..kihkih..jmputlah dtg blog sy..

ieda said...

Aduhhh jelesssnye dikk
Sedappp nie,akakpunsuke cheese cake, nak buat takut x jadi, nak cari bahan punn x pandai, tempah ajelahhh kalau nak makan huhuh

Nieda said...

Mmg sedap kek ni . Kebetulan akak pun buat kek ni baru2 ni...tapi akak beli kek yg segera dah. Mudah sikit. hanya balik tambah air sjuk kan dah boleh mkn.

Baru jumpa kat kedai baking tepung kek ni.Berbaloi2

aisha said...

salam perkenalan,

wahh cheese cake..sedap ye..bru nk diet ni,tgk cheese cake teringin pulak malm2 ni..:)

Nafisah Ruslan said...

yummeh~ sedapnye.

hai, saya datang dari blog abg ben.. hehe

Pka Rahim said...

salam perkenalan!

singgah dari blog abg ben
jemput datang blog pka ye

pkaemerald.blogspot.com

terima kasih :)

et said...

uishhhh.sedapnyerrrr

Papa Mifz said...

nak suruh wife buat la..;)

thx for the resepi..:)