Monday, March 26, 2012

Ayam Halia

Alhamdulillah akhirnya saya jumpa jugak resepi ayam ni. Dah lama saya cari resepi ayam masak macam ni tapi nama tak tahu, macam ayam black paper tapi tak pekat macam ni. Suka sangat jumpa resepi ni. Terima kasih Sue@nenie yang mencuba resepi ayam ni dan share resepinya. Resepi asal dari buku masakan Chef Hanieliza. Terima kasih chef! Harus simpan resepi kat sini, senang buat rujukan sendiri nanti. ;)

Sumber: Sue@nenie dari buku masakan Chef Hanieliza
BAHAN-BAHAN
  • 250 gm ayam
  • 1/2 s.teh tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
  • 1/2 s.teh serbuk lada hitam
  • 1 pokok daun bawang
  • 1/2 biji tomato (potong baji)
  • 1 sb minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan-B (dihiris) *saya blend 
  • 1 1/2 inch halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.Kemudian masukkan sedikit air
  3. Masakkan ayam sehingga lembut
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato dan daun bawang dan kacau rata.
  6. Sedia di hidang
*Bahan B tu saya blend semua sebab anak2 makan memilih nnti, bila hancur semua diorang makan. Cili merah saya tak letak. ;)
Sepanjang duduk Jepun pertama kali jumpa ikan pari (ada kot tempat lain) minggu lepas, teruja pulak terus beli, dah selamat buat asam pedas. Saya makan sorang, papanya tak makan pulak, rasa dia tak berapa sedap macam ada hanyir2 gitu, ikan pari mmg ada rasa gitu eh! (saya tak pernah masak pari, selalu makan mak masak tp sedap je) :D

21 comments:

シャイマ said...

yeay boleh try nanti!
pening dah taktau nak masak ape hari2..

nur easy said...

baru abis kelas, tengok ni baru teringat x lunch lagi..

Cho Zila said...

ni chinese suka kan..
memang sedap gak... nak pelbagaikan menukan...

ijayuji said...

Salam kak as! ikan pari mana hanyir, ke mmg masakan mak2 kita ni mmg buat ikan pari tak bau hanyir?? ahahaha... kita pun kdg gitu jugak, nak makan tapi tak tahu resepi apa, bila dah jumpa bukan man suke :D psst> kat sini dekat ngan mesia pun kita tak jumpa pari lagi tau! ada ke tak kita tak tahu tp kalau g kat kedai2 ikan dia org byk bela ehehe

Juliet_iRa~" said...

sedapnyaaa..lapar!heee

nt nak cuba gak laa..ngee

pss : akk lg teror laa buat tart dari ira..ngee..malu ira akk nm tempah..ahah ;p

izahdaut said...

saya pun dah try rasa nye resepi ni. mmg sedap n sempoii kan

Nazayiena said...

Sedapnya,kuahnya pun pekat juga ya...

ADEEYA said...

Yum yum. Sedapnyaaa. *perut dok bergendang dah ni.

Hanis MY said...

mcm best je resipi ni kak as... hanis pun tak pernah jumpa ikan pari, tak sama mcm ikan pari kat mesia ke huhu... teringat pulak ikan pari bakar...

nuwairani ismail said...

seronoknya dapat kenal akak! nani mula2 tak pandai jugak masak pari....try macam2 cara nak hilangkan hanyir...last sekali tau dah nak wat cemane..tu pasal leh kongsi dengan orang tu...

masa mula2 makan sushi, terus jatuh hati! sushi kat jepon tak macam sushi kat mesia...kat sana guna ikan fresh2...memang sedap la! feveret nani unagi, ebi, ngan telur ikan ape ntah yang kaler merah2...kalau isi ikan yang merah tu macam tak berapa boleh telan pulak, tapi salmon suke je! dengan ikan saba...kalau dapat makan mentah2, 1 piring pon habis!

rosmina samin said...

Awal2 pagi tengok gambo ni... Lapar pula... :) morning Kak As... (Lah ni jam 6.46 pg kat msia) Hihihihi

Langkawi Ink.Com said...

Kalau kat Kyoto atau Osaka, tak banyak masalah sangat.Saya selalu terjumpa ikan pari kat pasar sini.

Kamalia said...

ok,KIV resipi ni..pasni kaklau penim nak masak apo,boleh cuba yang ni pulakkan..nampak akak punya lauk ni buatkan saya lapar la pulak..huhu

Kamalia said...

chopp,akak..macam mana ads akak ok ye?akak buat mcm mana?saya punya masih mcm dulula..huhu..
onegaishimasu.:)

zulaiha said...

aslm,
kenal sama sy x?..act aku jd silent reader je sblm ni...arini lak terdetik nak coment....hehhehe...ko mmg full time masak je skarng ek???..tambah sihat le mu...bila nk blik m'sia?...ank2 mu pn da rupa jepun abis ..cute2.

ieda said...

ermmmmmmm sedap2 ..
leh try nie :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As...wah dah sampai Jepun pun Ayam halia ni...sama-sama n terima kasih juga buat Kak Hanieliza yang membukukan resipi sempoi tapi sedappp ni....

Asmara said...

Zulaiha, isk2 lama x dgr story mory. Nnti balik kita sembang2 ye. :)

zuelisha said...

auk...aku le ...hehehee...ko nk tau kt m'sia ni pun cbuk mkan mkn japan ...kt cni tgh cbuk ngan takoyaki & okonomiyaki ....(btul tak aku eja tu??)..best gak ...siap try wat sndri tu...hehhe

Asmara said...

Zue, senang je buatnya kan, asal bhn apa confirm jadi. :D

fazian.batrisyia said...

Kalau MIL sy masa beli ikan pari tu minta dia buang sekali kulitnya atas bawah tu...hitam & putih. Basuh dengan limau @ air beras.