Friday, March 16, 2012

Kuih Ketayap @ Gulung inti Lempuk Durian

Kuih ni saya panggil kuih gulung, baru kenal nama ketayap bila tengok2 resepi orang. Kuih ni saya buat inti letak lempuk durian. Alhamdulillah lempuk yang mak kirim tahun lepas masih elok lagi, baru guna berapa kali je, masa buat kuih serimuka dengan jemput2. Teringin sangat makan durian, dapat lempuk pun jadilah. :D
Act. buat ni untuk jamuan malam tadi, dapat rasa seketul pun jadilah. Inti ada baki, boleh  la buat lagi. :D Terima kasih tuan punya resepi. :)

Sumber: samsulaili.blogspot.com


KETAYAP
Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih
Gula biasa/ gula melaka secukupnya
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum *saya tak letak
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar *saya guna susu segar
secubit garam
esen pandan/4 helai daun pandan-mesin dengan sedikit air
pewarna hijau secukupnya
1 biji telur
sedikit minyak

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati kalau guna daun pandan.. mesin pastu tapis ambil airnya.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 4.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 5. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 4. 6. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang

*Bestnya harini budak2 last sekolah. Cuti panjang la sampai pertengahan April. Lega mama sebulan cuti buat bentou. hehe..

13 comments:

al-lavendari said...

kalau pasarkan kat Jepun tu, mesti laku ..

Lady Lavender said...

saya tak pernah tahu camana rasa lempuk durian. tahu makan durian aje hiihi...first time tengok ketayap inti lempuk durian :-)

fazian.batrisyia said...

Sedapnya...sama jek saiz. isnin dpn da abis cuti sekolah kat mesia..

Papa Mifz said...

wah kuih feveret papa mifz nih...

Mamasya said...

Aslmkum Asmara.kuih ketayap letak lempuk durian...harus dicuba ni sbb kat rumah byk stok lempuk baru angkut dr Msia.anak2 Asmara cuti sek...tentu sibuk dan meriah di rumahkan.

Cik TeN10 said...

kuih ketayap ni mmg fevret sy ni akak !! tp kt kg salu inti tak letak durian la just letak kelapa parut plus gula melaka je.. sedapye !! huhu

rosmina samin said...

Suka!!!!... My favourite ni kak As heee

Amie said...

Sedapnya As... ada lagi ke, mesti ada tu sebab banyak nampak As buat.

ADEEYA said...

Hehehehe

アヌムちゃん said...

aah laa kak as punya blog pun jd sama jgk kan.huhu
sedapnyee kuih ni..xpenah buat sndiri pun.huhuuu.

FnF Simple Life said...

wah...unti kelapa siap ada lempuk durian...mesti laa bertambah sedap... baru sedar...kami cuti2 malaysia belum sempat menikmati durian...alahai...

Kamalia said...

saya mcm LL jugak..tak tahu camne rasa lempuk derian tu..
ehem..nak tengok gambar kek yang cantik itu..hehe

c'axoera ヅ said...

Pandai mkn jer xreti buat hahahah