Sunday, March 18, 2012

Kerepek Popia Horlick

Beberapa hari lepas ada baca blog siapa eh yg baru buat popia horlick. Lupa sangat, saya ingat2 lupa blog siapa, sbb saya buat kunjungan balas dan komen kat situ. Maaf la yang berkenaan, masa baca tu terus teringin nak cuba sebab kulit popia banyak lagi kat rumah, simpan lama2 takut keras pulak. Resepi senang sangat pulak tu, boleh terus ingat. hehe.. Terima kasih pada tuan resepi. Saya buat separuh letak gula saja, separuh lagi letak gula dan horlick.
Haqem yang suka makan, Haziq makan sikit, Batrisya rasa satu je, dia tak minat pulak kerepek2 ni. Saya tulis semula resepi senang ni untuk panduan akan datang.

Bahan-bahan,
  • 10 keping kulit popia
  • 2 sudu tepung bancuh dengan air (untuk dijadikan gam)
  • 2 sudu gula halus 
  • 2 sudu Horlick
Cara-cara.
  • Gulung halus kulit popia, lekatkan guna gam tepung hujungnya
  • Gunting menyerong
  • Goreng hingga sedikit garing
  • Tos dan sejukkan sebentar
  • Tabur gula halus dan horlick 
  • Sedia dimakan. 
*Dah ingat dari blog kak Rostina. TQ kak! :D

13 comments:

Kamalia said...

dulu penah buat..ni resipi kak hana kalau tak salah sayala,dalam my resipi ado nih..sedap..sangat suka,tapi nak buat agak maleh..
pssttt..sweet paprika tu saya ganti dengan paprika biasa je.pastu aritu dah abih,saya ganti dengan chili powder je..cubola pulak..

rosmina samin said...

Yang ni sy boleh buat Hihihi
sosej Roll dulu yang Kak As tunjuk tu... Sy try buat then 3 Kali try baru menjadi... Hihihi

MaryaYusof said...

As salam Asmara...

Ya Allah sedapnye... Kuih ketayap lempuk durian lah... Popia horlick lah... Adoi, bila balik Msia ni? Nnt jemput Marya dtg rumah tau! Teringin nak rasa masakan kamu...huhuu :)

Lady Lavender said...

aritu pun teringat nak buat kerepek popiah ni tapi lupa tengok kat blog mana. Arini tengok As dah tayang kat sini nak try gak lah hiihii...saya pun kulit popiah pun dah berzaman kat dlm fridge. Thanks As share the recipe :-))

rostina76 said...

Resepi asal dr blog 3A's

ijayuji said...

Salam kak as! guna horlick? guna milo ok tak? eheheh.... kalau guna nestum dah pernah makan, yg guna horlick ni tak pernah cuba sb kita kurang sikit dgn horlick tp antu milo :D

Asmara said...

Kamalia, oh gitu. tq. :D

Rosmina, hehe.. cubalah senang je ni.

Marya, jemput dtg nnti. :D

LL, duduk rmh ni ada je benda nak mengunyah. :)

Rostina76, tq! dah ingat dri blog akak kan! :D

Ika, boleh je kot. ce cuba! :D

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam kenal,

cik ina kalau dapat popia horlick ni sebalang pun tak cukup. kadang tu tak sempat tunggu raya.

Amie said...

Eh...mini popia horlick! Sedap ni... tak sedar boleh makan satu tapau besar kat depan tv!

fAtihAhnAtAsHa said...

yummy bestnye kak as..popia horlick..kne try buat ni..^_^

~♥ OjaAmran ♥~ said...

wah menarik! kulit popia berkoyan-koyan dlm peti..boleh cuba lepas ni! huhu

c'axoera ヅ said...

Xdpt bayangkan Mcm mana rasanyer

AsmarArafad said...

singgah sini tgk resepi jap
http://asmarpunyablog.blogspot.com