Tuesday, March 27, 2012

Green tea/Ocha..

Green tea atau ocha atau juga dikenali sebagai matcha(jenis serbuk), act. macam2 nama bergantung kepada cara pemprosesan daun teh tu, minuman rasmi rakyat Jepun. Kalau makan di kedai2 atau restaurant di Jepun,  green tea dan air kosong disediakan percuma. Sangat menjimatkan tak perlu nak order air macam2 kaler. ;D
Ocha ni kawan Jepun saya bagi tanda terima kasih berkawan dengannya. Ini jenis yang mahal sikit, paket dia pun cantik dan special.  Dalam botol ni ada 5 paket, boleh guna 5x la, biasanya yang saya guna kat rumah dalam uncang macam teh biasa tu. Senang jugak disediakan. Jenis serbuk ni saya kurang gemar sikit, ramai jugak yang tak berapa suka minum ocha ni.
Matcha dalam bentuk serbuk, kalau di family restaurant/kedai sushi dll, biasanya disediakan serbuk begini dan kita bancuh sendiri dengan air panas yang disediakan. Sedia diminum begitu saja, oh ye jangan sekali2 letak gula, tak pernah ada orang minum ocha letak gula ye. hehe.. tp nak cuba apa salahnya, tapi pelik la kot rasanya. ;D

*oh sedih Acchan(Maeda Atsuko) sudah berhenti dari AKB48, tengah popular boleh pulak berenti. isk2.. patutla iklan Gree tatkde muka dia. huhu..

18 comments:

me suya said...

Suya xgemar la kak as rasa green tea ni..xberkenan dgn rasanya~

keli menari said...

owh ni rupenye.kalau green tea mlysia ni mcm pelik je.tiruan kot.hehe

Mixed-family in da house.... said...

Healthy drinks ni kak As....

ieda said...

sedap ke dik
biasa ada dgr tapi x berani nak cuba takut x sedap ekekek ;)

kyo_9 said...

sejak duduk di Jpon.. maccha tu dah macam minum harian kot.. haha

btw, nape acchan berhenti ek? mengandung ke? kui3

LydSunshine said...

Ooo.. green ni saya hanya minum kalau pegi sushi king. Walaupun takde rasa manis, tapi sesuai la dipadankan dengan rasa sushi. Rasa refreshing sgt. Yg serbuk ni mesti lagi pekat ek rasa dia. Nampak pun hijau pekat.

sue said...

sy suke ocha dan macha!!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..saya pun suka green tea tapi dalam bentuk dauk kering tulah..pernah sekali cuba yang serbuk...tapi kat anak tekak ni rasa macam pelik plak....

Tapi kalau yang serbuk senang kan nak buh dalam kek/muffin sebagai perasa...

Hanis MY said...

mmg nampak eksklusif... mcm kow je...

p/s: rini star cuti tapi sensei mcm paksa real je lepas siap bg task yg byk dn meeting next week wuwuwu...

rosmina samin said...

My favorite ni kak As, lepas makan kena minum green tea, sbb membantu mengurangkan toksin... :)

Langkawi Ink.Com said...

Sedih tau Acchan dah tiada (AKB48)..tapi tak pa, Tomomi Itano ada lagi :)

nuwairani ismail said...

kat event apa2 pon, diorang memang serve tea ni...ada yang pahit betol! teh yang dalam botol yang dijual guna vendor machine pon nani dah rasa pahit..inikan pulak dibancuh pekat2 sendiri...adeh! pahit2 pun, dah rasa rindu dengan teh ni.... :(

aReLaN said...

masa kat jepun dulu,AKB48 takde la top cam skang.tapi masa gi japan hari tu,memang lain giler rasa penerimaan peminat terhadap diorang.tak pernah ada orang bagi maccha.nak sket leh???hehehe

Asmara said...

Siapa la ganti acchan muka paling depan sekali nanti kan! Kene buat pilihanraya semula la jwbnya. :D

kasihredha said...

sedap tak as?
pssttt cawan tu cantik le

Kamalia said...

ehe..cantik cawan..aritu ada nampak kat dlm lemari u la..hehe
ai suka yg kaler black..yg macha ni sangat tak suka..;(

MaryaYusof said...

Jakunnye sy tengok green tea ni... Mcm alga laut lak warna die... Mcmana rasanye?? Sedap tak? Apa kelebihan die ek? Asamara u jwb tau soalan sy ni, hehehehe ...

Asmara said...

Marya, rasa teh biasa, tp tanpa gula. kelebihan rasa yg neutral tanpa perasa tmbahan. tak silap ada jual mana2 kot boleh tengok2 kat bahagian teh, kopi dll, msia pun ada. :)