Tuesday, February 14, 2012

Ski Taikai (Pertandingan Ski)

Pagi tadi sekolah Batrisya (Atago Shogakko) adakan pertandingan ski. Kami sempat la pergi tengok, hari ni untuk kelas tahun 1 je. Buat kat padang sekolah je. Padang yang sama masa marathon musim panas taun lepas. Sebelum bermula, sensei bagi sedikit ucapan dan kata2 semangat, hait! tunduk hormat lepas ucapan.
Giliran Batrisya mula2 sekali dengan 2 orang lagi kawan. Haruna-chan dan Ayaka-chan.
Start! Mama yang excited rasa nak try je. hehe..
Hasil pembelajaran ski dua kali seminggu. Seronok betul sekolah kawasan sini ada sukan ski, sekolah lain di Jepun tak pasti sukan apa yang ada waktu fuyu (winter).
Kene naik bukit ni lepas tu meluncur kat bukit sebelah kiri. Tak terkejar mama, masa ni nak amik video sekali rupanya video dah full kelam kabut keluarkan iphone, tapi dah tak sempat. hwaa.. tak suka! Dapat snap gambar sampai sini je.
Dah sampai. Pemenang ditentukan melalui kiraan masa. :)
Menunggu giliran kawan2 lain.
Seronok tengok budak2 ni, ada yang jatuh, ada jugak poles yang patah. hehe..
Haqem sibuk sangat nak duduk dekat kakak dia, suka nampak kakak! Gambar atas kanan tu cara nak naik bukit sebelum meluncur. Gambar bawah, dah sudah, takde umum pun pemenang, simpan rekod kat sekolah je. Budak2 have fun sangat2.
Haqem dapat jumpa kakak terus je peluk, siap nak ikut masuk kelas lagi. hehe.. Lepas ni dah boleh pegi main kat skijo pulak. Skijo masih dibuka sehingga pertengahan April nanti. Sempat la nak main puas2 lagi. ;D


15 comments:

Ijah EmoTemo said...

bestnyaa!! hehe comel je haqem peluk kakak dia heheh

アヌムちゃん said...

best2..
ramai la parents yg dtg tgk eh k.as..

Kamalia said...

huish..bestnye jadi budak2 tu..kat sini ade jugak,tapi anak kami kocik lagi..haha
ni skijou yg tepi jalan besar tu ke kak?

kasihredha said...

ya Allah cantiknya yuki dan pemandangan sungguh indah...dan suka tengok jaket anak2 yg berbagai colour :)

cik cek said...

Wah! bestnya....ibunya tak main ski sekali ke....:)

Hanis MY said...

auww seronoknyaaa...hanis pun excited tgk... kenangan batrisya sampai bila2 ni...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sure next year si adam kena gini gak sebab dengar jiran ckp anak dia kena pergi ski trip last week

シャイマ said...

seronok nye batrisya!! experience blaja skiing kat jepun!

Imran@Copenhagen said...

Nampak meriah! Kategori dewasa x de ke..

ADEEYA said...

Bestnyeeee!

Cik TeN10 said...

tak pernah try lg men ski.. mcm best je..

ololo comeynye haqem.. syg kt kakak dia tuu =)

Ida,Japan said...

bestnyer!! kt padang sekolah jer pun dh ada snow as.sini susahnyer nk tgk snow..tapi tak mo la pulak snow yg timbun2 tu...susah la pulak jdinya nk b'gerak

SURIA AMANDA said...

AWESOME...sgt2 menarik..dah rasa macam nak terjah sana jer...

Rumah Kuning said...

salam kenal. wah...bestnya.

Asmara said...

Kamalia, ni kat padang sekolah je. hehe..

Imran, ni kategori darjah satu je. dewasa kene pegi main kat tempat ski betul. ;D