Friday, February 3, 2012

Resepi Nasi Kerabu

Resepi nasi kerabu untuk simpanan dan rujukan. Senang nak buat lagi nanti. hehe.. Untuk resepi nasi dan sambal ikan saya amik dari burukvsbaik. Resepi sambal sambal tumis saya ambil dari yani myresepi. Terima kasih penyumbang resepi. ;D

Nasi,
  • 4 cawan beras
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 kuntum bunga talang@pewarna biru
  • *Nasi dimasak seperti biasa bersama bahan tambahan
Sambal Ikan,
  • 2 cawan kelapa goreng (kelapa digoreng sekejap)
  • 2 ekor ikan kembung@selar (direbus/bakar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • garam dan gula secukup rasa
  • *Buang tulang ikan yang telah direbus/bakar (tumbuk untuk lebih halus)
  • *Campurkan dalam kelapa goreng atas kuali bersama bawang
  • *perasakan dan goreng (tanpa minyak) hingga kekuningan
Sambal tumis Budu
  • 7 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 200 ml santan pekat
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu
  • garam dan gula secukup rasa
  • *Blend lada kering, bawang, halia, serai, kunyit hingga lumat
  • *Panaskan minyak, tumis bahan hingga pecah minyak 
  • *Masukkan santan, budu dan asam, perasakan dan kacau hingga sedikit pekat. 
Ulam2 dan bahan lain
  • Ayam goreng celup tepung
  • Daging hiris halus dan dibakar
  • Kobis hiris 
  • Kacang panjang hiris
  • Timun hiris
  • Taugeh
  • Keropok Ikan
  • Optional lain (lada solok, telur asin, bawang jeruk, sambal belacan)

18 comments:

Liza said...

salam asmara....wahhh bestnya ada nasi kerabu kat sini...peberet akak ni, mmg peberet giler tau...hihihihi

アヌムちゃん said...

waa sdpnyaaaaa

Asmara said...

Kak Liza, jadi perantau semua kene buat sendiri. hihi..

Anum, meh dtg sini, nnti boleh msk utk u pulak. :D

izahdaut said...

cantiknya warne biru. nampak segar dan suci. hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

k.as yg pewarna biru tue bukan from bunga ekkk...rasa mcm kwn ai org kelate la ckp yg biru tue from bunga apa ntah...ingat2 lupa la...but sedap nasik kerabu ni diri ku suka makan tapi malas nak buat ngeeee DUSH!

kasihredha said...

nasi kerabu ni masak waktu hanis datang hari tu ye...

sedapppp akak suka ...esp kalau ado budu..okhhh alohhh dok kabar make lepah namboh namboh.

Kamalia said...

Kak As sedapnya..saya takutnak buat nanti tak menepati citarasa kelantan celup kat umah ni.;))

Asmara said...

Izah, biru kaler kek. hehe..

Ayu, dah tulis kat resepi tu nama dia bunga talang, tapi boleh ganti dengan pewarna buat kuih tu. ;D

K kasih, haha..alamak x faham. :D

Kamalia, ala asal boleh je. hihi..

My name is Pqah said...

Sedap sedap!

Atashi In Hiroshima said...

perghhh... menariknye. :)

Juliet_iRa~" said...

nmpk sedap sgt...:)

bestnyaa..heeee

アヌムちゃん said...

kalau dekat dh lama dtg tau.huhu

Hanis MY said...

Oishikatta... Rabu rabu... Kak as ye ke yonezawa truk dlanda yuki, ab tgk kat news...

Papa Mifz said...

papa mifz tak mkn nasi kerabu...huhu

Cik TeN10 said...

Mlas nk buat tp nk mkn ja..aci tak? Huhu

cik cek said...

Rajinnya buat nasi kerabu...akak memang suka makan nasi kerabu ni...tapi tak penah buat sendiri lagi...amik resepi la dulu...

MaryaYusof said...

Wah, nasi kerabu...mmg dah kire terror dah ni :)

Zaza Fakharuldin said...

T.T teringin kut nak makan nasi kerabu