Thursday, January 19, 2012

Mee Rebus

Resepi mee rebus untuk simpanan dan rujukan. Saya tambah kacang tanah untuk kuah lebih pekat dan rasa lebih enak. Keledek pun boleh ganti dengan kentang. :D Lagi sedap ada cili jeruk/cili merah dan limau kasturi. Terima kasih kak hana share resepi.

Sumber: hanamemories.blogspot
Bahan-bahan
  • mee kuning - celur n toskan.
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering (saya guna 1 sudu cili serbuk je)
  • segenggam udang geragau/kering -ditumbuk 
  • 300g daging - direbus then potong nipis.air rebusan ketepikan
  • 2 sudu sos tomato 
  • 2 biji keledek sederhana
  • garam
  • gula
Cara-cara
  • Bwg besar, bwg putih, lada kering potong2 dan goreng sekejap.
  • Blend bawang, lada kering dan halia.
  • Panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau.
  • Masukkan air rebusan daging, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. 
  • Tunggu hingga mendidih dan pekat.
  • Hidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng dan jeruk cili.

14 comments:

Nieza said...

sedapnya mee rebus tu AS....kalau kena time sejuk beku kat sini memang terbaik la...adehh bila sejukx2 ni malas lak nk masuk dapur..tapi mkn jer rajinnya.hehe

izahdaut said...

Wah sedapnya. Biasa saya buat mee rebus xleh pedas kuahnya. Sbb anak2 suke. Makan ngan cili padi kicap nak bagi pedas. Sedap tuu

ADEEYA said...

Hoho dah lama tak makan mee rebus. Tiba2 rasa balik ni nak suruh mama masak kan :D hehehee

JaSSNaNi said...

assalamualaikum as, sedapnya mee rebus, ni feveret abah nani, kalau kata mee rebus, tak cakap banyak dia, terus dok depan meja siap2 tunggu nak makan.. hhihihi.. nani plak mmg suka makan mee rebus, tapi tak lah mcm abah.. :)

Cik TeN10 said...

perghh meleleh air liur tgk ! dh lama sgt xmkn mee rebus.. tggu balik raya nt je la nmpak gayanye.. huhu

Amie said...

lamanya tak buat mee rebus As.... tumpang cuci mata di sini ye As! sedapnya.....

cik cek said...

Sedapnya mee rebus....memalam singgah sini...teringin la pulak...jamu2 mata la dulu nampaknya..:)

kasihredha said...

ohhhh pingsannnn tengok mee rebus ni...nampak lazat sangat

Asmara said...

K Nieza, hihi.. tau xpe. lapo je la. ;D

Izah, pestime dgr mkn ngan cili kicap. sedap eh! :D

Adeeya, mesti lg sedap mama masak. :D

Asmara said...

Kak Nani, anak2 pun suka, mmg buat tak pedas, yg makan pedas sya sorang je. :D

Cik10, u kan pandai masak, meh la buat senang je ni. :D

K Amie, sedap!

Kak Cek, anytime boleh buat. ;D

Kak kasih, tak boleh lawan org lama. hehe..

Kamalia said...

eh,awat tak pearsan n3 nih?rajin sungguh mama ni buat mee rebus bagai..tak penah cuba buat lagi,soksok bole cuba la kot.;p

Nazayiena said...

Boleh ya keledek ganti ngan kentang,rasa sama ke?

Asmara said...

Kam, meh cuba beb. sedap! hehe..

Kak Nurul, rasa lain sikit kot, tp ok la, sbb keledek lebih manis kalau kentang kene letak gula lebih kot. :D

Ena's Palace said...

adus..
balik nak carik mee rebus nih
godaan...godaan
ternoda diet haku!...