Friday, January 20, 2012

Video main salji dan lori bersihkan salji

Selamat pagi Jumaat. Video ambil semalam masa Batrisya dan Haziq main salji kat luar rumah. 3 hari ni cuaca best sangat, panas dan matahari pun keluar. Main kat luar pun tak terasa sejuk sangat. Pagi tadi salji yang atas bumbung bangunan ni dah dibersihkan. Ingat nak amik gambar tapi segan pulak dengan pakcik yang bersihkan bumbung tu. hehe.. Eh pagi tadi kanto area turun salji, seronok la orang Tokyo/Yokohama salji turun tempat mereka. :D Kami kat sini hari ni panas matahari ada keluar walau suhu paling tinggi -1C dan paling rendah -3C.

Abaikan suara kanak2 riang dan pergerakan yang tak stabil (amatur). :D Video buat kenangan diaorang.

Haqem tido kat dalam tak dapat join. Main berdua je la. :)
Jalan raya berdekatan rumah. Kalau nampak traktor kuning tu untuk bersihkan salji di lorong pejalan kaki.
Lorong pejalan kaki yang dibersihkan. Sebelah kiri tu jalan raya besar atas tadi. Tengah2 antara jalan raya besar dan lorong pejalan kaki dah jadi dinding salji.
Jalan raya utama. Memang berais, tiap hari jika salji turun akan ada lori jentolak salji bekerja seawal jam 4 pagi untuk bersihkan jalan raya. Setengah jalan raya kat sini ada lubang dan paip air kecil mengalir di tengah2 jalan raya. Salji cepat cair kalau kene air. Kadang2 lori tabur garam lalu kalau salji terlalu tebal.
Ini lori yang membawa salji ke tempat pembuangan salji. Lori ni bawak salji yang dibersihkan di kawasan pejalan kaki tadi. Belakang tu giliran untuk jentolak yang besar.
Ini pulak jentolak salji bersaiz besar untuk bersihkan salji di jalan raya utama, salji disembur ke dalam lori untuk dibawa ke tempat pembuangan salji. Biasa jalan akan sesak sikit sebab akan ada banyak lori salji ulang alik bawa salji yang dah penuh. Ala macam bawak lori tanah tu.
Lorong pejalan kaki antara bangunan, kawasan universiti. Memang cantik!  Jangan bosan asyik tengok salji je eh. :D

15 comments:

Mixed-family in da house.... said...

kak....bes dengar anak2 ckp jepun.....depa tau ckp melayu?

Kamalia said...

haha..kami 1st time smpai aritu mmg sampai speechless tgok banyak sungguh yuki kiri kanan jalan..tabah sungguh orang kampung sana kan..

ADEEYA said...

Wahh memang cakap Jepun diaorang eh :D hehehee

nur easy said...

tebal betul yukinya.. tak penah jumpa y macam ni

AZIE said...

akak...suhu paling tinggi baru nie mencecah 5 degree bila zila keluar...seronok je rasa nak drive pun senang...nie tgh demam baru balik hospital...alhamdulillah tak de apa yang membimbangkan...mungkin suhu naik mendadak kot...esok dah la nak travel...bertawakal je la....

Imran@Copenhagen said...

kiut tengok depa main yuki dan cakap jepun

cik cek said...

Pandainya ckp jepun...:)

Chik Att said...

ralit dengar sikecik speeking jeponnn

Hanis MY said...

Tk jemu pun... I very loikeee... Bila nk g yonezawa lg...

Cik TeN10 said...

diorg speaking nihonggo mcm anak2 jepun dh.. diorang punya slank pn mcm org jepun.. budak2 ni cepat belajar kan.. kecik2 lg dh ckp jepun nt pera2 la nihonggo diorang.. jeles plak ngn nihonggo diorang ! haha

Asmara said...

Mixed family, cakap melayu tau jugak, tapi sususan ayat tak berapa nak betul. :D

Kam, kampung yg dah wujud beratus tahun lmnya. hihi.. dah biasa.

Adeeya, sesama dia mmg ckp jepun tp dgn mama dan papa kene ckp melayu. :D

Asmara said...

Easy, tu la x smpt dtg sini kan. :)

Azie, u moga selamat perjalanan esok! take care! :D

Imran, tq. bdk2 mmg cute. hehe..

Kak cek, dah sekolah sini. :D

Asmara said...

Cik Att, ;D

Hanis, meh la dtg lagi! :D

Cik10, hehe.. meh lawan ckp ngan diorang. :D

Unknown said...

tebalnya salji As.

Kalau tak tahu itu Batrisya dan Haziq, mesti ingat anak Jepun mana ntah ya...huhu

harleena said...

wah, bestnya tengok anak-anak main salji... Teruja betul dengar anak-anak cakap Jepun. Anak-anak akak punya seronok dengar dia orang cakap Jepun.. nanti, masuklah video lagi...