Tuesday, October 4, 2011

The Battle of Kawanakajima

Kisah Uesugi Matsuri tempohari tak habis lagi. Lepas tengok acara tembakan senapang tu kami menunggu untuk persembahan kemuncak iaitu The Battle of Kawanakajima. Peperangan antara tentera Uesugi Kenshin dan Takeda Shingen pada zaman Sengoku. Ikut sejarah mereka dah 5 kali berperang tapi keputusan seri sehingga Takeda Shingen mati. Jadi Uesugi dah tak ada lawan terkuat masa tu. Walaupun mereka berperang tapi mereka saling tolong menolong dengan memberi makanan dan ubatan ketika pihak lawan memerlukan. Perang saja2 nak tunjuk sapa kuat kot. Kisah peperangan ni turut dijadikan anime dan juga permainan video, tak ingat tajuk, tapi peminat anime ramai tau kot. :D
Seronok tengok, ada tentera berkuda, tembakan, berperang di sungai, dah macam real dengan peralatan, costum tentera dan samurai. Memang best! (Video amatur malas nak upload).
Lepas habis acara tu, kami bawah Azmi dan Azah tengok padi 'Tanbo Art' yang masih ada. Acara menuai padi ni akan diadakan pada 9 Oktober ni. Dah tak begitu nampak pokok2 padi yang berkaler seperti kami tengok awal2 dulu di sini. Gambar kat tanbo Art tu anak kepada Uesugi Kenshin, Yonezawa memang terkenal dengan sejarah dan kisah Uesugi nih. :-)

4 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

skrng ni musim menuai ek???
nnt padi tu nihonjin potong x?
soklan JAKUN ngeee

Ijah EmoTemo said...

wow! menarikk heheheh

Nieda said...

WAh..meriah sekali.Berasap berkepul-kepul.

Asmara said...

Ayu, haah dah musim menuai dah ni, pokok padi pun habis la nnti. hehe..

Ijah, best!

Kak Nieda, mmg acara tahunan paling happening kat sini. :D