Wednesday, July 20, 2011

Lukisan di sawah padi Jepun secara live!

Pernah tengok tak lukisan2 yang dibuat di sawah padi di Jepun! Dulu2 pernah dapat email pasal gambar lukisan di sawah padi ni, dari mula ditanam hingga pokok padinya naik dan jadi lukisan yang sangat cantik. Rasa kagum sangat! Rupa2nya lukisan padi ni berada 8km sahaja dari rumah kami! Dah berapa tahun kat sini baru kali ni dapat pergi. Aishh... bukan la jauh sangat, asyik terlupa je nak tengok. Kali ni tak lepaskan peluang sebelum ia dituai wajiblah ambil gambar banyak2.Lukisan yang dibuat ini dipanggil Tanbo Art. Act. ada beberapa tempat di Jepun yang buat Tanbo Art ni, paling besar berada di Inakadate, Aomori. Pokok ni bukan diwarnakan tetapi menggunakan 4 jenis pokok padi yang berwarna.
Pokok padi akan mula ditanam pada bulan Mei dan akan dituai pada Oktober. Waktu yang sesuai nak tengok hasil Tanbo Art ni pada bulan Julai, ketika ini pokok padi dah naik cantik. Lukisan tahun ni adalah gambar Kanetsugu Naoe dan Keiji Maeda (samurai zaman Edo).
Gambarou Tohoku! (Let's do our best! Tohoku) Tema Tanbo Art pada tahun ni, sempena memberi semangat kepada rakyat Jepun di area Tohoku yang teruk terjejas akibat tsunami dan gempa bumi tempohari.
Dari menara tinjau, tak nampak pulak lukisan belakang tu. Lukisan yang dibuat tiap tahun adalah berasaskan pahlawan2 dan samurai jepun zaman dulu terutama dari Yonezawa. Gambaran pertama dibuat melalui grafik komputer dan diaplikasikan ke tanaman padi tersebut.
Papan kenyataan. Pokok padi ni di tanam secara beramai2 dengan penduduk yang berminat untuk menyertai acara ni. Tiap tahun iklan akan dikeluarkan, biasanya ibu bapa beserta anak2 akan dibawa bersama dan belajar cara menanam dan mengenal pokok padi. :) Bulan oktober nanti juga akan diadakan acara menuai pulak, waktu ni peserta akan diberi peluang membawa pulang hasil tanaman padi tersebut. Perserta perlu membayar yuran pendaftaran, harga tu termasuk makanan, aktiviti dan beras sebanyak 2kg sorang. Kami turun bawah nak tengok rupa pokok padi yang bewarna ni. Sungguh berseni cara tanaman padi ni.
Warna putih ni cantik, rasanya baru tahun ni gunakan pokok padi putih ni. :)
Pokok padi lain bewarna kehitaman, kuning dan hijau. InsyaAllah kami nak tengok masa menuai nanti. :)
'Onogawa Onsen Okami kai te zukuri miso no mame batake'. Lebih kurang bermaksud, pokok kacang ni ditanam oleh puan2 ryokan Onogawa Onsen untuk tujuan buat hand made miso. Tanaman ni bersebelahan dengan sawah padi, baru kenal pokok mame(kacang) ni. Suka makan miso area Tohoku punya. Miso adalah sejenis pes yang biasanya dijadikan sup atau dicampur dalam masakan untuk dimakan bersama nasi, nnti rajin buat info pasal miso. Kat dalam rumah ni mmg sentiasa ada stok miso. ;)

Di bawah ni hasil Tanbo Art di Yonezawa bermula dari tahun 2006 hingga 2010. (sumber google).
2010 - The protagonist Maeda Keiji from a manga 米沢ゆかりの漫画「花の慶次」主人公「前田慶次」
2009 - Naoe Kanetsugu and his wife Osen from the novel (and NHK Taiga Drama) Tenchijin 天地人 *Drama ni popular di kalangan surirumah. :)
2008 - Portrait of Naoe Kanetsugu 直江兼続 based on a painting in the nearby Uesugi Museum
2007 - Uesugi Kagekatsu 上杉謙信 and Takeda Shingen 武田信玄 2006 - The legendary beauty Ono Komachi and Fireflies 「小野小町と蛍」(Tempat ni popular dengan fireflies @hotaru).

Video secara time-lapse kejadian tanaman padi di Inakadate, Aomori Japan pada tahun 2008 bertemakan Ebisu.

27 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kirei...nak terjah gak la....
x jemput singgah umah sama ker?? (lempang laju2 buat muka x malu ni)

シャイマ said...

salam kenal.wow coolnyaaa!

yatie chomeyl said...

sugoi neeee

bestnya, rasa mcm nak gi jugak

Unknown said...

Cantiknya As. Sungguh berseni rakyat Jepun ni ya. Ada ya pokok padi yang berwarna macam tu? SubhanaAllah....cantik sangat...

Teringin nak pergi..huhu

Unknown said...

As, nak share entri As ni di blog akak boleh tak? Sukalah tengok...huhu.

Tak kira akak nak share juga ya, copy paste dua keping gambar ya..nanti dah siap akak beri linknya...hehe

Hanis MY said...

wahh bestnya kakk... nampak gaya kena terjah yonezawa lagi la ni hik2... ada lg ke kak as? dekat dgn area kunang2 tu ke?

Unknown said...

As....dah siap buat entri..hehe

Ini linknya ya..

Pos Terkini ~yus~ .::Lukisan dari pokok padi: Sukanya aku tengok gambar-gambar lukisan ni..(^_^)::.

Asmara said...

Ayu! ur most welcome! sempat lagi sebelum dituai. :D

Syaima, terima kasih. :)

Asmara said...

Yatie, jemputlah datang! :D

K yus, haah kak, pokok padi tu mmg kaler tu. cantik kan! hehe.. boleh je la kak. :D

Hanis! haah la atas sikit jambatan tu je. ada lagi ni sampai oktober. cepat2!

Jue said...

kak As..cantiknya..tergamam 2 saat..hehehe..ingatkan dorg warnakan..bestnya kak As dpt tgk live..nk pg tgk gak tp mcm jauh je...huhuhu

Amie said...

tingginya nilai seni masyarakat Jepun ye... tak terfikir pun oleh akal kita...

cplud miera said...

wow! hebatnya. sy mmg pnh tgk kt emel jer kak ;)

Bibu said...

tsukuru mo taihen ne?demo cyoooo...kirei.dia org ni kreatif tol le

Asmara said...

Jue, boleh je dtg sini, 4 jam gurai je. hehe.. cantikkan!

K Amie, mmg kreatif dan berseni. :)

Miera, haah dulu pun tengok kat email je, rasa kagum giler! :)

Ida,Japan said...

sugoi2...mmg hebat la org jepun ni....mula2 kt ida tgk..ingatkn lukisan...mmg real!!!terpegun!!

anumuchan said...

wahhh sugoiiii~ mmg ada mcm2 kaler eh padi ni..baru tau..saangat cantik...bestnyaa rumah akak dkt dgn tmpt tu..boleh tgk..huhu..thanks 4 sharing :)

E-na Zarina said...

speechless...mmg cantik!!! creative+ rajin + sabar + high imagination...

Maira Anjami said...

sugoii!!!slame ni tak tau plak ade tanbo art..hehe..best la Kak As share info nih:)arigatou~

Asmara said...

K Anie, sodesune...

K Ida, memang terpegun. geram rasa nak cabut je pokok tu buat kenangan. hehe..

Asmara said...

Anum, taun ni guna 4 kaler. lagi cantik!

K Ena, kan! kat msia pun boleh je nak buat. ;)

Maira, aha.. dah dekat aomori tu boleh la tengok kat sana. :)

Unaizah said...

So unique!!! Beras yg terhasil nanti camne rupanya? Mcm beras biasa or ikut kaler-kaler padi tu jenisnya?

ijayuji said...

Salam kak as! mekaseh doanyer! :-) waaahhhh!!!! suai mak mak!!!! telaten betul dia org nii! memula tgk mcm tak cayer jerr bila tgk betul2 blaik lg sekali mmg cantek lerrr!

Asmara said...

Kak unai, hehe.. beras tetap sama rasanya. nnti bulan oktober kita tengok. :D

Ika! chanteekk kan! kreatif dan inovatif gitu! hihi...

Juwita Jamaludin said...

cantiknya.. suka tgk.. menarik sangat nasib jauh..:)

Afikah Aziz said...

Subhanallah cantiknye,kreatif diorg ni ye..Ika suke :)

fazian.batrisyia said...

Cantik & pandai guna akal...Padi lain2 warna pokok tu buahnya sama ke as?

nur easy said...

uniknya..ada je cara diorg nak mmbuatnya tu kan