Wednesday, August 24, 2011

Puding Sagu Berkuah

Eh, betul ke nama puding ni? tak ingat la nama betul dia apa. Puding sagu yang dimakan dengan air gula melaka dan santan. Tapi saya guna fresh milk. Senang je buatnya, masak sagu sejukkan dan makan bersama gula melaka dan susu. Memang sedap lagi2 makan sejuk2. Kali ni stok sagu memang habis setelah genap setahun beli 1 bungkus yang sekilo. Tak ada sukatan untuk susu dan air gula, cuma sagu tu saya guna 1 cawan  dan masak dengan 2 cawan air. Resepi tanya mak je yang ni. Terima kasih emak. :D

Bahan2,

  • 1 cawan sagu
  • 2 cawan air
  • air gula melaka @ gula merah
  • Fresh milk sejuk (atau santan)
Cara2, 
  • Masak sagu bersama air atas api
  • Kacau hingga pekat
  • Masukkan sagu dalam acuan dan sejukkan
  • Sedia dimakan bersama air gula melaka dan fresh milk sejuk. 

10 comments:

Nieda said...

Akak dah buat . Pun letak warna hijau.Best makan sejuk.

darkrose~ said...

boleh lah ros cube lepas ni~:)

einz miszmessy said...

nampak sedap....hehheee...tp mesti ag sdp guna santan walaupun susu segar pun ok....

Hanis MY said...

yahuuu nk try la... kena beli sagu nnti...bila nk bbuka kt yonezawa ni huhu...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Jenis ni x pernah buat lagik d(^_^o)
Nnt kena try la

nur easy said...

kita buat ni jg arini.. tp napa x secomel y disini..hehe

Syaima' said...

My favouriteee! selalu sgt buat makan ngan susu.hehe

Latika.Dot.Dot. said...

senangnye nak buat.

ni makan ngan susu cair pon sodap.. :)

Juwita Jamaludin said...

sedap.. suka. sangat

yatie chomeyl said...

this is my favorite dessert. bulan puasa ni x buat lagi..nak buatlah hjg minggu ni. :)