Tuesday, August 23, 2011

Bubur Lambuk versi Mak

Dari kecik sampai la kahwin tiap kali bulan puasa mak mesti masak bubur lambuk atau bubur pedas sebagai judah berbuka. Kami sekeluarga memang tak makan nasik waktu berbuka. Selain bubur dan juadah sampingan mak mesti masak lauk lain untuk makan dengan bubur. Masa dulu suka sangat makan bubur dengan asam pedas. Rumah kami tiap minggu wajib la makan asam pedas. Mak masak memang ikut selera abah yang suka bubur lambuk time bulan puasa dan masakan feveret abah asam pedas. Begitulah isteri Mithali ikut perut suamikan! hehe.. macam saya jugak sekarang ni sejak kawin kene ikut perut suami la pulak yang tak boleh makan pedas, dan berbuka haruslah makan nasik. huhu.. terus berubah gitu. Tapi resepi turun tumurun mak ni tetap saya ingat sebab dulu kadang2 tolong mak masak kat dapur. Rindu kat mak walau tiap2 malam berborak kat skype. Sambil tu confirmkan balik resepi sebab dah lama tak masak. :D Bubur lambuk ni jumpa time bulan puasa je. hehe.. Lagi satu rindu betul nak makan bubur pedas, lama sangat tak makan, rempah bubur pedas ni dapat kat Sarawak je.
Untuk puasa tahun ni dah 2x saya buat, dua kali buat memang untuk makan ramai2 waktu moreh. Bahan basic yang biasa ada dalam bubur lambuk daging dan kacang tanah. Tapi xde stok kacang tanah guna kacang merah je. Mak kata ok je nak letak apa pun. Saya simpan kat sini resepi bubur lambuk mak saya. Terima kasih emak ku sayang. :D

Bahan2,
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan kacang tanah
  • 1 cawan daging yang dipotong kecil
  • 1 senduk minyak sapi
  • 1 cawan mix vegetables.
  • 1 genggam udang kering
  • 7 biji bawang merah (saya guna sebiji bawang holland besar)
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Air secukupnya untuk bubur
  • Garam dan serbuk perasa
Cara2, 
  • Basuh beras dan toskan
  • Blend bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering
  • Tumis dengan minyak sapi hingga kekuningan
  • Masukkan daging masak sebentar
  • Masukkan beras dan kacang
  • Gaul sebati masuk mix vege, air dan garam
  • Tutup periuk hingga bubur masak. 
*Stok kuih raya dan kerepek2 dah sampai semalam. Syoknya dapat makan kuih raya. Nak buat tak sampai seru lagi. hehe... terima kasih mak abah poskan kuih raya buat kami. love both of u..

13 comments:

Syaima' said...

sedapnyeeee. lama tak makan.

Hanis MY said...

tiba2 nak makan bubur plak yum yum! i loikeee

nur easy said...

bestnya dah dpt kiriman kuih raya.. betullah, jd isteri kena ikutkan selera suami..;)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

huihs....berseleranya tngk bubur diaaa...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

datang bawa bowl mintak isikan bubuk lambuk itew...auwwww teringin dahhhh uwaaaa

sue-sama said...

bubur lambuk ni su suke mkn yg ayam dgn daging je..sayur2 tolak tepi..hehehe

Amie said...

ada bubur lambuklah pulak di sini... sedapnya dik! lama tak makan tau, sebelum bulan puasa dah cadang nak masak bubur lambuk sebagai salah satu menu berbuka, tapi sampai sekarang tak terbat lagi.... makan di sini aje ye...

Ain SSB said...

Sedapnya! Teringin la nak makan! Thanks btw Kak As for the recipe! :)

Hanis MY said...

Sake tny kut2 kak as th hehe... Ktorg tk msk pun dlm kedai2 tu huhu mcm mhal2 je seme jenguk kt grai2 luar je wuwuwu tupun beli fm je sadisss...

Grandnya ga kak as ni, t Ada ms sy pomot kt blog pastu Ter join haha smpt plak ter gitu

Juwita Jamaludin said...

sedapnya bubur lambuk lama tak makan..:)

アヌムちゃん said...

nampak sedapnyeee..huhuu

fazian.batrisyia said...

Puasa tak sibuk nak buat pun. Bukan apa kat masjid ni tiap2 hari buat, hb selalu dapat bila solat kat masjid. Masjid kat kg pun selalu jugak buat. Kdg2 tu nasib baik sedap, nasik kurang baik hangit....

sabar kagawa japan said...

dapnyeee bubur lambukk lame gilerr kite xmakan...kak as..