Wednesday, August 17, 2011

Karipap Kentang

Abaikan rupa karipap yang tak cung tu. Karipap yang dibuat masa jamuan sabtu lepas. Act. nak ucap terima kasih banyak kat papa yang tolong kelimkan karipap ni. Mama ni suka buat keje last minit, dah tau ada anak 3 orang pukul 4 baru sibuk2 nak uli donut, karipap, puding dan masak bubur lambuk. Berbuka jam 6:37. Agak express jugak haritu, tak campur dengan bantuan 3 assistant lain tu. Karipap ni turut mendapat hasil sentuhan dari Batrisya dan Haziq. tukang masuk inti lain, tukang susun lain. Makin nak cepat jadi makin lambat kejenya. Sambil tu sempat lagi tidokan Haqem. Masa tengok papa buat uish kemain cantik dan kemas sekali tapi masa mengoreng jadik mengelembung plak karipap tu! agak musykil kat situ. Tapi apa2 pun memang licin dan selesai paling awal karipap nih. hehe.. Karipap ini guna inti kentang saja, tak menyempat nak blend isi ayam. :D Resepi kulit dari kak hana, untuk inti buat sendiri. Thanks to kak hana. Act. dah banyak kali buat karipap, memang tengok mana2 resepi pun basicnya adalah sama. Simpan di sini untuk rujukan akan datang.

Sumber; Hana memories
Bahan2,
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar butter
  • garam dan air
Cara2, 
  • Panaskan minyak dan butter hingga cair
  • masukkan tepung gaul guna garfu hingga jadi crumble
  • Masukkan air sedikit demi sedikit, dan garam
  • Uli hingga tak melekat di tangan
Inti kentang, 
Bahan2, 
  • 4 biji kentang
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu rempah kari
  • garam, gula dan sedikit air
Cara2, 
  • Bawang dan udang kering diblend, kentang dipotong dadu
  • Tumis bahan blend dan rempah kari
  • Masukkan kentang dan air, tutup kuali hingga kentang empuk
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Masak hingga kentang sedikit kering
  • Canai adunan tepung, masukkan inti dan kelim (saya guna acuan je)
  • Goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan dan hidang.

18 comments:

Hanis MY said...

Bila la nk wat kapirap sendiri ni, nk cuba nk cuba gedik je lbh bila ntah nk wat wuwu

Juwita Jamaludin said...

As.. kagum la awak suka masak last minit tapi menjadi je. hihihihi ita kalau orang nak datang dari semlamnya tak lena tido..:)

Lady Lavender said...

kalo pkl 4 baru start masak juadah yg sebanyak tu kira tahap super express la tu. Sib baik ramai assistant :-)

Amie said...

uiii... dah cantik sangat tu kelim karipap! kalau makan karipap memang kak Amie suka intinya saja... he hehehhhh

ijayuji said...

Salam kak as!! dtg pagi2 ni nak mintak epok2 :D suke guna resepi kak hana tp nak buatnyer alahaiiii malas melampau lampau! ahahahaha... ank2 kita suke epok2 tp maknyer malas nak mengelim :D

~ yus ~ said...

kak yus kalau buat karipap pun inti kentang je, takde ayam ke apa...lagi laju anak2 makan...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ayu dh buat masa berbuka last week
But Ayu buat jenis kecil montok2 gitew ngee
Akak grng ngan minyak panas sgt kot?
Ayu Kalo buat karipap Tgk hr gak leh dpt lawa ngeeee heran gak sbb Ada hr lawa Ada hr kureng menjadi hikhik

Kamalia said...

Haha..trbyg en kerry mengelim karipap tuh n trbyg sama gak ank2duk menolong..mesti kecoh je kn.sy pun kalu buat karipp guna resipi ni gak..super duper express kak start msk kul 4 dgn msk mcm2nye..syabas betey..;)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah bestnya....dpt mkn karipap buatan sendiri...

2 tahun lepas kita selalu beli karipap...setiap kali berbuka juadah musti beli ni....

izahdaut said...

apa yg penting..kerjaaasama.. hehehe..

dah brapa kali duk bertangguh nak buat karipap ni. haii bila la nak buat. dah terliur dah ni

Asmara said...

Hanis, try wat weekend, pastu frozen byk2. hehe..

Ita, tu la, tp tak selalu last minit, kdg2 je sbb budjet cam sempat je. haha.. x sedar ank berderet.

Asmara said...

LL, hihi.. sib baik juadah senang, kalau yg susah2 tu surrender awal kot. :D

K Amie, kita dulu kan mkn karipap mesti nak buang kulit keras kelim dia tu, nape ntah, tapi skrg semua bantai masuk mulut. hehe..

Asmara said...

Ika, tau xpe itulah gunanya acuan kariap. ahaha..

Kak yus, kan! kentang ngn udang kering saje dah sedap!

Asmara said...

Ayu, oh ye maybe kot. lepas ni kene slowkan api. tu la kdg cantik elok je, ni sbb nak cepat la tu jadi cenggitu. hehe..

Kam, haha.. tau xpe, sib baik la kery ada, kalo tak lepas buka baru dpt mkn. hihi..

Asmara said...

KakD, karipap mmg faveret, tp biasa beli dulu kat gerai2 tertentu, dah tau karipap mn yg sedap. :D

Izah, haha.. betul tu. ala takat Izah sap2 soi terus siap. :D

Papa Mifz said...

nak suh wife buat la...mengidam lak nih....hehe

アヌムちゃん said...

wah byknyaa karipap....mesti sedap ni..dah lama x buat.huhu

Syaima' said...

hari tu ade terbaca mana ntah, dia ckp jgn minyak panas sgt kalau nak kulit cantik.:)