Tuesday, August 16, 2011

Korea 11 - National Folk Museum of Korea

Destinasi seterusnya kami ke National Folk Museum of Korea. Muzium ni terletak di tengah bandar Seoul dan terletak berdekatan dengan Gyeoungbukgong Palace, istana lama yang terbesar di Korea. Masuk adalah percuma dan ditutup pada setiap hari Selasa.
Pandangan hadapan, bersebelahan National Folk museum ni ada juga Children Museum yang menempatkan pameran dan beberapa aktiviti untuk kanak2. Tapi kene booking terlebih dahulu, kami tak sempat masuk la sebab giliran menunggu terlalu panjang. Kebetulan hari Sabtu waktu cuti sekolah pulak tu, memang ramai sangat orang waktu ni. Hari pun panas setelah beberapa hari hujan lebat dan banjir kilat melanda Korea, jadi semua orang pun ambil kesempatan berjalan pada waktu ni.
Dalam muzium ni terdapat pameran mengenai sejarah awal masyarakat Korea, pameran ni dikhususkan untuk mengenali lebih dekat segalanya tentang Korea. Ia terbahagi kepada 3 dewan, Dewan pertama menempatkan sejarah dan mengenai asal usul orang Korea, Dewan kedua pula tentang cara hidup, ekonomi dan sosial masyarakat Korea dari zaman dulu hingga kini dan dewan ketiga pula menempatkan pameran mengenai budaya, pakaian dan segala macam peralatan yang digunakan oleh masyarakat Korea pada satu waktu dahulu.
Ikutkan dalam ni tak boleh ambil gambar, tapi kami ambil sikit tak guna flash. Masa yang ada tak banyak, kami masuk dan tengok2 je, nak baca satu2 tak berkesempatan (at least kene 2 jam dalam ni). Tapi memang seronok bila tengok dan mengenali sesuatu masyarakat tu. Menambah ilmu pengetahuan lagi. Jika anda peminat sejarah jangan lupa berkunjung ke National Folk Museum ni memang best! ;)

16 comments:

sue-sama said...

akak..salu dr jepun ke korea tiketnye dlm bape ek? ke tgk hari jgk?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

best kan...seronok tngk sikakak dok begaya ja bila nak ambik gambar...

yatie chomeyl said...

hari tu masa singgah transit kat korea, smpt gak jalan2 kat museum ni :)

Uncle Lee said...

Hi Asmara, very nice pics. Japan is really a beautiful country, so clean and people polite.
Your kids by now should be fluent with speaking Japanese? You too?
You a good photographer.
Have a nice day and keep a song in you rheart.
Lee.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

akak byk jejln kt museum ek?

L said...

korea4... huhuhu

sy syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

Sufia Mahzan said...

Diaorg mmg preserve heritage diaorg kan? Walaupun dah lama tapi masih nampak baik..

Asmara said...

Sue sama, tiket ikut naik dari mana. harga tak tentu. biasa time cuti mahal, kdg tu dpt la murah, kene selalu check kat website dia. :)

KakD, hehe.. gaya tu je dia pandai buat. :D

Asmara said...

Yatie, haruslah terjah lg, pegi mn yg tak sempat tu. :D

Hi uncle lee, thanks again. haha.. of course la my kids, their more better than me. ;D

Asmara said...

Ayu, mana yg sempat terjah je, asben mmg minat masuk2 muzium nih. hehe..

L, hii..

Sufia, jadi tmpt pelancongan haruslah jaga bebaik. :D

アヌムちゃん said...

haha sy kalau msuk muzium pn suka curi2 amik gmbr.hehee

Diana @ bilakukatacinta said...

bestnye jenjalan.....


cam kite minat gak masuk muzium..tp encik hubby chubby..tak suke...

ijayuji said...

Salam kak as!!! aduhhhh aduhhhhh bila nak abis episode korea akak niiii sakit mata tgk sana sini posing dgn tulisan2 korea hihihi.... bestnyerrr!!! nak g koreaaa!!! nak g koreaa!!! bilaah ada jual tiket free ya? :D

Asmara said...

Anum, kan2! hehe.. memori gitu. kalau memori dlm kepala ntah bila nak keluar balik, dpt tengok balik gmbar baru puas hati. hehe..

Diana, eh pulak ye. :D kami ni mmg kami bejalan, anak 3 org pun sanggup heret sbb mmg suka bejalan. haha..

Ika! sikit lagi, kene abiskan juga memori la katakan. ntah bila lagi nak smpai. haha.. ada ke org jual tiket free. lawak la ika nih! :D

Afikah Aziz said...

wuwuwu jeles,ika xpnh masuk muzium huhu

Hanis MY said...

Kalau msk museum tgk org ambil gmbr laju2 je sy amek gmbr gak memori gitu...bestnyaaaa kak as... Pasni ke mm plak? Sonok byk tempt leh terjah