Wednesday, August 17, 2011

Iftar ke 16 - Sotong goreng tepung, Asam Pedas, Kuih Puteri Ayu

Teruja dengan sotong ni, hehe. sebab pertama kali kot kejadian sotong goreng tepung nampak sotongnya. Masa goreng pun takde la letup2, tak payah rebus pun, rugi pulak kalau rebus khasiat dah kurang. Dah tau dah macamana supaya gorengan jadi macam ni, tak payah bancuh tepung dengan air. Lepas bersihkan sotong tu keringkan sikit dan tabur tepung rata2 atas sotong. Sedang elok la sotong tu bersalut tepung dan goreng. Bancuhan tepung tu letak serbuk kari sikit, serbuk kunyit dan garam. Budak2 pun suka sebab senang makan, diorang tak berapa suka bila tepung penuh kat sotong. Masih elok pulak tu disimpan hingga tengahari tadi. Buat lunch budak2.
Alang2 ambil gambar sotong kita ambil jugaklah gambar asam pedas ikan Iinada nih. Sedap tau ikan ni tak bertulang, beli yang dah siap potong. Supa(pasaraya) kat nihon ni banyak ikan dah siap2 potong buang tulang, isi saje. so memang senang di masak.
Kuih pulak buat puteri ayu, dah agak banyak kali jugak buat. Acuan ada jadi takdelah acuan tu duk diam2 je dalam lemari. :D. Resepi penah buat kat sini. Nampak macam kedekut kelapa ek! hehe.. budak2 ni tak makan kelapa, tu yg letak sikit je,  kalau makan mesti buang bawah, rugi kelapa aii! Kuih ni pun turut dibawa moreh lepas terawih. Alhamdulillah.. dah separuh bulan kita berpuasa. Moga amalan2 kita berterusan dan diberkati. InsyaAllah..

14 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedapnyer....
ayu nak buat kueh kena cari yg x pakai kelapa parut sebab kelapa kena catu tinggal sket jer dalam fridge tue...uwaaaa

ijayuji said...

Salam kak!! Kita pulak tgh nk ambik angin rajin memasak masa buka hihihi.... Sejak da mula buat beskut bg mkn org yg puasa kat umah ni sesuka hatii jerr hihihi Takde istimewa2 pun Tp klu sendirik yg nk mkn amboiiiii bukan main cepat buat hihihi...

che'iza said...

Assalam Asmara

Sotong goreng tepung tu menggoda betul... Mesti besor2 sotong tu kan, Kalau kat sini entah berapa hinggit dah sekilo sotong beso macam tu..... Puteri ayu... memanglah ayu... nampak gebu jer...

Asmara said...

Ayu, akk mmg check stok kat rumah ni. agak2 dah nak abis, cepat2 order, selalu order brg dlm 3 minggu sekali. sini payah xde kedai halal kan!

Ika! haha.. lawak la dak Ika nih. kalau tekak sendiri nak mkn mmg laju je rasa nak mmbuatnya. :D

CheIza, kat sini ada beberapa jenis, tp selalu beli jenis ni, harga pun ok kot. tp sayur kdg tu yg mahal sikit. ;)

Amie said...

amboi dik.... cukup lengkap segala hidangan atas meja ye..., sotong goreng tu ...kami sekeluarga memang hantu sotong goreng salut tepung! kalau buat licin tak tinggal satu pun...buat sikit pun cukup, buat banyak pun tetap habis!

Syaima' said...

wahhh thanks for the tip! mmg fobiaa goreng sotong sbb takut meletup hehe.kuih tu nampak sedapnyeeee. teringinnn. tapi 2 org je nak makan rase tak berbaloi plak nak buat hehe

Ain SSB said...

Terliur Ain tengok sotong tu! huhu. And comel la kuih ayu tu! Ain takde acuan dia, kalau buat tak boleh nak jadi comel camtu! >.<

Juwita Jamaludin said...

as.. nak seriayu yu gebunya... best2.. rasa nak buat tapi baru makan minggu lepas kat jamuan iftar.. hihihhhi

Ida,Japan said...

tersusun elok jer sotong tu as...yg pasti sedap betul tak...lama tak buat kuih puteri ayu, k'ida tak der acuan...so bentuk pun ikut suka ja

fazian.batrisyia said...

rajinnyer. bila la nak rajin masak cam awak ni...Selalu beli putri ayu, lum teringin lak nak buat sendiri sebab malas nak tekan kelapa kat acuan...boleh gitu...mmg dasar pemalas...

~ yus ~ said...

As!! Header baru cantik!!!

Semalam nampak muka korang satu family dalam suratkhabar..hehe

Asmara said...

Kak amie, sotong mmg sedap goreng celup tepung, masak lain budak2 tak makan. ;D

Syaima, hehe.. nk try boleh je. ada lebih pas2 kat org lain. ngee..

Asmara said...

Ain, boeh kot guna acuan lain, tp rupa lain sikit la nnt, yg pnting rasa tetap sama. ;D

Ita, untungnya awak kat sana ramai boleh tukar2 juadah, kami ni dok makan hasil tgn sendiri je. boring dah..

Asmara said...

Kak Ida, hehe.. asal ada rasa cukuplah buat perantau macam kita kan! ;D

YAn, isk2 takleh lawan yan sambil keje boleh masak macam2. nnti balik x tau la boleh lg x masak macam2. hehe..

Kak yus, eheh ada ek. paper apa tu?