Thursday, August 18, 2011

Korea 12 - Gyeongbokgung Palace

Hampir penamat siri jalan2 Seoul, South Korea. Untuk kenangan diri sendiri, update jugak. Hari terakhir baru kami ke Gyeongbokgung Palace. Tempat ni paling wajib dikunjungi oleh pelancong. Sepatutnya kawasan ni dibawa oleh tourist guide hari pertama tapi sebab hujan lebat dan banjir tunda hari terakhir. Gyeongbokgung Palace ni merupakan Istana lama yang terbesar di Korea. Tiket untuk masuk 3000won dewasa, 1500won 7-18 tahun dan percuma untuk 6 tahun ke bawah.
Senibina lama banyak terdapat di sini. Kawasannya sangat la luas, penat jugak berjalan dari belakang sampai la pintu depan. Haritu panas terik, tak larat rasa nak berjalan lama2, dengan bawak budak2. Gambar pun main petik2 je asal ada gitu. hehe.. Batrisya saja jadik model, susahnya nak bergambar family, Haziq yang tak boleh duduk diam, buat reject gambar je. ;D
Pengawal yang sentiasa ada mengawal, letih je tengok muka diorang ni kene berkawad tengah2 panas, jalan pun macam tak larat je. Kene pakai baju tu lagi yg dah tentu kepanasan. Macam kat Buckingham Palace gak ada tukar2 pengawal, tapi ni tak seramai kat sana.
Seterusnya berjalan di tengah bandar Seoul, ada tugu pencipta tulisan hangul Korea, berdekatan dengan Istana lama tersebut. Kami masuk jugak ke duty free, mencari souvenir dan nak menghabiskan won yang ada. Ada satu yang menarik hati kat Korea ni, air percuma banyak disediakan di dalam bangunan, apa yang menariknya cawan yang disediakan berbentuk sampul surat, jadi pandai2 la bukak dan isi air dalam sampul surat berkenaan. Inilah destinasi terakhir kami di Seoul, sebelum berangkat pulang ke Jepun. Last entry nanti di Incheon Airport.
Eh jap! saya masih ada banyak dan beberapa macam lagi souvenir dari Korea. Ada sesapa nak tak? maklum la kat sini takde jiran2 terdekat nak bagi, kecuali beberapa orang. Ke saya nak buat GA ye? hehe.. InsyaAllah..akan difikirkan..:D

11 comments:

ijayuji said...

Salam kak as! oh tidakkkk oh tidakkkkk mau fitam lagii tgk gmbr2 kat korea akak nii hihihi....

mesuya said...

seronoknya
rasa nak terbang ke korea juga... huhuhu

Hanis MY said...

buatlah GA kak as mesti ramai nak punya termasuk saya hehe...syoknya, nasib baik hujan masa awal2 tu je lepas tu trip kak as dah ditemani mentari :)

emas_juita said...

Saye nak....kekekeke.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

khen kat gyeongbokgung palace pic darl pow ader ambil kat citu...berbeblit lidah nak sebut aiiiii cantek gak ek...mmg sana byk istana kan....

wah curlastt akak punya murah sampai borong souvenir bebyk gitew...mesti ramai yg join GA la....

アヌムちゃん said...

kalau sebelah rumah sy dh g mintak dh souvenir tu.heee..buat GA pun ok gak kak as :)

Kamalia said...

Kak as..dgn xmalunye saya nk subenier..tp buat GA pun ok gak..bole bg kat org2 len.;). pssst..nk gamba LMH..muahaha

aleya said...

kak as..sy angkat tgn nak omiyage from korea tu!!hehe

Asmara said...

Ika, sikit je lagi. fengsan makcik nak pilih2 gambar. :D

Mesuya, terbang dgn kapalterbang tau! hehe..

Hanis, tula syukur dpt jugak berjalan di bawah terik matahari. hehe..

Fara! miss u! nnti balik akk bg. :D

Asmara said...

Ayu, tmpat pelancongan harus dijaga. hehe..

Anum! haha.. nnti nak tiru anum la. x tau nak buat gmbr apa pulok. :D

Kam! kalau nak meh datang. haha..

Aleya, hehe.. boleh. meh dtg sini. :D

Nur Zulaikha said...

macam princess haour pulak..hehehe...terasa diri ini sedang terbang ke korea tatkala melihat blog ini...akakkk..nak ikut skali blh tak??ecece