Monday, July 11, 2011

Blueberry Buckle

Hari Jumaat lepas, sempat baking blueberry buckle nih, sebab ada lebihan blueberry pavlova tempohari. Nak makan macam tu je memang tak sedap takkan nak buang ye tak. Dapat idea dari kak ida. hehe.. thank you kak ida. Resepi kak ida tertinggal telor kat bahan, cek balik kat link kak hana guna sebiji je telor. hehe.. Jenis2 kek jugak tapi yang menyebabkan ia lebih sedap adalah crumble dan blueberry tu memang kena sangat lah! Blueberry saya pun tak cukup 2 cawan, dapat secawan pun jadilah kan. :D
Oh ye lagi satu untuk crumble tu saya kurangkan jadi 1 sudu butter, mula2 buat jadik doh la pulak sebab guna gula halus, jadi saya tukar guna gula pasir, barulah terasa crumble dia tuh. :)
Antara resepi kek yang mudah dibuat.

Sumber: hanamemories

Bahan-bahan
Cake
  • 1/2 cawan butter - suhu bilik
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 teaspoons baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 cawan blueberry segar *guna secawan

Streusel Topping

  • 1/3 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
  • 3 sudu besar butter tanpa garam - butter sejuk dr peti ais *guna 1 sudu

Cara-cara

Cake
  1. Panaskan oven 350ยบ F.
  2. Pukul butter dan juga gula hingga kuning dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Ayak bersama tepung, baking powder dan juga garam. Masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu. Kacau rata. Masukkan ke dalam loyang yang di alas dengan baking sheets, ratakan dan taburkan blueberry di atas adunan.

Streusel Topping

  1. Dalam mangkuk kecil. campurkan tepung, gula dan serbuk cinnamon. Masukkan butter dan kacau menggunakan garfu hingga menjadi crumble. Taburkan di atas blueberry tadi.
  2. Bakar 45-50 minit. Sejukkan di atas redai sebelum disajikan.

14 comments:

Hanis MY said...

Kak as terima kasih atas info2 semalam tgh karang soklan lagi ni haha.. nanti apa2 sy tny lebih lanjut...

wahh pestime dgr resipi buckle2 ni jakunnya... nampak sgt yummy! insyaAllah kalau tak berbudou gari sy mmg nk lawat akak di rumah baru tu...

Ida,Japan said...

asmara...ye ke, k'ida lupa taip la agakya telur tu, heee...mekasih ingatkan, nanti akak kena edit, tulis telur tu....sib baik asmara pi tgk semula kat blog hana...gomen ne, anyway sedapkn kek ni, elok jer kejadian crumble tuuu..

Asmara said...

Hanis, hehe.. no problem. nnti apa2 roger lagi. :D

K Ida, hihi.. xpe, mmg ikut resepi kak ida, pastu tengok ada telor tu yg carik balik link kak hana. mmg sedap, tu la kene buat 2x crumble, mula2 tu dah jd mcm doh pulak. :D

ijayuji said...

Salam kak as!!! sib baik blueberry akak cuma ada 1 cwn ajerr jadinyer kita tak lah meroyan sgt wakakakaka..... sini blueberry mahal giler! tp kalau terpaksa nak makan sgt butakan mata ajerr ambik tu pun tak sampai 2 cwn stgh, ciputt jerrr, mana nak makan lagi, nak buat2 kek lagi :D tp dah pernah buat buckle ni mmg sedappp!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

isyyy tgk dah terlioq nie...tapy ayu boley makan yg lembut jer skrng....uwaaaa

Ummi said...

Assalam As, thanks masih sudi jenguk dapur akak tu, lama gak akak x jenguk sini, moga As sihat2 jek di jepun sana yea...take care, :D

Asmara said...

Ika! ala blueberry cam x sedap la mkn cengitu je. masam! eh kat sini pon boleh dikatakan mahal la jugak. tp standard harga buah mmg camtu kot regenya. ;D

Ayu! odaijini ye. moga makin sembuh. mkn kek xpe, kemam2 pastu telan cam budak2 makan. hehe..

K ummi, hihi.. selalu tiru resepi tp tak tayang. tq kak. ;D

anumuchan said...

nampak sedap tu..tak prnah rasa lagi..heee

Juwita Jamaludin said...

sedap tu As.. ita tak pernah buat lagi.. menarik je nampak awak punya tu

Unknown said...

wahh sedapnya...tak pernah buat lagi ni..:)

Asmara said...

Anum, sedap jugak! boleh cuba. ;D

Ita, masuk list eh. hehe..

Nieza, ada blueberry kene buat. hehe.. ni pun sbb ada balance blueberry yg x makan. :D

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..Wahhh nampak ni mcm sedap..boley masuk list ni...

fazian.batrisyia said...

sangat rajin memasak....Uhaiii...

Asmara said...

Sue, boleh2. hehe..

Yan, x boleh lawan yan le, keje lepas tu masak mcam2 jugak. lg rajin.. :)