Musim bunga\spring dah hampir berlalu, dah hujung2 musim baru berkesempatan nak tengok bunga. Kami ke Higashizawa Rose Park yang terletak di Yamagata. Sebelum sampai Higashizawa kami melalu bandar pusat pengeluar Sakuranbo utama di Jepun iaitu Higashine. Masuk je bandar Higashine memang nampak papan tanda besar gambar sakuranbo.
Kiri dan kanan sepanjang jalan memang penuh dengan kebun sakuranbo saja. Act. kami pergi tanpa dirancang selepas sakuranbo picking Ahad lepas. Dah keluar awal dari kebun papa ajak tengok Bara (bunga Ros). Tengok bunga! memang terus setuju. :D (senyum sampai telinga).
Higashizawa Rose Park ni merupakan taman bunga Ros kedua terbesar di Jepun. Tiket masuk untuk dewasa 400yen dan kanak 200 yen sahaja. Dalam taman ni juga terdapat lebih 700 jenis bunga Ros yang ditanam dan hampir 50ribu batang bunga Ros yang ada. manyak ohh..
Cuaca haritu agak panas, tapi tak la terik sangat sebab baru lepas hujan. Taman yang luas memang bagus untuk exercise. :D
Kami pergi dah waktu hujung2, bunga pun banyak yang gugur kelopaknya dan terlebih kembang. Hujan yang berterusan barangkali. Masa yang sesuai untuk melawat kebun bunga adalah pada bulan Mei dan Jun. Waktu ni bunga memang banyak dan pemandangannya sangatlah cantik!
Tepi taman ni ada tasik, best sangat la berdating kat sini sambil dikelilingi roses. hehe..
Bukan setakat tasik, air terjun pun ada kat tepi taman ni. Sejuk sikit dapat duk kat tepi air terjun. Tapi kat sini batrisya nampak hebi(ular). wee.. laju2 kami lari.
Bunga2 rose di sini banyak diberi nama bersempena nama2 orang yang terkenal di dunia. Contohnya nama bunga ros oren ni Monalisa. Act. ada nama scientifiknya tp sape lah nak ingat. hehe..Pintu gerbang yang tinggal daun, masa bunga penuh mesti cantik sangat nih.
Model bunga dah penat asyik kene posing. hehe.. Bunga ros sebelah ni namanya Diana, Princess of Wales.
Pemandangan dari atas bukit. Walaupun dikelilingi roses tapi sebenarnya tidaklah berbau wangi satu taman tu, kene cium bunga baru la ada bau. hehe.. tak semua roses ni berbau wangi tau! Rose merah ni diberi nama Red Devil Rose (sesuai sangat la kan!)
Ini nama dia Japanese roses, dah terlebih kembang pulak. Taman yang dah lebih daun dari bunga.
Model bunga dan bunga yang putih tu nama dia Vanilla Perfume, roses ni wangi!!
Haziq yang comel nak jadi usagi chan(arnab). Nama bunga sebelah tu Papa Meilland. cute kan bunga pun ada nama papa. :D
Aromatherapy Rose, ini memang sangat wangi dan memang digunakan untuk dibuat aromatherapy. Haziq yang baru sudi bergambar dengan bunga. ;)
Haqem pun nak jugak pegang bunga. Agak bahaya sebab pokok rose adalah berduri, Haziq yang suka lari2 celah2 pokok bercalar tangannya kene duri. Gerbang yang ini masih ada bunga. :)
Ini pulak namanya Princess Sayako Rose dan sebelah tu Princess Batrisya. hehe..
Mana gambar mama ni! asyik gambar Batrisya je nih. hehe.. mama tengah syok feeling2 dengan roses yang banyak nih. hehe..
Murayama Rose! Haqem pinjam spek kakak. :D
Syok la budak berdua ni dapat kakigori(ais berperisa) panas2 ni. Bunga chanteek sebelah tu diberi nama Charles de Gaulle.
Peace celah bunga dan Haziq yang kata 'kimochiii!!' (bestnya) baring atas rumput!
Ini namanya Kan-Pai rose dan Queen Elizabeth Rose.
Royal Highness rose dan roses tepi tasik yang cantik.
Pokok Totoro!! wah berangan la totoro nak keluar dari pokok ni. Teringin sangat nak jumpa! :D
Pokok Totoro!! wah berangan la totoro nak keluar dari pokok ni. Teringin sangat nak jumpa! :D
Batrisya nak jadi tugu jugak. ;) Lebih kurang 2 jam kami dalam taman ni. Puas hati jugak dapat tengok beratus2 jenis pokok bunga ros yang cantik2. Gambar banyak giler, tak terpilih rasanya. Cukuplah mana yang ada buat simpanan. Happy sangat dapat tengok roses yang banyak ni! Hati pun berbunga2 je rasanya. hehe...
12 comments:
Bestnya dpt gi tmn roses. Kalau i sure rasa heavennya....
murah ek masuk kouen nie...rasa kat nihon rajin tgk bunga kat mesia jangan harap la..festa flower pow x pernah terjah...ngeee
owh tidakkkkk sy nk pengsan skrg jugak... cantik seme gambar! i like pokok totoro! plng suka gambar last pastu pintu gerbang ada bunga ros tu owh byk kali nka pitam tgk gambar2 kat sini heheh maaf over acting..
Unaizah, hihi.. kalau dah perempuan tu mesti suka bunga. :D
Ayu, murah la kan! kat msia panas terik org pun tak sangup nak duk lama2 tengah panas. hehe...
Hanis, haha.. eh sempat lagi nak pegi. dekat la tu, tp bunga dah tak banyak, esok boleh la pegi. kalau nak direction nnti mesej akak eh. :D
uihhhh...cantiknya bnga ros! kak amie bertahun2 tanam pokok bunga ros, tapi bunganya taklah seindah bunga yg dalam gambar tu.... faktor cuacalaaa....
wwwooooooooo!!! sgt jeles okeyy!!!! kalau namanyer merayap aka merambu aka meramba serah kat kak as ajerr mmg ratu merayap! ahahaha... kita rasakan lah ek kalau akak sampai nak balik akak dah khatam dahhh peta jepun hihhi...
as.. cantik semua gambar2 tu.. seronoknya nampak ita tak sempat nak tgk bunga2 tu dah.. huhuhuhu sedihnya .. sini panas membawang ajisai pun dah layu
K Amie, maybe kot. hehe.. kene tanam bawah suhu 25 kot. :D
Ika! ahahaha.. mmg cadangnya begitu lah. akan ku usahakan sehingga berjaya. hahaha.. Gambare!!
Ita, kene pulun jugak, nnti ntah merasa lagi ke tak. :D
salam kenal dari fukui :)
aa best2..saya suka bunga rose..wangii..heeee~
Salam kenal Anumu chan. hehe.. anum ye. rose mmg bunga paling best!
bestnyer tgk tempat ni...suka bunga juga...tak dpt pergi tgk gambar pun jadilah...tq sharing:)
Nieza, tak pandai amik gambar mcm nieza. hehe..
Post a Comment