Thursday, February 17, 2011

Resepi Seri Kaya Hijau

Percubaan kedua buat sri kaya nih. Alhamdulillah menjadi jugak. hehe.. yang sebelum ni jadi jugak tapi pahit sebab gula terlebih hangus. sedih... itu buat tahun lepas kot. So kali ni buat mmg jaga betul masa buat air gula tu. Act. saya tak hanguskan sangat, cuma tengok gula tu ala2 sebati dan sedikit pekat dah tutup api. Sayang ooo kalau tak jadi. Ini memang menjadi dan sedap sangat hingga menjilat jari gitu.
Sebab apa ye buat sri kaya ni.. sebab pertama kali buat roti putih sendiri. hehe.. perasmian menggunakan BM. Ala bukan baru pun, ini guna adik Pooja punya, dia nak balik Mesia jadik dia bagi pakai BM dia. Awal2 dulu mmg dah kata taknak beli sebab kat msia dah ada (itupun tak pakai). :) Lepas ni boleh la pulun meroti. Cik Izah inilah seri kaya kite yang menjadik kali ni. hihi.. Terima kasih kat tuan punya resepi. :)

Seri Kaya Hijau
Resepi Asal:Liza Khalid Rnet
Sumber: Teratak Chetam

Bahan-Bahan
  • 1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan
  • 1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
  • 1 ½ cawan santan
  • 2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Cara
  • Masukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.
  • Kalau nak wangi, bubuh 2 helai daun pandan... disimpulkan.
  • Masukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)
  • Akhir sekali masukkan sedikit pewarna hijau, masak lagi lebih kurang 5 minit.

14 comments:

izahdaut said...

laju laju datang tengok kaya..haha..aaa lain sikit resepi ni...boleh try ni pulak..as manis sangt tak kaya ni..ke sedang2 je

Asmara said...

sedang2 gitu izah, mmg raya srikaya biasa tu. eh tp gula jepun ni mmg kurang manis sbb saya guna mcm gula icing gitu. Ada je gula mcm mesia tp gula yg ni lebih sng guna utk wat kuih dll. hehe.. xpun leh kurangkan barang sesudu 2 kot. :D

~ yus ~ said...

wah!As dah pandai buat roti dan kaya sendiri lah...

Thumbs up!!

hana said...

waaaaa terernyer wat sendrik! cantik kejadiannya... akak tgh nk ngabiskan stok yakun tinggal sebotol! lepas nih bli ajerlah jawabnyer..... hihihi

Idayu said...

suka..suka..mmg teringin nk makan kaya lately.terror sungguh as buat kaya sendri ishh..ish..ish..

Kamalia said...

nak seri kaya..nak jd kaya..cantiknya kak warna ijo dia tuh..jeles i..ntah bila nak buat xtau..sbb stok kaya dr malaysia xbukak lagi..hahaha.tak acikan..

Hanis MY said...

kak asss cantiknyaaa nampak sedap! boleh buat bisnesn ni ada alasan nk g yonezawa sebab nak amek kaya fresh yg order dr akak hehe...

Asmara said...

K Yus, hehe..kat sini je la. Balik mesia conpom beli je kang.

K Hana, haha.. tu la. dah balik nnti beli je la kot.

Asmara said...

K Ayu, kak senang je nih, tapi masa mengacau tu agak lama nak tunggu dia pekat. Puas hati buat sendiri. Beli kat baticrom tu mahal. Penah beli 2x, tu guna botol dia semula la. hehe..

Kamalia, aa.. x aci, import mesia mari. xpe nnti dah bukak abis le tu. hehe.. kalo x mkn meh pos sini meh. haha..

Asmara said...

Hanis, ahahha.. wat lawak lak dia. hehe.. boleh je i bg pree.. hihi.. meh dtg meh!

Umie said...

memula saya tengok gambo botol tu terus mcm konpius..ehh, nie kan serikaya madu by agromas tp apsal warna hijau..pastu baru la otak bekerja.. "lorr, kan akak yg buat seri kaya tu warna hijau pastu masukkan dlm botol kaya yg dah kosong.."... nnt saya nak menerai gak le resepi kaya akak ni..mana tau bole jd kaya pasni..hehe

Asmara said...

Umie, ping pong! 10 markah! betul la tu. hehe.. kita jimatkan penggunaan botol dan kita anggap la dalam botol tu serupa dengan seri kaya beli kat kedai. hahaha..

*kalo kat jepun sensei akan sebut
'ping pong' untuk jawapan betul dan 'bubu' untuk jawapan salah. hehe.. kan2!!

Lady Lavender said...

waa..seri kaya pulak. memang rajin sungguh puan asmara kita nie..saya pun nak kena jadi rajin jugak la (rajin jugak sebenarnya hiihii.. tp weekend aje la yg sempat agaknya )

fazian.batrisyia said...

Alamak....tutup la kilang kaya. Ko jual la kaya tu...ada masa nak cuba jugak la nanti...kalau rajin. Pak mentua aku tu penggemar kaya...