Friday, February 18, 2011

Sila jangan muntah!

Ayat tak boleh blah! haha.. nak letak lagi gambar main2 ngan salji. Dok amik gambar bebanyak terperap dalam folder. Nak cuci ntah taun bila la tu. huhu.. malas nak cuci kat sini nanti nak bawak balik susah. Teringat kisah bawak balik gambar yang dah siap dicuci beratus2 keping masa kat UK dulu, simpan dalam kotak lepas tu kotak tu hilang kat rumah kawan yang tumpang sama kontena, setaun lebih lepas tu baru le jumpa. Bukak balik kotak tu tengok gambar semua dah rosak. SEDEY giler! dah la kos mencuci gambar mahal masa tu. huhu... sib baik ada simpan dlm hard disk. Jangan la hard disk ni rosak plak. mana la nak cover gambar beribu2 nih. Jadi kita simpan la dalam google akaun dan picasa. Tapi pon ada limit gak, nak lebih bayo la ye.
Buat lagi orang salji. Bila salji terlalu banyak susah nak buat guling2, tak bolat cantik jadinya. (sebenarnya tak pandai buat, orang lain buat ok je) hehe..
Dan juga bila salji mengunung lebih tinggi dari paras rumah, tak payah pegi jauh2 main sori, kita main belakang rumah je la.
Kenangan ni kan. Balik mesia nanti ntah bila lagi nak jumpa salji. Dengan adanya blog ni, boleh la dijadikan kenangan. Kot la Batrisya ke Haziq ke nak tengok balik aksi diorang masa kecik nih. hihi..
Bila kanak2 riang ni bermain pasti ada suka dan duka. eceh.. ha jatuh la, gaduh la, merajuk la, ketawa la, nangis la macam2. Mama layankan aje.
Tu rumah. Dekat je kan! hehe.. jentolak tu buat bersihkan salji di kawasan parking. Tiap hari start kul 4 pagi jentolak tu dah bekerja menolak salji sampai la lebih kurang kul 7 pagi. Eh tapi minggu ni salji tak turun jentolak pun tak bekerja. Nampaknya salji dah semakin mencair...musim bunga hampir nak tiba.
Cantik nih! Kami siap baring hampir tertido atas kapet salji ni. hihi..
Tulis nama atas salji. Susah nak cari tempat yg boleh tulis nama. Ini atas jalan, nampak bekas tayar tu. Kalau salji tebal takyah berangan nak main tulis2. memang tak nampak apa pon. Ini puas mencari tempat nak menulis. hehe.. Ada la jugak namaku tertulis atas salji. :D

12 comments:

lady lavender said...

betol tuu..kena tangkap gambar byk2. Jadi kenangan seumur hidup :-)

nur easy said...

tu dia.. memutih salji. masih turun lebat lg ya kat sana? ;)

Asmara said...

Lady, kan2! hehe.. tunggu anak2 besar la kot. harap2 dpt la blajar oversea jugak. ekekeke..

Nur easy, skrg dah kurang salji. tp petang ni tadi ada turun lebat gak, sekejap je sampai tanah mencair la dia.

izahdaut said...

heheh..tak pe layankan aje..susah woo nak dapat main salji...tak semua dapat peluang nye kan...dah dapat main puas2 la kan..ehe

Unaizah said...

Enjoy life to the fullest. Enjoy the moment while you can. Menimbun salji tu....

Idayu said...

tuh la, kami pon plan nk cuci suma kat mesia nnti..skang nih sibuk buat back up kat portable hard disk..takut jadi apa2...w/pon ader digital frame, gambo yg print kertas tuh jugak pojaan hatikuuuu

Asmara said...

Izah, betul2! hehe.. kita main la puas2 selagi ada peluang.

Unaizah, hehe..betul tu!tq

K Ayu, haah kak. mmg semua gambar ni masuk kat portable hard disk. takut yg portable hd ni mengong mau kene simpan dlm akaun jugak. hehe.. digital frame tu pun ok, tp risiko rosak ada gak tu. :D

Juwita Jamaludin said...

best2.. main salji belakang umah.. kami yang asyik berangan salji tebal belakang umah.. hihihii

Unknown said...

wah kat sana pun bertimbun juga snow yer...dh banyak sgt sampai malas pula nk layan snow ni..kat sini lak cuaca sejuk sgt..pagi tadi jer temp -31 degree C. tak sabar lak nk tunggu snow abis ni..

Bibu said...

bang...bang...bang....

kat cini salji dah cair.

Mrs Azuhaizat said...

bukan senang nak dpt peluang main snow, dah ada peluang main puas2.....nanti balik msia jadi mcm akak asyik terkenang-kenang kenangan kat perantauan...

Asmara said...

Ita, hehe.. tp ada gak sekali sekala turun lebat kan!

Nieza, kan! smpai dah x larat tu. kite ni x larat dengan sejukk dia tu. nak wat keje semua bercinta je. hehe..

K Anie, hehe.. oklah tu dah cair. :D

Kak su, tu la kan. duk perantauan ni best jugak sebenarnya. tapi tetap ada pro n kontranya. hehe...