Wednesday, February 16, 2011

Uesugi Snow Lantern Festival - Part 2

Hari kedua baru pegi dengan family. Waktu siang baru boleh bawak Haziq dan Haqem jalan. Tapi takde la lampu2 yang cantik macam malam. Budak2 ni seronok main je. :)
Silau mata memandang. Waktu ni ada cahaya matahari. Best jalan bila ada sedikit kepanasan.
Istana comel di waktu siang.
Ada persembahan gendang jugak.
Penat buat benda ni, hari Ahad petang tu dah kene pecahkan. huhu.. nape ntah diorang tak simpan sampai cair.
Burung merpati banyak kat sini. Tabur je makanan menderu2 burung2 tu datang.
Igloo di waktu siang. Salji ni bila suhu panas sikit dia mencair dan menjadi ais.
Family foto. Nak masuk salam perantauan tahun ni. ahahaha...
Tasik yang terus membeku. Ikan koi kat dalam tu steady je duk dalam ais.
Jambatan merah.
On the way jalan kaki balik rumah.
Sungai yang masih mengalir. Jauh lagi apato(rumah apartment) kami.
Abunai (bahaya) jalan licin, bawak kereta kene hati2. Kalau kereta tak pakai tayar salji jangan berangan nak lalu sini confirm masuk sungai. hehe..
Sempat main2 lagi budak2 ni. Salji kat sini akan sikit2 mencair sehingga penghujung Mac. Biasanya awal April akan turun sekali lagi yang lebat sebagai penutup musim sejuk. Dan seterusnya bermulalah musim bunga yang cantik.
Promot lagi, bulan Mei nanti ada Uesugi Festival yang best kat sini. Ini pun tiap2 tahun diadakan. Festival perang2 dan ada perarakan. Musim sakura festival ni, memang cantik dan menarik! Jemput la datang sini. :D

11 comments:

~ yus ~ said...

bestnya As. Snow tebal2 pula tu..

Seronok budak2 tu. Mesti mereka rindu bila dah balik nanti. Anak2 akak semua dah lupa, sbb masa dpt main snow mereka kecik lagi, dah le ciput je..huhu

izahdaut said...

amboii seronoknya budak2 main salji ekkk..

pss nanti pos srikaya tu ye..nak tengok cemana..tak jadi sedisss..tapi rasa tu ada, rupanya yang tak de..bebudak suka aje bila letak atas roti..hehehehhee

Asmara said...

K Yus, tu la dah besar ni sure ingat. Batrisya ni bila kata nak balik mesia dia xmo nak sek kat sini katanya. Dia suka kawan2 kat sini. sensei pun baik sangat. :D

Izah, hehe.. wookey. nnti i buat entry ye. hihi..

Kamalia said...

akakkkk..saya baru rajin nak menghupdate ni ha..hohoho..besar jugak ye kat sana..tahun ni saya tak banyak pun amik gambar..malas satu,pastu snow turun lebat jugak waktu tu..nntla nak ajak kamil datang sana tengok Uesugi festival tu..harap2 die tak sibuk..*sob..sob*

Hanis MY said...

huwaaa insyaAllah ada rezeki utk g sana, tapi nk g jugak time yuki ni huhu nak rasa yuki tebal kat rumah akak tu huhu sgt syiokkk...

Juwita Jamaludin said...

salam As.. bestnya nampak yuki tu tebal sungguh.. kami yang sikit ni pun dah sonok.. hihhihi.. tahun depan leh la kesana jalan2

Lady Lavender said...

memang best time winter ni kalo dapat tengok matahari. rasa mcm lama sangat dah tak tengok sun hehe..selama ni duk dalam kesuraman.

Unaizah said...

Nice pictures!!!

Umie said...

bagus sekali cadangan akak tu kan..thn dpn ke yonezawa..thn lg 1 ke iwate plak..insyaAllah ada rezeki sampai la kitorang nnt..hehe...bole la muaz main sori ngan abg hakim nnt kan..hehe

Asmara said...

Kamalia, wokey makcik! time golden tau waktu tu. conpim coti!

Hanis, welcome2! bila la tu. hehe..

Ita, ok kami tunggu. harap2 la kan.. hehe..

Asmara said...

Lady, hehe.. betul tu. kalau ada matahari tu cam jakun je kata wah panasnya hari ni. padahal tetap sejuk. hihi..

Unaizah, tq. hihi.. main snap je, kita tak pandai amik gambar. :D

Umie, ha betul la tu. bila la gamba yuki matsuri org iwate nak keluar nih. hihi..