Tuesday, December 7, 2010

Hari berjumpa Doktor

Hari ni sepanjang petang adalah keluar masuk klinik. Act. minggu lepas sepatutnya appointment Haqem untuk Injection vaccine DPT, tapi haritu suhu badan tiba2 je naik 37.8, (ini tak tau la tiba2 sampai klinik terus panas, tp tak demam pun, oh ye haritu sebelum pegi mama ada bagi dia makan cheese, agaknya dia alergik dengan cheese, nampak ada naik sikit merah2 kat badan dia masa tu, tapi sekejap je dah hilang) so appointment tunda ke hari ni. Alhamdulillah suhu tadi 36.7 dapat lah injection tu. Vaccine ni memang kene ambil untuk baby di Jepun pada usia 0-12 bulan, lepas ni kene sambung injection kedua pulak appointment 7 Januari 2011 nanti. Kami agak lambat jugak bawak dia ke klinik, sebab risaukan selsema yang tak berapa nak hilang.

Tiap kali tukar musim mesti la batuk dan selsema budak2 ni, lagi2 kalau hujan. Haziq dan Batrisya ok lagi, kalau makan ubat terus hilang. Tapi risau kat Haqem ni, makan ubat pun macam susah je nak ilang, nafas dia macam berbunyi. huhu.. so far doktor kata takde apa, so dia bagi ubat. Kali ni dia bagi ubat untuk stok sebulan. uhuhu.. sian Haqem kene makan ubat 3x sehari. Mama ni kadang terlepas je waktu makan ubat tu, kadang tu sehari dpt makan sekali atau dua je. Dulu Haziq pun lebih kurang macam ni, tapi dah besar hilang terus bunyi tu. Kami risau asthma je, Haziq dulu siap duk spital 3 hari. Alhamdulillah takde apa pun. Kesian jugak Haqem masa tido kadang tu tak selesa.
Ubat untuk Haqem stok sebulan. Kat Jepun ni ubatnya jenis berserbuk. Kene bancuh ngan air tu yg malas nak main2 ngan air nih. hihi..

Dah winter ni heater sentiasa la pasang. Udara pun kering tapi kami pasang la humidifier tu, letak minyak vicks untuk segar sikit. Heater kami pasang ikut timer, tengah malam tu tiba2 la sejuk, budak2 ni awal2 takmo selimut sebab panas, dah tengah malam masing2 kesejukan, mmg tiap malam kene bangun check selimut budak2 ni. Kalau tak selimut confirm esoknya selsema.

Eh tadi tu lepas injection Haqem, kene wat appointment untuk Batrisya ngan Haziq pulak, hari Jumaat ni Injection Influenza. Ini tiap tahun kene ambil. Jepun ni takut sangat dengan penyakit. huhu.. hyper hygiene diorang ni. Ini kene bayar 2000 yen seorang. Act. satu family kene ambik. Mama malas nak inject sebab jarang keluar rumah. hehe...

Seterusnya, kami ke klinik gigi pulak. Hari ni mmg buat appointment klinik saja. Kali ni untuk Haziq dan papa. Sebelum ni Batrisya dan Haziq. Batrisya punya gigi 2 batang yang rosak tapi doktor kata ok sebab gigi yang rosak tu nak tanggal, so x perlu rawatan. Haziq ni adoi kecik2 dah kene tampal gigi. Masa first check tempohari 6 batang! yang rosak. huhu.. yang confirm 4 batang kat depan tu mmg nampak la hitam2 sikit, tapi ok lagi. Tadi tu second appointment Haziq untuk tampal gigi geraham yang berlubang. Act. takde la teruk sangat, tp dah doktor suggest soh buat, kami buat je. Sejak haritu dah train gosok gigi 2x sehari. Bangun pagi dan sebelum tido. Tapi tadi tu memang sugoi la Haziq. Dia boleh ikut terus nurse tu masuk bilik doktor tu tak perlu mama dan papa iring. Macam tak percaya je dia boleh ikut cakap nurse dan doktor tu. ekeke.. Baik je dia dengar arahan doktor, tak dapat mama tengok dia kat dalam tu macamana. Langsung tak nangis atau mencari. Relax je dia duk dalam tu sambil bawak buku Pokemon. Lupa je nak amik gambar tadi. Pastu nurse bagi la hadiah kat dia sebab baik. hehe.. Papa lak kene appointment lagi, isk ntah kali keberapa check gigi tapi sakitnya tak gak ilang. Tadi tu papa kene x-ray tengok macamana. Nanti ni appointment lagi. wahahaha.. berapa banyak appointment doktor la ni.

Cukuplah bebelan tengah malam. Last sekali penutup bicara, nak tunjuk bunga haritu yang Batrisya dapat masih segar bugar lagi. wow! tahan lama ye bunga ni. Tapi yang roses tu dah layu dah. Ikutkan dah 2 minggu bertahan bunga ni dalam air. Nak tengok berapa lama lagi bunga ni boleh bertahan. hehe..

Salam Maal Hijrah 1432 buat semua!

6 comments:

eiela said...

bahaya tuh. kalau batuk dia berpanjangan elok bawa jumpa doktor sebab macam-macam bleh berlaku bukan je asma, maybe jangkitan paru2 dan maybe bleh melarat. nanti kalau terlewat, payah.

Latest Entri :
Salam Maal Hijrah 1432H

IDA said...

moga yg sakit2 tu cepat baik ye.sama lah mcm kat rumah ni.kalau hari gi klinik tu..gi klinik jela..alang2 pegi..mcm2 klinik pegi hahaha

kew_chop said...

odaijini untuk akak sekeluarga. maira pun ada opp kat dental arini. takde teruk sgt giginya tapi biasala doc sini sikit2 pun nak soh dtg byk kali. nasib baik free n ada masa, so pegi jeklakan..

Asmara said...

Eiela, terima kasih atas nasihat. Memang dah bwk jumpa doktor banyak kali. tapi tu la doktor bagi ubat suruh makan. Memang hilang bila dah mkn ubat tp bila sejuk je start datang balik. Haqem mmg tak boleh kene sejuk, doktor pun nasihat tak bagi mandi. jd pakaikan dia baju tebal supaya sentiasa panas. Kalau keluar rumah mmg kene selubung habis. huhu..

Ida, hehe... mmg tu. Sebb nak keluar byk kali mmg payh la. Lagi la kita yg nihonggo wakarimasen. ekeke..

Murni, tq. haah sib baik free, tp leceh tu la byk kali nak ulang alik. Tp sib baik dekat je ngn rumah. :)

Fith said...

kesiannya haqeem,moga cepat sembuh yer.fith kalau anak2 selsema mmg tak endah sgt,biar slowly sembuh sndr sbb bagus utk diorg bina antibodi.klau batuk2 tu risau jugak,lgpun kesian tgk batuk2 kan.byknya ubat haqeem,terus utk sebulan.gambatte ne haqeem melawan sejuk.

Asmara said...

Fith, itulah kadang tu biar jugak. tapi bila lama tak baik2 mmg kene bg ubat. stok sebulan doktor bagi nih, harap2 sihat la dia lepas ni. tq fith. :)