Wednesday, December 8, 2010

Pasta Gratin

Lunch dengan menu Italian. Ini request by hubby yang kata dah lama tak makan. Resepi sama dengan pasta bake yang pernah buat dulu. Cuma yang ini takde lapis2, letak satu2 pastu terus bakar. Resepi asal tengok kat sini. Tapi kita tulis balik dan ubah ikut citarasa sendiri dan bahan yang ada kat rumah. :)

Bahan-bahan,
1 paket pasta
2 keping isi ayam (potong dadu)
1 biji capsicum
1\2 biji bawang besar
2 sudu butter
2 sudu yogurt
Mozarella cheese secukupnya

White sos,
2 sudu butter\olive oil
1 sudu tepung gandum
1\2 cawan susu
1 keping sliced cheese
sedikit lada hitam dan garam

Cara-cara,
1. Rebus pasta hingga masak dan tos.
2. Panaskan butter, tumis bawang, ayam dan capsicum hingga masak.
3. Masukkan yogurt dan gaul sebati, tutup api.
4. *White sos* - Panaskan butter\olive oil, masukkan susu, tepung dan garam
5. Bila dah pekat masukkan sliced cheese dan lada hitam.
6. Isikan pasta dalam mangkuk gratin, diikuti ayam dan tuang white sos.
7. Taburkan mozarella cheese dan oregano.
8. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Pasta ni memang kegemaran papa dan Batrisya, selalu buat yang creamy tu malas nak tunggu bakar2 ni lambat. hehe..Itadakimasu! :D

2 comments:

~ yus ~ said...

alalala....Italian lah pulak. Suka tengok bekas dia tu..:D

Asmara said...

K yus, ramekin ni orang bagi. hehe..