Monday, December 6, 2010

Nasi Goreng Ayam

Sempat jugak snap gambo nasik nih! Pertama kali cuba buat nasi goreng ayam ni. Sedap la! Mula2 macam konpius gak ayam dah goreng rendam dalam nasi lom masak. ehehe.. tp lepas masak dan rasa mmg menjadik la! Ini menu sabtu lepas untuk jamu kawan yg datang rumah. Sempat amik gambo nasik je, yg lain2 macam biasa la salad2 dan sos. Tapi ni buat guna beras jepun je. Basmathi dah kehabisan stok. Okla memang rasa nasi goreng ayam! hehe.. Resepi tengok kat blog Ika yang bertapa sekejap tu. Mekasih ye Ika share resepi. :D

NASI GORENG AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

5 comments:

cplud miera said...

sy dh 2 kali buat nasi nih..mmg sedap kak ;)

nik ainn said...

Assalamualaikum...pagi2 dah tgk resipi sedap... ;)

Princess Nur said...

sedap ni..nk cubalah

Asmara said...

Miera, senang dan sedapkan! xyah goreng dah nasik tu. hehe..

W;salam Nik, kene cuba resepi mudah ni. :)

Nur, boleh sangat. mesti cuba!

cplud miera said...

hehe.. paling suke msk ni.. ringkas dan sedap