Wednesday, August 18, 2010

Goya / Peria Goreng Telor

Peria yang ada kat Jepun atau orang sini panggil goya. Kalau yang hijau tu biasa nampak kan. Tapi peria kaler putih tu tak biasa nampak, besar sungguh tak tau nak masak apa. hehe.. Act. peria ni ada kawan yang bagi. Belum pernah beli lagi kat sini. Makan peria bagus untuk ubat orang kata.
Peria hijau yang selesai dimasak. Peria memang tak penah masak lain la kecuali goreng dengan telor. Kalau kat rumah mak memang masak macam ni. Lamanya tak makan ulam-ulaman kampung. Nak hilangkan pahit rendam dengan air garam. Tapi bila dah makan dengan nasik tak terasa pun pahit. Ini menu bersahur semalam lawan dengan ikan goreng dan telor masin. Resepi sama dengan dapur kak Hana. Cnp dari situ je eh. Tq kak Hana. :)

Bahan-bahan
  • 1 biji peria sederhana - buang biji dan hiris nipis
  • *5-8bj cili padi campur 1btg cili merah @ leh gune cili kisar 2 sm
  • *sesudu makan ikan bilis - cuci dan toskan
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur L
Cara-cara
  • Rendam peria dengan 1 sudu kecil garam lebih kurang 20min. Toskan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan peria dan goreng hingga masak. Perasakan dengan garam dan perisa.
  • Kecilkan api. Pecahkan telur dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

izahdaut said...

saya tak pernh mkn peria..pahit tk goreng mcm ni..peria mamak tu pernh la makan..nmpk best je

aile77 said...

kat sini lom penah lagi beli peria... kalu kat Mesia selalu gak beli... emi suka peria telur ni... tp sebab ayah emi tak berapa suka, so mak goreng peria pedas campur taucu+udang basah... alahai... rindu kat mak la pulak...

err... yg putih tu peria albino ker?? huhuhu....

Asmara said...

Izah, kene rendam air garam hilang sikit pahit dia. kalo mkn macam tu mmg pahit. huhu..

Emi, ada mcm2 version gak kan. kite yg buat dia ek. hahaha... x tau le albino ke peria tu. takut lak nak makan nih. hehe..