Wednesday, August 18, 2010

Karipap

Nak posing jugak karipap yang tak cun ni. Act. ni karipap frozen, tadi tertido petang pulak, pastu terbangun agak lambat jugak. hehe.. tapi ok lagi sempat la masak2 lagi. Tido x sampai sejam pun sebab nak tidokan Haqem kite pun terlelap sekali. Petang tadi pulak papa bawak budak 2 orang tu jalan2 kat luar. Main air katanya. Mama tinggal berdua je dengan Haqem, rasa macam sunyi dan aman pulak kat rumah. hahaha... Ingat tadi nak buat kuih lain tapi sebab tak sempat goreng je la karipap nih.

Kulit karipap,
2 cawan tepung
1 sudu margerin
1 sudu minyak
1 sudu garam
Air

Cara-cara,
  • Panaskan margerin dan minyak sebentar
  • Masukkan tepung, garam dan gaul
  • Masukkan air dan uli
Inti karipap,
1/2 cawan daging cincang
3 biji kentang
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu serbuk kari
garam dan sedikit gula

Cara-cara,
  • Panaskan minyak tumis bawang yang dikisar dan serbuk kari
  • Masukkan daging, goreng separuh masak
  • Masukkan kentang
  • Tumis hingga kentang dan daging masak
  • Jika kering tambahkan air sedikit2

4 comments:

MamaFaMi said...

I likeeeee!!!

Asmara said...

Mamafami, semestinya kuih tradisional dah ni. hehe..

kew_chop said...

uishhh cun bangat dah karipap akak tu, kalo versi saya lagi la senget benget terus.. hihi..

Asmara said...

Murni, aiseh murni tu pakai acuan pun dah rupa gitu. haha.. nak salahkan esbok sebb x muat isi karipap byk tu yg kemek2. hihi..