Thursday, July 14, 2011

Misi mencari kebab di Cherry Land Sagae


Akhirnya sampai jugak di Cherry Land. Bukan misi memetik sakuranbo(ceri) tapi misi mencari kebab. Hanis awak bertanggungjawab ye. heheh.. tiba2 mengidam nak makan kebab. ahahah.. Act. cherry land ni berdekatan dengan Lavender Park yang kami pergi tu.

Kami masuk jugak ke bangunan Turki seperti muzium yang mempamerkan tentang negara Turki. Special nya di sini adalah aiskrimnya. :)

Antara barang pameran dan yang dijual. Memang mahal..Boleh baca jugak di entry Hanis. :)

Inilah dia kebab yang dicari! dah separuh makan baru teringat nak bergambar, punya la tamak beli sampai 3 jenis, semua pun nak rasa. hehe.. memang sedap! satu kebab ni berharga 550yen. Waktu nak beli pun beratur panjang, ramai rupanya nihonjin yang berminat, selain kebab paling menarik hati adalah ice cream yang dijual secara silap mata. Tapi haritu pakcik tu sorang je buat keje tak terkejar dia buat silap mata nak jual kebab lagi. Tempat kami tak ada kedai makanan halal, nak makan kene jalan jauh... Haqem tu alergik makan ice cream habis naik merah2 muka dia.

Kami masuk jugak ke dalam kedai cenderahati yang menjual pelbagai barang keluaran Yamagata. Yamagata memang terkenal sebagai pusat pengeluar buah2an, terutama cherry dan pear. Buah2an ni dijadikan manisan atau biskut dan dibungkus dengan cantik sekali untuk dijadikan cenderahati.

Antara sakuranbo jenis satonishiki yang berkualiti, harga untuk sekotak ini 5800yen(RM220). Souvenir yang dijual berharga lebih kurang 500 -1500yen sekotak.

Ini pulak hasil kraftangan dari banduan2 penjara di sekitar Tohoku. Dijual dengan harga berpatutan. Kami tak beli la, tengok2 aje nih. Masuk jugak ke muzium sakuranbo tapi tak bergambar. Waktu tu ramai juga orang. Datang memang nak makan kebab je. Puas hati rasa nak datang lagi. :D

14 comments:

ijayuji said...

Salam kak! makkkk aiii! sakuranbo yg mahal tu besarnyerrr!!! mesti kenyang terbongkang kalau dpt 1 kotak tuuu wakakakaka... teringin benor nk makan sekrim turki, pernah nmpk kat sini dulu2 ada pameran makanan ada jual tp eksyen tak mo beli(perut kenyang masa tu :P)

Hanis MY said...

wow wiii syoknyaaa makan kebab, kak as hari tu cintan ckp aje nk g tapi tak pegi2 pun sebab tu sy tak caya bila dia ckp nk g lagi hik2... bestkan kebab tu woh teringat-ringat... lavender park tu belah mana eh? takleh imagine...

kak as, dtg sendai tak wiken ni??

Mamasya said...

byk juga brg kat bgnan Turki...boleh jamu mata. tp kebab tu jugak yg sedapkan. cantik lavender park...bunga lavender ungu cantik sungguh.bunga2 lain pun cantik juga..
pop ice tu favorit abg no1 tp masa dtg sini lupa lak nak bawa.

yatie chomeyl said...

eh ada jugak ye alergik aiskrim? kira nya Haqeem lansung xleh mkn eskeremla eh Kak As?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

akak nanak kebab jugak....tertiba jadik mengidam kebab ni uwaaa....nk gi gak la

Unknown said...

oo misi mencari kebab rupanya...

masuk blog As dah ada background lagu Jepun lah..huhu. Tak faham akak...hihi

Pos Terkini ~yus~ .::Komen-komen Mencuit Hati::.

Bibu said...

Sedapkan aiskrim turki tu.nak kebab,as jg perlu bertanggungjawab atas kempunan nak mkn kebab.hahahaha... guwau je

Ehem.....tangkap jiwang lak dia pasang lagu ni.sesekali dengar menusuk hati.tiba2 rndu kt somi lak.hehehe....

Asmara said...

Ika! haha.. mmg terbongkang dpt sekotak tu. dengan harga macam tu makan ngan biji2 dia sekali pun takpe kot. muahaha... eskrim tu rasa eskrim jugak, tekak aii kata x berapa nak sedap. muehehehe...

Hanis! park tu depan lagi selepas kebun banyak2 tu. dalam 10 minit jugaklah. betul2 tepi nak masuk highway. *InsyaAllah plan nak pegi jugak, cam best je dia buat besar2an.

Asmara said...

Mamasya, masuk taman bunga mmg asyik sangat la tengok bunga yang cantik2. xpe masih boleh pos ringan je pop ice tu.

Yatie, Haqem tu alergik susu, ada setengah susu dia tak boleh minum, tak pasti alergik apa sebenarnya, ada eskrim tu boleh je makan. kene test kdg tu, tp biasa merah2 tu dlm sejam dah hilang.

Asmara said...

Ayu! alolo.. belah2 sana byk kot, kalau ngidam jugak kene dtg sini la. hehe..

Kak Yus, saje je mengedik nak letak lagu. hehe..

Kak Anie, hihihi.. ala sorry sib baik gambar kebab aii tu tak mengiurkan. ahahah.. kalau x harus la terbang ke sini. :D
*lagu feveret dr dulu kini selamanya. ekekeke.. jiwang soh laki nyanyi tuk aii.

Maira Anjami said...

Tengok gambo kebab akak rase teringin pulak..hehe..
kalau dulu ade jual kebab halal dekat2 dgn kwsn rumah..tapi kedai tu dah xde skrng..huhu..kene buat misi mencari kebab jugak nampaknya :D

Unknown said...

bestnyer jln-jln tu kak...ehh nk panggil akak ke? nieza lahir thn 79. maaf yer kalau lbh tua. nieza suka jln-jln cuci mata gitu tak beli apa pun tak apa janji dpt jln hehe..:)

Ida,Japan said...

bestnyer pegi sakuranbo gari...sini tak dak la ladang ceri ni...ada pun mmg nk kuar dr fukuoka...jauh sgt katanya...plan nk pegi mandi-manda air terjun jer la esok..
mak ai..As, besornyer ceri tu..tak pernah tgk lg sebesar tuuu...bestkn jalan2 kt japan...jln2 puas2 sebelum tiba masanya..heee

Asmara said...

Maira, la ye ke, xpe nnti carik lagi tmpt lain, kami ni pun sejam baru tiba. lagi sadis. hehe..

Nieza, betul tu, x beli xpe yg penting dapat jalan. mmg kaki jalan aii ni. :)

K Ida, gari kat supa je. hehe.. tu la jln puas2 sebelum tiba masanya. ;D