Tuesday, August 2, 2011

Menu berbuka Hari Pertama Ramadhan 2011 - Mee Rojak

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah dah selamat kembali ke rumah setelah bercuti2 di Korea minggu lepas. Banyak sangat cerita yang tertunggak, nanti2 la ada masa update cerita dan gambar. Hari ni ringkas sahaja nak share menu berbuka hari pertama. Saja la buat kenangan. :D

Act. tak plan nak makan atau masak apa untuk hari pertama. Makan apa yang ada kat rumah je. Keluarkan bahan memasak jam 4 petang. Terus plan buat mee rojak. Kuah kacang ikut resepi yang biasa mak buat. Kuih plak mula2 tu macam nak buat murtabak last2 jadi popia ketam je. Waktu berbuka hari pertama 6.50 petang, dan Imsak jam 3 pagi.

Mee rojak pertama kali buat. :D
Bahan-bahan ikut apa yang ada je. Timun, fish cake, crab stick, salad, tauhu, taugeh dan telor. Telor tu rebus last minit, tak berapa masak lagi yang tengah tu.
Tembikai yang manis
Juga popia ketam untuk sampingan.
Ayam goreng simple makan bersama mee rojak.

Resepi kuah rojak saya yang tak pedas dan sedap kata asben. :D

Bahan2,
  • 200g kacang (blend hancur)
  • 1 biji bawang besar
  • 1\2 inci halia
  • 1 biji buah keras
  • 1 sudu besar serbuk lada
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan air
  • Air asam
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2,
  • Tumis bawang, halia dan buah keras yang telah diblend.
  • Masukkan serbuk lada, tumis hingga garing dan serai.
  • Masuk air asam, garam dan gula
  • Masuk kacang dan gaul sebati.
  • Masuk air, kacau hingga kuah jadi pekat.

17 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Welcome back Kak.as
Rindu ketat2 ni ngeee
Uwaaaaa hentak kaki terlioq nyer Tgk
*・゜゚・*:.。..。.:*・'(*゚▽゚*)'・*:.。. .。.:*・゜゚・*

Amie said...

bestnya menu berbuka... ada rojaklah....teringin nak buat pulak!

Syaima' said...

selamat puasa k.as! hari ni nak buat popia ketam jugak laa.thanks for the idea!

Hanis MY said...

selamat kembali kak as! wahh tak sabar nk bc cerita... selamat berpuasa utk kak as sekeluarga uwaaa sedapnyaaa menu berbuka tu...pengsan!

nur easy said...

arrrghh mengapakah terlihat mee rojak pd waktu2 begini.. hehehe kena p buat jg la ni

Afikah Aziz said...

sedapnye,ika xpnh buat mee rojak,nk kne buat gk ni,nk tau skill masak mee rojak ok ke x hak3x :p

~ yus ~ said...

Wah! Makan rojak, best tu...hehe

Selamat berpuasa As...:)

AZIE said...

wah wah sedapppp tu....nyum nyum...i menu hari pertama nasi beriyani and kari daging....huhu

ijayuji said...

Salam kak! aduhhhhh akak membuatkan kita nak mencarik rojakkkk!!!! sedapnyerrr! lamaaaa sgt tak makan setahun lebih kot! wakakaka..dasar pemalas kita lah tuuuu dgn rela hati mengaku hihihi...

Asmara said...

Ayu! miss u too.. haha.. wajibla jadi pengomen pertama. ;D

Kak Amie, menu tak dirancang. :)

Asmara said...

Syaima, hehe.. kuih paling cepat!

Hanis! mengumpul kekuatan nak mengarang. hahaha...

Ika buat kuah dia je, yg lain semua campak2 gitu. hehe..

Asmara said...

Kak Yus! selamat berpuasa! rojak je senang. hehe..

Zila!! U!! i plan nak buat kuah kacang u tu la, tapi lepas berbuka baru dpt resepi, next time i buat ikut resepi u pulak. heheh..

Ika! waa... setaun lebih tu. ahaha.. buat kuah dia je la. ekeke..

Asmara said...

NoraEZ, hehe.. kalau ngidam kene buat. :D

Uncle Lee said...

Hi Asmara, Wow! Ini da tentu tiga pinggan lichin, ha ha.
Looks delicious, sedap best!
I love your poh pia. I think 5 pieces will do me fine, ha ha.
Telah berlabur tirai Syaaban menjelma pula Ramadhan.
Saya ucapkan moga berjaya menunaikan puasa dengan Jayanya.
My best regards.
Lee.

Juwita Jamaludin said...

salam As.. nanti cerita tentang korea ye.. bestnya gi rasa nak gi lagi je.. hihihih rojak sedapnya fariz suka rojak2 ni..:)

Kamalia said...

kak..suke dgn mee rojak.tp last time buat,rs mcm xjd sgt..xtendang(kick)gitu..sedih..

Asmara said...

hi uncle lee, thank you drop a message here. hehe..

Ita, tengah mengumpul idea. ahaha.. rasa nak letak gambar je, gambar pun tak terpilih ni.

Kam, lor ye ke. yg penting kuahnya. hehe..