Monday, July 23, 2012

Iftar dan Jamuan Hari Pertama Puasa

Alhamdulillah dah hari ketiga Ramadhan, hari pertama berpuasa alhamdulillah kami sekeluarga sempat menganjurkan majlis berbuka puasa untuk warga muslim yang ada di sini. Terima kasih buat adik2 yang turut membantu mama menyediakan juadah berbuka pada hari tersebut. Alhamdulillah berkat pertolongan adik2 yang ada semua hidangan dapat disediakan pada waktunya. Setiap tahun di bulan puasa memang jadi rutin kami sekeluarga untuk menjamu adik2 yang ada di sini. Syukur atas rezeki yang ada. Majlis ni diadakan di Dewan International House berdekatan rumah yang ditempah.
Menu utama yang dimasak pada hari tersebut adalah Nasi Minyak, gulai ayam, acar mentah dan juga Laksa Penang. Selain tu sempat jugak buat kek gula hangus, popiah yang dibalut oleh adik2 dan samosa oleh adik Aku bukan Masterchef. ;)
Kuih lain Onde2 dan Cendol (ini tak berapa jadi sebab mama guna tepung beras Jepun). Turut dimeriahkan dengan kek coklat cheese brownies oleh adik Aini, kuih sagu dan kuih bingka oleh adik Hafiz. Terima kasih! ;D
Baju biru itulah adik ABM, terima kasih samosa sedap! :D Lebih kurang 20++ orang yang hadir termasuk Pak Dikdik (warga Indonesia), Khairah (warga Brunei), Aki dan Ami yang banyak membantu dan sponsor pinggan dan cawan, serta semua pelajar2 Malaysia lain yang berada di sini. Tapi ada juga yang tak datang sebab berada jauh di kampus Yamagata dan Mahadir yang bekerja hari tersebut. Memang tak ramai pun warga Muslim yang ada di sini. Kalau dicampur semua lebih kurang 34 orang saja Muslim yang ada.
Syukur Alhamdulillah selain menjamu hidangan kami juga dapat solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah. Terima kasih sekali lagi pada semua yang hadir. InsyaAllah moga ada rezeki berkumpul lagi di bulan Ramadhan ini. :-)

23 comments:

Chekgu Azrine said...

seronok sangat nampak berbuka di prantauan ye.. selamat brpuasa ye.. makanan tu semua menyelerakan..

yatie chomeyl said...

bnyknya maknana, tiba2 terliur tgk gambar2 makanan. ni br kul 12 ni hahahaha

Unknown said...

kadang2 berpuasa di perantauan lagi meriah kan..walau pun takde pasar ramadhan..

Fazlinil Irma said...

hebat kak as. hari pertama dah berbuka bersama.

ramadhan kareem utk akak sekeluarga. :)

SURIA AMANDA said...

seronoknya berbuka ramai2 mcm ni...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pitam tgk menu
rajinnyer kaka masak
syoknyer org yg blh makan tu ngeee
best ramai mesian kat sana
weols nk buat gak but kohai b4 pose semua dah blk mesia ngeee

Hanis MY said...

bestnya ada majlis berbuka ramai2, kitaorg buat sesama geng senior citizen je...

fazian.batrisyia said...

Pandainya masak...Nanti boleh ajar sy...sy sedia diajar...

Qasey Honey said...

seronoknye gotong-royong sediakan juadah bsama2...pstu bsama2 mghabiskannye...hihi...slmt bpuasa

AZIE said...

Kak as...seronok nye...wish i were there...hehe...insyallah tahun depan la ye...Selamat Berpuasa....

kurus said...

sedap2 dikk
memang seronok berbuka ramai2 nie
banyak juadah
alhamdulillah ;)

nur easy said...

meriah... terasa berpuasa jauh dr malaya kan ;)

Cheq Sue said...

memang seronok dapat makan beramai-ramai camtu kan as...tak terasa penatnya seharian berpuasa...

A.B.M said...

hahaha
alamak kak,
terkantoi lak sape ABM.
hihihi.
^^
Memang sedap lauk2 hari tu kak.
mabeles!
hihi

Happy Ramadan kareem kak!
:D

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam As,

Seronok kan ramai-ramai buka puasa dan kawan2 bawa sama makanan...

Meriah sungguh juadah... kalah bazar ramadhan di Malaysia :D

Unknown said...

salam ramadhan kak :)

Anonymous said...

wah meriah sugguh ni. masih dapat rasa mkanan mesia walau jauh nun disana ye ! terbaik menu2 ni

Dr K said...

bila komuniti Islam kecil, especially melayu, mmg akan terasa rapat hubungan kan..;)

Buka puasa & sahur kat sana pukul berapa?

Unknown said...

tetiba teringat majlis berbuka dan solat terawih bersama di PMC dulu As...

Unknown said...

tetiba teringat majlis berbuka dan solat terawih bersama di PMC dulu As...seronok!

Cik TeN10 said...

Xnk buat majlis berbuka puasa utk warga akita ke? Ktorang pn nk jgakk..haha :)

Selamat berpuasa :)

Papa Ken Hamza said...

Tgk kuih onde2 dgn cendol tu rasa nk start keter gi yonezawa je..hehe

umiawadah said...

Alhamdulillah...gembira bila dengar umat Islam Malaysia bersatu hati dan bekerjasama...tunai solat berjemaah...bukan senang nak berkumpulkan...