Saturday, May 19, 2012

Mee Siput

Snek minuman petang orang2 Johor. Rasanya mee siput ni ada kat Johor je, negeri lain tak pasti pulak. Dulu masa sekolah selalu beli mee siput ni. Zaman saya sekolah harga dia 20sen satu, sekarang dah 50sen. Rindu nak makan, sebelum mak datang dah pesan suruh bawak mee siput ni. Mee siput ni kene goreng dulu lepas tu makan dengan sambal tumis. memang sedap sangat! Kalau datang Johor cubalah rasa, banyak dijual di gerai tepi2 jalan. :)
Rupa mee siput sebelum digoreng. Mee kuning yang dikeringkan tak silap saya. :D Lebih puas hati kalau beli dan goreng sendiri. Yang menyedapkannya adalah sambal ikan bilis yang makan bersama2. Alhamdulillah.. puas hati dapat makan banyak. hehe..

17 comments:

mama maman aka yana said...

nmpk sedap pastinya sedap kannn... hehehe

ADEEYA said...

Me first time tengok huhuhu *nampak sangat jakun. macam sedap je. :D

Hanis MY said...

kak as naper hanis tak pernah tahu padahal byk tahun duk johor dulu wuwuwu...

FnF Simple Life said...

saya tak pernah gak tau pasal mi siput nih...nama je asben org johor...kikiki...

aReLaN said...

dok johor dulu pon tak pernah merasa.wuuuuu

ieda said...

aah sedap ,
biasa dik kalau disini kami makan ngan kuah lada kicap ..
rangguo2 kan ;)_

kasihredha said...

kalau tak salah...mee ni boleh buat macam pengat tu kan...letak santan dan gula merah.

Cik TeN10 said...

Ooo mknn org johor rupanya..xpernah makan lagi rasanya setakat 23 tahun hidup ni..nt lah bleh request kt org johor lah ea :D

Mamasya said...

Salam As.pertama kali tengok mee siput mkn dg sambal ikan bilis...ingatkan kena masak mcm sizzling mee.

Jo-Blogger said...

xpenah tgok la..ni mknan org johor ke?oklah sy singgah sini..nt singgah ke blog sy ye..

http://johariblogger.blogspot.com

LydSunshine said...

Makanan ni kira mcm makanan berat atau makanan ringan?

Acik Erna said...

salam As..acik tak pernh makan ni.nampk sedap tu

Teratak Hami said...

Suami akak org Johor tapi tak pernah pun kami mkn. Nanti balik kampung nak mengada2 request .. hehe

Anonymous said...

mee siput ni terdapat di muar johor je...kat jb pun xde. :))

Ijah EmoTemo said...

ijah hari tu baru first time try. mmg best ! syok je makan mee siput ni hehehe

Cik Eka said...

memang sedap kan..eka pernah rasa sekali kawan bagi..sedapnya

rasa nak beli banyak pastu goreng.hehe

maziah said...

Mee aiput ni memang ada kat Muar jer.Kalau saya tak silap,org perak panggil mee sanggul,tapi diprang buat masak sup.