Friday, January 11, 2013

TQ all..

Alhamdulillah.. terima kasih banyak komen dari rakan-rakan blogger tersayang yang dikenali mahupun tidak di atas entry Sekolah Malaysia tak best. Banyak komen yang positif untuk saya ambil sebagai panduan. Sekadar luahan hati pada hari ke empat persekolahan tempohari.

Perkembangan terkini! Alhamdulillah pada hari ke lima dan hari kelapan tadi Batrisya mahupun Haqem tidak lagi menangis nak ke sekolah. Cuma Batrisya masih tak ada mood mungkin terlalu letih sesi persekolahan hingga ke petang sebab kene pergi sekolah agama. Hari Selasa tempohari asyik la berzikir kat papa dan mama nak balik Jepun nak balik Jepun. heheh..

Haqem pun happy je sekarang nak ke sekolah. Mungkin pendekatan teacher yang pandai ambil hati anak murid. Haziq pulak ada masalah sikit kat sekolah, teacher dia beritahu Haziq kene lebih praktis menulis esp. jawi dan bm, tangan Haziq dah biasa menulis Jepun kene tulis jawi memang la kekok. Batrisya pun sama ada masalah nak menulis jawi dengan lancar. InsyaAllah yang ini memang kene lebihkan praktis supaya tak ketinggalan jauh dari rakan yang lain.

Ok cerita mama pulak. Dah nak masuk seminggu mama tak sihat. Batuk selsema dan sakit2 badan. 2x jumpa doktor. Makan ubat hilang sakit, ubat habis datang balik. Kerja tetap datang. Sejak budak2 sekolah rasa hidup macam robot. Pukul 6:30 petang sampai rumah lepas ambil Batrisya sekolah agama dah prepare utk dinner, solat dll, kemas2 rumah. Malam kene peruntukan masa untuk mengajar Batrisya pulak. Letak kepala atas bantal memang terus lelap. Bangun pagi2 dah kene siapkan beg baju dan beg sekolah budak2. Iron baju dll. Papa pun agak sibuk kadang2 waktu malam. Hari2  kami basuh baju. Rasanya semua orang pun sama kan. Esp bila anak hantar ke tadika/taska dan sekolah. Ini baru seminggu sesi persekolahan dan akan jadi rutin hinggalah tamat anak2 bersekolah. hehe...

20 comments:

Unknown said...

lama2 nanti biasalah ya As. Balik Malaysia mmg semua rasa penat,teringat dulu masa tahun pertama berada di Malaysia semula selepas 4 tahun merantau, rasa tak cukup masa serba serbi, rasa masa kat UK dulu serba serbi relax je, asyik jalan2 je, skrg ni dah biasa dah. As pun mesti sama juga nanti.

Batuk, selsema, sakit2 badan tu peralihan cuaca dan rutin seharian kot As, dah 4 tahun jadi surirumah je, ni kena kerja balik dan sibuk pula, kalau macam kak yus hari tu, batuk, selsema, sakit2 badan dekat sebulan, tup2 ada isi dalam perut...hihi.

Nieda Ramly said...

silibus Malysia sgt tinggi . zaman kita dulu , silibus diajar sekolah menengah sekarang sek rendah pun dah diajar.
pandai cikgu tu takle anak2 As.

lady lavender said...

all the best as. Pasti rutin hidup dan bertukar 360 darjah kan! Insyaalah lama2 alah bisa tegal biasa.

yantisa said...

hari-hari akak dan anak-anak hampir sama ... bila malam , semua pancit awal . Kesian ke anak-anak tapi nak buat macam mana ..rugi jugak kalau tak hantar anak ke sekolah agama ni .

Teratak Hami said...

Mmg terpaksa jd supermom :-)

Klu stay kat kl / selangor, lagi le... Dgn jln jam lagik.

Cik Sara said...

Semoga cepat sembuh kak As..
Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA..

Selamat bersekolah buat si kecil..~

sitiezahim said...

adeh baca diari kak as ni pon semput..hehe..tp memang camtuh la keadaannya kan? hehehe...btw seronok dengar budak2 dah ok ke sekolah..tapi bab berzikir tu mmg tak tahan hehehe...

sitiezahim said...

mm kak as, sabar je la dengan komen2 negatif kat entri sekolah tu. hadoi siap cakap anak akak manja..huhu manusia2...sedih plak saya baca

Unaizah said...

Sama-samalah kita doa supaya anak-anak kita suka belajar dan cintakan ilmu. Mana-mana parents yg ada anak bersekolah memang macam tu la As. Moga dipermudahkan Allah segala urusan kita.

diha said...

Semoga Kak As n family cepat2 adapt..:)

In Shaa Allah~

Anonymous said...

salaam.. silent reader here. alhamdulillah, the kids are settling down nicely. hope they dont lose the language (Japanese). it will be to their advantages :)

Unknown said...

penat bunyinya as..saya tgk akak ipar saya pun sama..baju basuh hari2.. kadang2 baju tak sempat kering. malam iron dulu. baju kering sbb iron. balik kerja kena masak, ajar anak2 lagi. pulak tu anaknya 6 org. ada 3 kembar..saya yg anak belum sekolah.basuh baju pun culas2 ni pun penat..

hujung minggu rehat lebih sikit as..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kena jadi super mama lah As...
itulah rutin hingga hujung tahun :D

LydSunshine said...

Kesian tu mmg kesian jugak kat batrisya. Tapi ada baik jugak awal2 dia dah tukar ke skolah kat Malaysia. Boleh berlatih tulis jawi dari awal. Ye tak? Takpe la... lama2 nanti bila dia dah dpt terima hakikat yang dia mmg kena skolah kat Malaysia, dia akan okay letew. Heheh. All the best As.

mrs kayrul said...

akak dah balik malaysia ye....sian kat bebudak tue mesti tak biasa ngan cuaca kat malaysia pastu jadual kelas yg padat....

fazianbatrisyia said...

As...sabar ye. awak dah tinggal rumah sendiri ye? Senang2 nanti datanglah rumah sy kalau sudi...

Anak ke-2 sy pun baru masuk sekolah...hari2 nangis tau. Baru hari ni sy hantar ke sekolah dia turun kereta terus berlari. Tapi mmg betul, teacher kat sekolah pun kena ambil serius hal anak2 kat sekolah.

Sy terharu sangat, hari tu anak sy terjatuh kat rumah...so, nangis aje la sampai kat sekolah pun kan...Teacher terus tanya dia kenapa nangis...sy jawab dia terjatuh kat rumah nenek dia. So, luka. Sy pulak tak ada plaster ke minyak ke...Teacher terus dokong dudukkan atas kerusi teacher terus bubuh ubat & tampal plaster. Pandai ambil hati anak2...

Sekarang dia dah suka ke sekolah...daripada kata tak mo makan kat sekolah, skrg teacher kata dah nak makan. Terima kasih Teacher Zila. [kalau beliau baca ni]. Sy sangat hargainya.

daddydee said...

semoga akak cepat sihat...

Insyallah pelan-pelan nanti boleh la tu tulis Jawi,

Cik TeN10 said...

Ololo mesti diorg rindu life kt nihon.. Ye la celik2 kat nihon kan.. Harap2 setiap benda baik yg diorg belajar kat nihon diorg takkan lupa sampai bila2.. Ye la sopan santunnya,budi bahasanya kan..

Ahahah.. Dok tulis hiragana katakana tetiba nak kena tulis jawi.. Haru jugak la kan tapi xpe budak2 diorang cepat belajar.. Hopefully diorang dapat catch up dgn baik :D ganbatte Kak As ! :)

nazayiena said...

Siannya dgn Batrisya,biasalah klu tukar sklh apatah lg lain negara,dulu anak kak Nurul pun sama pindah dr S'wak ke Putrajaya je,dekat 2 minggu xnak ke sklh.

nisachik said...

Salam kak. Sy pengunjung baru blog akak..suka baca entry2 akk pasal life kat jepun. Saya baru je 2 minggu kat tokyo, dan akan stay sini selama 3 bulan. Hopefully dapat belajar n explore everything kat japan ni.. :)