Monday, January 7, 2013

Sekolah Malaysia tak best!

Hari ke empat persekolahan. Pagi ni Batrisya menangis2 tak nak pergi sekolah. Mama pun sedih jugak tengok dia menangis. tapi kene kuatkan semangat dia cakap elok2 kene pergi jugak sekolah walau macamana pun. Minggu lepas masa borak2 dia tanya, Mama kenapa cikgu sekolah semua garang2? kenapa cikgu asyik marah2 je?.. aduhai.. apa la nak jawabkan. Cikgu kat malaysia ni stress kot banyak sangat kerja. Dia kata sekolah tak best. Mama dah agak, sebab dia baru je masuk sekolah, kene belajar banyak benda baru yang dia tak berapa faham lagi. cikgu pulak stress agaknya nak suruh budak2 terus pandai. Awal2 dia begitu bersemangat nak ke sekolah. masuk hari ke 4, terus semangat down. Mungkin sebab dia tak boleh buat apa yang cikgu suruh. Batrisya masih lambat nak menulis laju2 dalam bahasa melayu, jawi lagi la lambat.  Mama kene berusaha bagi extra tuition supaya Batrisya tak ketinggalan jauh dari rakan kelas yang lain. Sedih  jugak bila dia takde hati nak pergi sekolah. Kat Jepun 4 tahun sekolah tak pernah sekalipun menangis tak nak pergi sekolah. Balik Malaysia baru hari ke empat dah menangis beriyer2 tak nak ke sekolah sampai kene paksa. Kat Jepun lagi la dia dengan tak pandai bahasa jepunnya, dengan baru nak masuk sekolah cikgu sabar je melayan dan ajar sampai dia pandai, memang la ambil masa budak nak belajar dan pandai, bukan sekali ajar terus pandai. Betul tak cikgu2 kat malaysia? Cikgu kat malaysia ni terus paksa budak, sampai budak pun takut nak ke sekolah sebab takut kene marah cikgu. hmmm... tapi tak semua kot cikgu macam tu kan!

Kisah Haqem pulak. Hari ketiga sekolah haritu menangis jugak tak nak keluar kereta, menyorok bawah tempat duduk dengan beg. Hari pertama dan kedua ok je masa hantar. Pagi tadi pulak mencebik2 sedih tapi tak nangis. Teacher dia kata kalau nangis dia ambil beg pastu duduk depan pintu nak balik. Mungkin sebab first time masuk sekolah. InsyaAllah ok kot sebab masih awal persekolahan lagi. Haziq pulak happy je pergi sekolah buat masa ni. Harap2 dia pun terus berminat nak bersekolah di Malaysia. Ya Allah Ya Tuhanku kuatkan lah semangat dan terangilah hati anak-anakku supaya mereka dapat menerima ilmu yang diajar oleh guru2 mereka. Amin Ya Robbal Alamin..

35 comments:

Ena's Palace said...

alahaii..kesian ticah..
as..try la tukar kn dia skolah tmpt lain..mana tau skola lain lg ok cikgu pun segarang tmpt skrg nih...

Teratak Hami said...

New environment bagi mereka. Lama-lama ok la tu.

Anak akak yg dah biasa dgn M'sia pun melalak jugak sebab dah lama cuti .. hehe.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cabaran betul kan As... memang kita sendiri kena sabar dgn kerenah anak2... lagi pun anak As dah lama bersekolah di Jepun dgn cikgunya yg lemah lembut... smpi Malaysia memang terkejut lah budak tu sekejap...

In shaa Allah lama2 ok lah budak2 tu As :D

Kakizan Omar said...

amiinn... biasalah tu ragam bebudak nie.. :D

Amanda Suria said...

alahai..dorang x serasi ngan suasana kat Malaysia kot..maybe permulaan...esok2 sure dah ok...

Daddy Ziyyad said...

Hmmm..saya malas nak komen lebih2, takut cikgu2 di malaysia sentap...hehehehe..Tapi tu lah realitinya..sistem persekolahan kita di Malaysia mmg stressful, exam oriented, dgn perangai sesetengah guru guru yg tiada jiwa pendidik, budak2 stress jadinya...

Bukan hanya anak awak nangis, anak2 kawan saya yg sebelum ni sekolah di Australia, lagi cultural shock bila sekolah di sini!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

perubahan 'angin' tu kan kak,lama2 biasa lah. harap cikgu2 dorang leh sabar

Asyifa Mustaffa said...

X perasan da blik msia rupanya.....review n3 yg lepas....bru peraasan....hehe....selamat kembali....:-)

me suya said...

Kesian pulak ng batrisyia..mesti rindu sekolah kat jepun..huhu

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Akk, terasa saya! sy cikgu jugak. ajar thn satu jugak. sy pun ada seorang murid melayu yg mendapat pendidikan awal dr jepun sbb parents sambung belajar. alhamdulillah dia tak pulak ngadu2 cikgu garang bagai ke hapa.. bkn semua cikgu garang2 ye... silibus malaysia ni mmg tinggi berbanding kat jepun. masuk tahun satu murid sepatutnya dah boleh membaca sbb membaca sudah diajar dr pra sekolah lg.. anyway, teruskan usaha buat adik batrisya... jangan cepat mengalah ye..

esma - silent reader..

ShidaGhazali said...

ololo...siannya batrisya...
u can do it dik...
environment malaysia and jepun x sama..sabar ek

LydSunshine said...

Batrisya dan hakeem skolah mana As? Saya plak yg sedih dengar budak2 tu nangis. Yelah, bila relate dgn cerita2 As yg dulu2 masa derang skolah kat Jepun, mmg nampak derang hepi sgt. Lagipun rasanya derang rindu kawan2 dan cikgu di Jepun kot. Batrisya darjah berapa ni? Cikgu2 Malaysia ni mmg banyak kerja As. Derang dah macam robot kena buat macam2. Agaknya2 sebab tu la semua jadi garang. Pastu dalam kelas pun murid kemain ramai. Lagipun kebanyakanya cikgu-cikgu ni [bukan semua] jadi cikgu bukan sebab minat. Tapi sebab takde pilihan lain.

Sabar ye As. As pun mesti stress gak.

Mrs Azuhaizat said...

Asmara, anak-anak akak pun sama tak suka sekolah kat Malaysia alasannya cikgu garang-garang...kadang tu depa kata belajar dalam keadaan berdebar-debar bila berdepan dengan cikgu garang, ni la kon nya bila anak-anak kita pernah sekolah kat luar negara especially di negara maju pendekatan guru-gurunya jauh berbeza. Walaupun dah 2 tahun lebih balik malaysia depa still nak compare dengan cikgu kat Jerman...

Zurina Hj.Zainal said...

kesiannya.....mana sikap kesabaran yg perlu ada pada setiap cikgu kt malaysia ni? cikgu2 kt jepun boleh jer bersabar dgn kerenah bdk yg lambat pickup especially dr segi kes As ....cikgu2 kt malaysia ni kena masuk kelas balik kot macam mana cara nak bersabar dgn murid2 yg baru especially mcm Batrisya....sbr jer la term...

lady lavender said...

Anak kwn saya kat sini yg baru balik msia beberapa bln lps pun sama hari2 nangis taknak pi sekolah. alasannya takut sbb cikgu garang sgt. Saya sendiri pun dah tgk lain sgt2 cikgu kat sini tackle anak murid. sorry to say, jauh sgt berbeza dgn kat msia. hanya kita2 yg ada pengalaman kat negara luar aje tahu buat perbandingan berdasarkan pengalaman.

sitiezahim said...

kesiannya kak as..mmm pada pendapat saya, sikap cikgu ni lebih kepada persekitaran pendidikan kat msia. sbbnya kat msia kan, darjah 1 dah macam wajib pandai baca. jadinya mind set cikgu2 ni dah naturally macam tu. so bila ada yg lain sikit progessnya, jadilah cikgu tu garang dll..tp mmg betul ckp kak as, anak saya di german ni tak pernah cakap tanak ke sekolah. selain cikgu yg mengajar kat depan, ada 2 pembantu cikgu untuk awasi student2 yg lemah..huhu

Chekgu Azrine said...

Kesian batrisyia..mgkn jgk cikgu2 ni tak sabar nak handle bdk2 yg cenggini..cikgu tak blh samakan semua budak tu sama..mgkn dia tak perasan kot batrisyia dibsrkan di jepun..elok akak gi berjmpa ngan cikgu utk diskus..kan?

Anonymous said...

Anak manja sangat kot.. Kami di malaysia ok jek tiada masalah ngan pendidikan hingga berjaya.. Biasala kanak2, menangis minta perhatian..hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...

hana said...

relax as relax.... hehehehe... danish dulu mcm tuh gak... sampai kene ejek nagn kengkawan dia 'org jepun jahat!' kes pengaruh citer komunis jajah tanah melayu la tuh.. haaa sampai camtu sekali mentaliti bdk zaman skrg.. tp yg paling penting peranan mak bapak.. terus bg dier sokongan.. apa yg akak buat akak bg dia tuisyen dan bg pendedahan kat mesia camni camtu.. org mesia camni camtu.. malaysia ngan jepun mmg jauh beza.. mungkin dr segi sistem pendidikan dan mentaliti org2 kita.. so ko jgn putus asa.. akak berbangga sekarang dgn anak2 akak... danish drpd nombor corot skrg dah top three dalam kelas. diberi kepercayaan pulak pegang jawatan pengawas... danial plak yg tak pernah blaja apa2 kat jepun, boleh dpt nombor satu dlm kelas... alhamdulillahh.. klu dulu akak sedih sbb anak akak kene buli tp skrg akak dah rasa lega dgn perkembangan yang ada... teruskan as bg sokongan kat anak2... mudah2an dipermudahkan olehNya... ameennn....

rindu nak jumpa ko! hehehehehe

Nadiah Sidek said...

huhu...kesiannya batrisya. sistem di malaysia dengan luar negara memang tak sama. budak besar batrisya dah bijak..dia tahulah bezanya sekolah di malaysia dan jepun..huhu..

harap batrisya suka sekolah balik. kalau tak ada perubahan juga, mungkin perlu cari sekolah lain kot untuk dia

Unaizah said...

Sabar ye As. Hati seorang ibu sure luluh tengok anak menangis tak nak gi sekolah. They're still adapting. Give them time. Kita yg dewasa ni pun payah nak melalui perubahan. Tambah la kanak-kanak yg masih mentah.

Anonymous said...

Salam,, memang betullah cikgu tak pandai nak tackle budak-budak..anak saya baru 4 tahun 2 bulan tapi sekarang ni masuk kelas Pra 5 tahun. hantar dalam kelas, cikgu masih tak masuk lagi, kalau ada pun berborak dengan guru dan ppm sampai nak rak,delia tarik baju dan tudung saya sampai senget jadinya..tak welcoming budak tak.tegur tak senyum. saya faham sesi pembelajaran start 7.20, but before that time, tackle hati budak dulu..susah.saya pun nak cepat ke tempat keja.

WaNNi said...

ko kena sabar as. aku pun risau benda yg sama bila nurin masuk darjah 1 ni. siap aku tulis kat name tag "kurang faham bahasa msia".

aku tgk kekawan yg dulu anak2nya nangis2 bila sekolah kat msia..semuanya jd top scorer. tak sampai 2 tahun blk msia upsr n pmr dapat semua A. yg dulu kata cikgu jahat skang jd pengawas. tu yg bagi aku semangat.

Pn. Ila said...

Alamak, saya pun cikgu dan juga seorang ibu. tapi sy cikgu utk student menengah. Lain pulak pendekatannya. tapi saya akui mmg kebanyakan kami guru-guru ini bekerja dalam mood tension. Banyak perkara yg pastinya 80% datang dari tension kerja berbanding masalah peribadi. Siapa yg jadi guru Malaysia, akan tahu kerja kami tidak semudah seperti yg disangkakan. Apa pun, good luck utk anak akak ye. Perlu harungi juga kerana inilah sistem pendidikan di Malaysia. Cuma kenapa cikgu dia garang sgt ye? Tidak sesuai garang sgt utk budak yang baru masuk thn 1. Tegas ikut kesesuaian, tapi jgnlah garang menggerunkan. Memang patutlah budak tak nak masuk kelas.

~ yus ~ said...

Alahai sianya Batrisya. Takpe As, kena sabar, InsyaAllah lama2 dia ok kot. Dia baru nak adapt sistem pembelajaran di sini, As dan Kery pun kena kuat semangat dan bantu sama.

Auntie yus percaya, Batrisya mesti boleh buat, jangan sedih nak ke sekolah ya!

Anonymous said...

bila berada di negara asing mestilah kita dilayan amat baik, semua guru sama kalau tidak anak akak dan akak tidak mencapai tahap skrg,dan dgn anak kita yg seorg amat manja akak pasti guru-guru pun tak terlayan,biasakan dia krn sekolah tak sama dgn layanan ibu dirumah.hujan emas dinegara org...rasanya skrg thn satu belum belajar lg masih dlm program transisi

Anonymous said...

saya cikgu, pernah ada murid yg tinggal kt jepun...mmg pendiam sbb masalah komunikasi, tp parents dia awal2 dh btau jd kami cuba atasi masalah anak tu. skrg murid tu tahun 1 n dah boleh bbual dlm bm, blh mbaca juga (3 minggu sy latih mbaca 2 jam n parent dia bantu di rmh), n dia pun dh blh tersenyum bila jumpa sy (dulu dia takut sbb suara sy kuat), n bila ke mana2 dia mst ingatkn sy n bli something utk sy wpun sy x minta..apa yg perlu cikgu n parent kna bincang utk cari solusi.

Anonymous said...

salam... maaf sy mencelah nk bg komen. apa yg sy perhatikan (w/pun x penah ke jepun) melalui kaca tv, cara pendidikan di jepun vs malaysia. usah harapkan layanan mesra sgt sensei2 kat sini. kadar kelahiran di sini jauh lebih tinggi drpd jepun. maknanya, student di jepun sgt2 kurang hinggakan ada sekolah yg terpaksa ditutup sbb kurangnya student! (baca disebuah blog). kalau dah 30++ org student dlm 1 kelas, sensei2 nak layan lg pulak karenah 30 org student. yg ada anak 3 org kat umah pun cukup pening nak layan peel masing2.kalu zaman abah sy dulu lg la pulak. mak bapak bg rotan kat sensei2. suruh rotan kalau nakal n malas. sensei2 skrg ni nk tjentik pun takut. x taula kalau anak2 zaman skrg ni yg kena kalau mcm 2. kalau yg mcm ni pun dah kata garang. entahlah. persepsi kita berbeza. kat sini parents kena take action. sbb 2 la diorg even dah 60++ still keje lagi. sy sendiri penah training ngn engineer jepun yg dah umur 63. however, yes, i admit that silibus kat jepun more 2 long life learning. pembelajaran spjg hayat. diorg bkn fokus semata2 pd akademik. tp fokus on how 2 be a human. diorg ni ibarat kalau campak benih ke laut, boleh jadi pulau. in the end, kita yg kena ikut keadaan bukan keadaan yg kena ikut kita,

-aini, the silent reader- ^_^

Rai Ourkizuna said...

biasa la as, kat jepun, orang jadi cikgu sebab minat yang mendalam dengan kanak-kanak. kat malaysia ni ramai yang jadi cikgu sebab takde pilihan.bukan nak mengutuk.tapi mmg banyak begitu. kawan saya pun ada yg cikgu.pada saya ramai yg kurang sabar bila melayan kerenah kanak-kanak yang ada masa perlu lebih perhatian. mungkin boleh la cakap "tak terlayan". in the end, salahkan sistem. kalau dah tau tak sabar, cari la kerjaya yang sesuai ngan diri.seriously. saya mmg sensitif bab pembelajaran ni.sbb pada saya, orang yang jadi cikgu mmg perlu passionate. tak boleh sekadar nak asal boleh je.sbb tu saya sendiri tak jadi cikgu dan sangat berterima kasih pada cikgu cikgu yang mendidik saya. sbb saya tau saya mmg tak mampu lakukan mcm mereka..dasar tak sabar..hehehe..

mrs kayrul said...

biasa la kak...anak kayrul dulu baru g tuisyen dah kena rotan..esoknya terus taknak pergi...sekarang dia baru masuk tadika, kayrul siap pesan lagi kat cikgu jgn rotan awal2 nie kang dia taknak sekolah...mujur la cikgu baik semuanya....klu dapat cikgu garang rasanya sama la kesnya...hehehe

daddydee said...

macam macam ragam...

moga batrisya akan berjaya mengharungi semuanya...boleh jadi cikgu malaysia ni ganas kot...hahahha

Cik TeN10 said...

Culture shock gamaknya tu.. Biasa la surrounding kat sini dengan malaysia jauh beza kan.. Harap2 diorg cepat adapt.. InsyaAllah

*SiRibenMerah said...

hantar dia g international school je kak..lebih sistematik. hurmmm~ bukan nk ckp la.. budak2 punya first impression bukan sebab diorg ngade2 atau apa.. tapi pendekatan cikgu pada anak2 murid tuh salah.. then byk nk kejar silibus.. bukan nk kejar budak faham ke tak.. saya penah ngajar sekolah~ faham sgt..

moga anak akak cepat adapt suasana di Malaysia.:)

Anonymous said...

hello! ok first of all, i see a lot of comments from ignorant malaysians. let me tell y'all why sekolah kebangsaan tak best! I actually went through the same experience. I was living in europe (ayah seorang diplomat) for 5 years and in the late 90s i had to come back to malaysia, and what a huge difference it was! masa kat overseas, i attended a tiny international school where people just got along well, tak kisah lah kaum atau agama ape pun, no one really cared and everyone was colour-blind. balik malaysia je, all the malay teachers semua racist, siap kutuk saya because i was pelat and my mom is a muslim-convert. i was bullied throughout my high school in malaysia sampai i had to see a shrink. the worst part was, my parents were still in europe and i was in hostel. so to all of you yang langsung tak tau ape ape, please get to know the facts first. and to asmara, please please understand your child and talk to her.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, puan perlu berjumpa dengan guru tersebut dan berbincang keadaan yang sebenar. Maklumkah kepada guru tersebut untuk tindakan sewajarnya yang boleh diambil. Saya mengajar di sekolah swasta, ramai murid saya dibesarkan di Jepun,USA,Jerman kemudian balik bersekolah di sini bermula dari darjah satu.Biasanya ibu bapa mereka akan berjumpa dengan saya/guru lain dan menjelaskan perkara yang sepatutnya kerana guru boleh mengambil langkah yang sewajarnya untuk 'Biginner student' seperti anak puan. Memang saya akui,untuk murid-murid yang baru pulang dari oversea, mereka agak suka untuk menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan kita namun keadaan tesebut hanya sementara.Alhamdulillah kini kebanyakan murid-murid saya yang dahulunya dari oversea semakin suka bersekolah di sini dan sudah biasa dengan keadaan sekolah di sini. Saya rasa perlu ada komunikasi diantara guru dan ibu bapa dalam perkara ini.