Wednesday, September 12, 2012

Pertandingan Berenang Atago Shogakko

Aktiviti sekolah di Jepun yang best! Musim sejuk pelajar belajar ski serta ada pertandingan ski dan musim panas kelas berenang pula dibuka. Kali ni pertandingan berenang yang diadakan pada 29 Ogos yang lalu, ibu bapa dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Waktu ni mama datang sorang je dan pertandingan untuk kelas Tahun 1 dan Tahun 2.
Ada empat kategori untuk Tahun 1, 20meter dan 25meter, di kolam kecil. Tahun 2 boleh pilih 25meter atau 50meter bertempat di kolam besar.
Batrisya memilih untuk 25meter dan berjaya mendapat tempat Pertama! Tahniah! :D Alhamdulillah satu lagi kebolehan yang dia ada sekarang, selain boleh berenang, bermain ski dan bermain alat muzik. Seronok sekolah di Jepun ni bukan sekadar pandai baca buku dan jawab exam je.

Video yang sempat mama ambil. :D
Tahniah sayang! 7-8 tahun boleh lagi la pakai macam ni, dah masuk 9 tahun kene la bersopan.  Musim panas ni semua kanak2 di Jepun akan mengalami masalah pertukaran warna kulit. Masuk musim sejuk kembali putih la. Belakang badan Batrisya akibat berenang pada musim panas! huhu.. Sekadar catatan untuk kenangan dan memori Batrisya bersekolah di Jepun.

15 comments:

Kesuma Angsana said...

he he boleh lah tukar2 kaler kulit yek!

~ yus ~ said...

terrorlah batrisya dah pandai berenang. Alia lom lagi, Aqil bolehlah sikit2, kalau ada kelas renang dekat2 sini, mmg nak sangat mereka semua masuk, tapi takde...huhu

Daddy Ziyyad said...

bagus! pendedahan kepada skill renang..macam negara2 maju lain...hope sekolah2 dimalaysia satu hari nanti akan adaptasi benda ni

LydSunshine said...

Byk kepandaian batrisya ni. As mesti sangat bangga kan? Saya pun tumpang bangga la. Batrisya tahun berapa kat skolah? Tahun 2 ke? Kalo mcm tu sama la dgn sistem pendidikan kat Malaysia kan?

fazian.batrisyia said...

Tahniah utk Batrisya. Kesian dia sunburn...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah Batrisya... untung belajar di Jepun macam2 ilmu yg batrisya dapat :)

Chekgu Azrine said...

tahniah utk batrisyia..klu lawan ngn auntie pun..sure auntie kalah..uhuk..

Papa Mifz said...

wah dah berbelang badan nyer...huhu

ijayuji said...

Salam kak as!!!! omedetou batrisya chan!!! alamakkkkkkk duk jepung ler lah kak hihihi.... nanti dah balik mesia dah tak jumpa kolam renang lagi kecuali kalau kat condo2 kat sekolah mesia pun takde swimmping pool kan? kenangan terindah buat semua org bila dah balik mesia nanti :-))

Ijah EmoTemo said...

wah syoknya!! klu lah dkt malaysia ada aktiviti mcm ni.. confirm syok!! hehehe

kasihredha said...

teruknya kulit sunburn..
bestnya ada aktiviti mcm ni

zila norazila said...

bestnya..habis berbelang kulit ..x per pasnie putih balik:)

yatie chomeyl said...

hebatnya batrisya..nihon jin pun kalah dgn dia..leh wakil negara la nanti hehe

Kamalia said...

omedetou batrisya!wah,auntie sgt kagumla dgn awak ni,mcm2 benda boleh buatkan..bagus2.
hahaha..bab badan berbelang tu mmg tak boleh dielakan kan..teringat yg aritu punya,konpem lagi bertambah kebelangngannya ye dak?:P

Unaizah said...

Untunglah anak-anak As dpt merasa bersekolah di Jepun sebab pendidikannya menyeluruh, bukan focus ke akademik je.