Friday, September 7, 2012

Okonomiyaki suami terchenta!

Minggu ni minggu okonomiyaki kat rumah ni. Hasil air tangan papa yang sudi masakkan untuk kami. Sedap sangat! Mama selalu jugak buat tapi yang papa buat lagi sedap dari mama. hehe.. terus mintak sampai 2 hari sekali. Anak2 pun suka sangat la. Papa dengan baik hati masakkan untuk kami. Thank you papa! Papa google resepi dari internet untuk dapatkan okonomiyaki  yang sedap! Tapi sebab air tangan papa yang sekali sekala masak mmg menjadi dan rasanya sangat2lah berbeza dengan yang mama selalu buat. haha.. Haruslah mama abadikan di sini. Terima kasih banyak papa we love you! :D Alhamdulillah.. Resepi dalam bahasa Jepun, mama translated dalam bahasa melayu. Resepi ni papa tambah beberapa bahan. :)

Sumber: Cookpad recipe
Bahan-bahan,

  • 100g tepung gandum (atau tepung okonomiyaki)
  • 200g kobis ~ dipotong halus
  • 1 biji telur
  • 100g Isi ayam@daging@udang@sotong 
  • Sejemput katsoubushi(fish flakes)
  • 1 sudu besar mayonis ~ tambahan
  • 1 sudu besar mozarella cheese ~ tambahan
  • sedikit garam
  • air 150ml
  • *Bahan topping*
  • Mayonis
  • Fish flakes
  • serbuk nori
  • Sos okonomiyaki (yang halal)
Cara-cara
  • Campur semua bahan dalam satu mangkuk besar kecuali bahan topping
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak
  • Tuang satu senduk, biarkan tebal. Guna api perlahan
  • Bila dah masak bahagian bawah terbalik kan dengan hati2
  • Setelah masak bahagian atas dan bawah, angkat dan hidang bersama bahan topping. 
Sangat sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga tersayang! :D

22 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah! tabik spring akak utk en papa yang pandai masak... akak tengok pun menyelerakan.. sebab tu boleh minta 2 kali masak :D

Daud Haron said...

As-Salam... 1st time komen...hehehe...

~~ Thanks Papa ~~

dilabangiWORLD said...

papa pandai masak rupanya (hehehe) kena bagi credit tu ngan apron yang lawo erk mama....

ANR said...

sedap. suka makan ni dengan Tako. yums tp susah nk cari yang betol² sdap kat KL ni. :(

Nieda said...

seronoknya cik abang msk dapur

laskar pelangi said...

wah wah..first time tgk hidangan ni..yumyum ;)

Kesuma Angsana said...

bestnya dapat en hubby yg suka & pandai masak ni

Daddy Ziyyad said...

agak agaknya okonomiyaki ni ada jual tak kat outlet makan jepun di malaysia? :)

zila norazila said...

wahh amat berbakat en hubby..nampak sedappp:)

Teratak Hami said...

Kena selalu puji masakan papa, lepas ni mesti dia lagi bersemangat nak ke dapur.

Okonomiyaki ni masakan paling akak suka masa kat Jepun dulu sbb simple. Thanks As, mengingatkan akak semula resepinya.

Chekgu Azrine said...

nampak menyelerakan sungguh!!

Papa Mifz said...

PM pandai goreng telur jer kak...huhu

kasihredha said...

syoknya...makan hasil air tgn suami.
nampak sedappppp sgt

ADEEYA said...

Wahh sedapnya nampak! :D hihihi

MystoryPic said...

nampak macam pizza pun ada... sedap nya

FnF Simple Life said...

fuh hebat papa ye. sekali sekala mmg jemu mkn masakan sendiri kan As. nk jugak hubby tolong masakkan... tp hubby sy tak pandai masak la As... terer buat scramble egg je...huhu

LydSunshine said...

Macam ekonomi je nama dia. Hehehe... Tgk bahan2 tu boleh iamgine la rasa dia. Bila ada cheese tu, erm... mesti bertambah la sedapnya. Rajin papa masak utk mama dan anak2.

♥ Elin ♥ said...

nampk sungguh menyelerakan....

hebat sungguh hubby kak as.
blh tuka2 resepi dgn akak kan..

sebelum berakhir raya..elin nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

Irfa said...

bahan2 mcm susah nak dapat kat mesia je..hehe

macam lempeng kot

~ yus ~ said...

nampak sedap, baru first time tahu resepi ni. Lelaki kalau sekali sekala masak mmg sedap, SRD pun sama, suka kalau dia masak, sedap biasanya.

Marya Yusof said...

As salam Asmara,

Nampak mcm sedap! Lagi2 tgk kerak2 & bercheese2 tukan... Nak juga hubby Asmara masak...hubby kita goreng telur & paling pandai pun buat nasi goreng...hehehe... Kekok tgk dia kat dapur...huhuuu...

Seronok ye dok Jepun... ramai yg taknak balik dah bila g sana :))

Rai Ourkizuna said...

barangnya ada kat rumah..aritu dah rasa sekali lepas tu malas nak buat lagi..dasar orang ngandung mengidam.. hahaha..

ni cam semangat balik nak buat :P