Wednesday, September 5, 2012

Mandi di sungai Jepun

Aktiviti hujung minggu, mandi air sungai lagi, tapi bak kata Rai longkang Jepun. hihi.. sebab air dia cetek je. Ikutkan masa bulan April selepas musim salji air kat sungai ni tinggi dan melimpah jugak sebab waktu tu salji mencair. Air pun laju je mengalir, tapi sekarang ni musim panas memang cetek dan sikit airnya, sampai kene guna baldi nak membasahkan badan. :D
Musim panas ni seronok la main air, tapi minggu ni nampaknya tiap2 petang hujan. Nak menjemur baju kene pagi2 baru kering.
Kali ni menu minum petang. Buat mee goreng, pizza, tuna puff dan keropok dan ada juga nasi ambang lebihan masak tengahari tu. :D
Berkelah kali ni juga Aki dan Ami turut serta. Oh ni masa tarikh 26 Ogos (Ahad). Minggu baru ni pun kami berjalan ke Sendai. Masih larat lagi makyung Ami ni. hihi.. Ada pertambahan menu, roti sandwich, tembikai dan air pelbagai perisa dari mereka. Seronok sangat! Lepas tu kami ajak juga adik2 lelaki yang masih ada untuk join berkelah. Lewat sikit diorang sampai. Tapi memang seronok aktiviti hujung minggu macam ni. :D

25 comments:

me suya said...

hehehe mak butung rajin join diri ng chef. ke3. kak as balik msia for good by this year kan? Sempat x oktober? Pape pun email alamat deh, ingt nak jemput kenduri kat rumah nt. Alamat Malaysia lah kalau akak sempat..Email: suria.hasnizan@gmail.com

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Mmg Syok leh mandi sungai tgh weather panas gini
But weols x prh mandi sungai lg selalu mandi laut jer
Wahh best picnic ni...(⌒▽⌒)

Unaizah said...

Budak-budak dgn air memang tak blh dipisahkan. Cetek ke dalam ke diorang redah je :-)

Anonymous said...

wah seronoknyer! best piknik2 mcm ni

LydSunshine said...

Longkang pun longkang la As. Janji airnya bersih. Kalo air banyak tapi macam teh susu letak cincau pun takde gunanya jugak mcm sungai Klang. Huhu.

Saya rasa saya kena pindah dok oversea la baru rajin skit memasak. Tgk korang berkelah ni banyak je makanan masak sendiri. Kalo saya gi berkelah kat sini, dah tentu saya beli je.

Mixed-family in da house.... said...

Hi Kak As,

wah syoknyer berkelah. seronok budak2 tu mandi musim summer lagi kt sana kan...

SURIA AMANDA said...

bestnyaaa...suka aktiviti riadah mcm ni...

FnF Simple Life said...

bestnye cuti hujung minggu korang. suka3x

Kamalia said...

hahaha..mmg air sungai yang sangat cetek..
eh tapikan air sungai kat sini sangat sejuk ek!boleh beku jadinya..
besarnya perut ami tu..nampak sarat sgt dah!

hasnulyakin said...

Terus teringatkan Adogawa di Shiga dan Kamikochi.Dulu saya rajin ke sana untuk memancing ikan Ayu....

Unknown said...

best tu.. berkelah bersama keluarga.. :D

KuNanGKuNanG said...

wah bestnye..dpt relx..makanan pun sedap2..:)

mama sara nur @ Cik Nor said...

alahai bestnya mandi sungai, kalua anak2 lgilah kan pantang jumpa ni

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama akak tak berkelah di sungai.. sejak terjadi air pasang di hulu menyebabkan air deras berlaku... en suami tak nak ajak mandi sungai lagi.. bahaya katanya.. tapi akak rindu dengan suasana air sungai yang mengslir tu...

ijayuji said...

Salam lebaran kak as n family!!! Maaf salah silap, terkasar bahasa, terkurang n terlebih, sengaja atau tak sengaja, minta maaf zahir batin :D amboiiiiii! main sungai dia! baik2 ada ikan gigit nanti ehehe... sungai kat jepun cetek n bersih2 rasa mcm nak berkelah jerr tepi tu :D

Nieda said...

comelnya sungai

kasihredha said...

seronoknya
walau pun cetek...tp selamat unk anak2...tak perlu nak risau.

ADEEYA said...

Seronoknyaaa~ lama tak bermandi manda

Nadiah Sidek said...

a'ah, nampak macam longkang je..hehe..

ishamizu said...

Wee seronOknya mandi sungai! Mknn pon sdp2..terliur org di sini. Hehe. Thn dpn spring or summer nk cr la sungai kt UK ninklu ada..:D

Chekgu Azrine said...

sis..ceteknya sungai kat sana erk??

Acik Erna said...

Assallam As..longkang pun air nya cantik nampak.jernih je

fazian.batrisyia said...

best.best...best...dah lama tak picnic...

Irfa said...

bestnya piknik ;)

Unknown said...

Comel je tgk air sungainya tu...manja2 gitu mengalir... skrg ni kat sana summer tu yg syok mandi-manda kan as... air cetek taklah risau sgt anak2 nak mandi... sy sejak kejadian di ulu bendul N9 dulu tu seriau nak mandi air sungai...huhuu