Tuesday, September 4, 2012

Creamy Spaghetti

Breakfast mudah! Kalau masak senang2 ni saya memang suka sangat la. Jimat masa perut kenyang. hehe.. Bahan isi boleh tukar2, ini saya guna ayam, nak lagi cepat guna salmon atau udang yang dah siap rebus. Ilham dan resepi dari sifu kak hana. Terima kasih resepinya. nyum2.. memang sedap!

RESEPI CREAMY SPAGHETTI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 150g-200g spaghetti @ pasta - rebus mengikut arahan peket dgn sedikit minyak dan toskan
  • Ikut pilihan - Udang (rebus dulu pon boleh), dada@peha ayam boneless (potong kecil2), salmon (bakar dahulu kemudian cerai2kan), asari@kepah, sotong, isi ketam, etc.
  • ¼ bawang besar kuning - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • ¼ atau lebih cawan fresh cream/whipping cream/double cream
  • ¼ cawan susu segar
  • sedikit air rebusan spaghetti@pasta
  • blackpepper@serbuk lada putih@cili kering hiris halus
  • garam
  • brokoli - rebus dahulu *bleh campur sayuran lain jika suka
  • minyak zaitun
Cara-cara
  • Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kering yg dihiris halus jika suka.
  • Masukkan udang(jika sudah rebus masukkan kendian, begitu gak ngan isi ketam)/ayam/sotong/asari@kepah. Gaul rata. Masukkan sedikit air rebusan spagetthi@pasta. Biarkan sehingga masak.
  • Masukkan spaghetti@pasta. Gaul. Masukkan pula susu segar, fresh cream@whipping cream@double cream. Kepekatan cream ikut citarasa. tp jgn byk sgt la..nnti muak. Kalau agak dry tambahkan susu segar@air rebusan pasta@spaghetti . Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan blackpepper. Masukkan brokoli. Jika menggunakan salmon masukkan time nih.
  • Angkat dan siap dihidang. Sprinklekan lagi dengan serbuk lada hitam@parmesan cheese jika suka.

18 comments:

ieda said...

aduhh as .. sedapnyee'
kecur air liuq akk pagi2 nie huhuhu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah! tergoda i you... nampak sedap sangat tu.. nanti boleh cuba ni :D

inazamri said...

bahan2 semua dah ada kt umah.mlm ni leh la buat spaggeti je...yummy

Rai said...

lama betul saya tak buat spagetti.. kombinasi salmon dengan bawang putih memang superrr.. kat sini kalau dapat salmon sayang nak buat lain selain dari dibakar atau grill.. marinate dengan bawang putih dan perahkan lemon.. makan dengan beras nishiki.. saikou~

rostina76 said...

salam as....lama tak jenguk sini.

KuNanGKuNanG said...

sedapnye lahai..lama dah xmakan spegeti...

Cho Zila said...

kena makan stail giniler kot dah jemu layan makanan raya...

me suya said...

ok tergoda. balik rehat jap lagi nk check apa yg ade.. boleh buat untuk berbuka puasa nt

FnF Simple Life said...

sedap nye.nyum3x. leh ganti pasta lain gak kan.

LydSunshine said...

Creamy bestnya. Terbuka selera saya. Yang ini apa beza dgn creamy carbonara ye?

Amie said...

Memang betul2 creamy! Rasa nak minta barang semulut he he hehh kecur liur dibuatnya!

Ena's Palace said...

hari² bekfes camni mau timbang naik kg nyer as..

Chekgu Azrine said...

kalau buat ni sedap jugak.bagi anak2 makan..sure banyak nih makannya..hehehe

kasihredha said...

suka suka
kalau tabur cheese byk2 lagi yummy

dilabangiWORLD said...

Nyum nyum nyum
semua pasti tergode....

mama maman aka yana said...

dapnyer... :-)

Kesuma Angsana said...

gd one, tq share yek

Marya Yusof said...

One of my fav! Yummy! Rajin pulak baca banyak post kat sini...seronok! :))