Lepas tengok Pokok Totoro tu kami ke taman yang banyak pokok sakura ni. Tak ingat nama taman, ;) tapi bila musim Hanami kami akan BBQ dan ambil gambar dengan sakura di sini. Gambar ni semua guna iphone tak clear sangat silau matahari kot.
Aktiviti mandi sungai yang cetek dan berkelah.
Sempat jugak ambil gambar makanan yang dibawa. hikhik.. Act. semua tak rancang pun, masa papa balik rumah tengahari tu tanya nak gi tengok pokok Totoro tak, sebab dekat je dengan rumah dan tak lunch pun lagi, terus je packing yang dah masak tu untuk lunch kat taman ni. Keluar rumah ambil Haziq balik sekolah terus je pergi sini. Gambar ni dah lepas semua makan. Masak sup ayam, ikan masin, tempe goreng, telor, donut, kuih raya dan ada sambal gesek pemberian adik Emma dari Malaysia! Alhamdulillah.. :D
10 comments:
Wahhh.. boleh mandi cenggitu je? eheh.. style.. cantik!
Alamak best nye piknik ;)
panas2 ni mesti syok dpt mandi sungai..^^
cantiikknya taman ni As!Sesuai sgt bwk anak2 berkelah kat sini.
paling best tengok sungai cetek tu :-)
dah lama sgt xpiknik..wuwu
setuju...lama x piknik...dah x berani pi air terjun sejak ada kes kepala air dulu,mana nak piknik ni...
bestnye!!
Bunga sakuranya takde pun. Dah aboh musim ye?
ceteknya airnya..
kalau kat malaysia orang panggil air camtu longkang..tapi obviously kualiti air berbeza macam langit dengan bumi kan..hehe
Kat Jepun ade tempe ke As? Untunglah... rajin berkelah! Kat sini mana ek tmpt nak berkelah... berkelah depan umah jelah...huk3...
Post a Comment