Friday, August 31, 2012

Pokok Totoro yang real!

Pokok yang berbentuk Totoro, karekter yang popular di kalangan kanak2 di Jepun. Berada 6km dari rumah. Dah jadi tempat tarikan pelancong di Yonezawa. Pokok ni tumbuh secara semulajadi, memang serupa sangat dengan karekter Totoro tu. Kiri tu gambar yang diambil pada empat musim, atas sekali musim bunga, musim panas, musim luruh dan bawah sekali semasa musim sejuk/salji.
Haqem suka betul tengok, asyik la sebut Totoro. Dia tunggu bila la Totoro ni nak bergerak. hehe..
Tempat ni disediakan pondok untuk melihat pokok dan ambil gambar. Ada gerai jual aiskrim dan frame gambar pokok Totoro pada tiap musim. Keliling kawasan ni ditanam pokok2 bunga yang cantik.
Ini bunga yang popular di Yamagata, bunga Benibana atau Safflower pada zaman dulu popular dijadikan gincu/lipstik dan perwarna pada pakaian. Yamagata pengeluar utama bunga ini sehingga ke hari ini. Gambar tak jelas sebab guna iphone je. :)

10 comments:

Chekgu Azrine said...

cantik sangat!!

~M.I.M.I.E~ said...

betul la, macam totoro.. hehe..

Hanis MY said...

Pengsan! Nk g nak g wuuu... Bestnyaaa

Hanamiko Sakura said...

kawaii XD

MystoryPic said...

ada satu je ke pokok totoro ni... tanduk tu dibentuk ke mmg pokok tu mcm tu

Ira said...

erk, tetiba rasa spooky plak! haha..

Cik Sara said...

Cantik... ^^,

Eyla_alfateh said...

comel nyer pokok totora tue . eksaited pulak menengok nyer . hhehe :)

Langkawi Ink.Com said...

Hehehehe...Saya pernah masuk ke pergunungan Arashiyama memcari "Champor Tree" kerana masih percaya yang Totoro ciptaan Hayao Miwazaki itu wujud !

Marya Yusof said...

Oooo...baru tahu ni rupanya bunga yg dulu2 org jepun guna buat lipstik tu...pernah tgk/baca somewhere tp xingat...Anak2 As dah macam jepun dah...comel2 Mesti dah pandai speaking nippon ni kan... kat sini kalau tak kena caranya kami dipanggil hapon! hapones! hehehe