Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulillah.. Allahu Akbar..

Alhamdulillah Syukur.. tiada lain yang perlu diucapkan apabila kita dapat balik barang yang kita yang hilang. 2 hari ni mood memang ke laut sungguh, seharian semalam mencari barang yang hilang. huhu.. Saya baru perasan kehilangan pada malam Ahad bila nak pergi Supa(pasaraya) nak amik air dan beli susu. Malam tu dah selongkar habis semua tempat mencari beg duit(wristlet) yang dalamnya terdapat point kad Yamazawa dan paling penting Alien Card atau IC la kalau duduk di Jepun ni. Cari2 memang tak jumpa la, rumah pulak tengah sesi mengemas. Agak terputus harapan, bila ingat2 balik saya rasa macam tertinggal di Supa yang terakhir pergi malam Jumaat. Tapi rasanya memang dah bawak balik. Pagi semalam mintak tolong papa pergi semula ke Supa tu, papa tanya kat kaunter orang tu kata takde. hwaa.. dah rasa macam habis la hilang. Takde la terkilan kalau hilang duit ke tapi agak susah kalau hilang IC tu kan. kene buat report semua tu. Usaha jugaklah mencari seharian sampai la nak tido malam tadi. Ini baru kata makan tak kenyang tidur tak lena mengenang barang yang hilang. huhu..

Akhirnya pagi tadi lepas papa balik hantar Haziq pergi sekolah, masuk rumah terus cakap 'sayang cium pipi abang dulu'. haha.. dah rasa macam ha! ni mesti ada sesuatu, sekali betul!! rupanya wristlet tu ada dalam kereta! hwaa.. sangatlah rasa macam tak percaya. Sebab mama pergi Supa jalan kaki ke. Lepas tu baru teringat hari Sabtu tu kami ada pergi hantar barang rumah kawan tapi memang ingat, langsung tak bawak beg duit dan telefon sebab tinggalkan dengan budak2 ni. Berlengang masuk kereta sebab plan tak nak ikut pun papa hantar barang. Memang takde ingatan langsung tentang bawak beg duit tu dalam kereta. Paling ingat last bawak pergi supa malam Jumaat tu je. Terus la sujud syukur gitu kan. Sebab seharian mencari dok ingat je mana la pergi beg tu. Lagi2 bila papa dah pergi supa tu orang tu kata takde. Sebab biasanya kat Jepun ni orang Jepun jarang sangat nak ambil barang orang lain, sebab kami banyak sangat kes barang hilang/tertinggal di Jepun dan Alhamdulillah semua dijumpai semula. Semalam jugak mood down betul sebab macam ingat ada orang ambil. ;) Syukur..

Dan sebenarnya malam tadi apa yang mama buat untuk pilihan terakhir sebelum tidur mama bukak iphone search doa untuk mencari barang yang hilang. Jumpa satu doa ni cuma dalam bahasa melayu je tak perlu nak hafal pun cuma dengan bersungguh dalam hati:
"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
Atau...
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)" sumber
 Tapi saya baca sekali lepas tu saya terus berdoa sendiri dengan bersungguh berkata Ya Allah jika benar itu rezekiku kau tunjukkanlah dan moga ia kembali padaku. Ya Allah engkau yang Maha Mengetahui dan Aku Redha jika ia bukan milikku. Act. kita cuma berdoa dengan bersungguh dan memohon ampun padaNya. Allahu Akbar.. Allah tu Maha mengetahui segalanya. Kalau betul memang rezeki kita InsyaAllah akan dapat balik walau dengan apa cara sekalipun.

Teringat jugak jam Batrisya hilang yang masa papa beli kat Tokyo Disneyland. Alhamdulillah jumpa balik setelah sebulan hilang. Masih ada rezeki orang kata. :)

Inilah barangnya yang hilang tu. huhu.. sayang jugakkan kalau hilang. Act. takde apa sangat pun isi dalam tu, kalau saya pergi Supa memang bawak ni je, duit sikit, alien kad(IC) dan point2 kad pasaraya. Kalau kat Jepun ni memang banyak point kad, saya pengumpul point kad, nanti akan dapat la duit bila point cukup. Tapi paling penting Alien Card tu la, kalau hilang memang jadi alien saya kat sini. Kene buat report semua ambil masa 2 minggu tu. Baru plan nak pergi balai polis buat report pagi ni lepas papa hantar Haziq pergi sekolah, tapi Alhamdulillah dah jumpa semula rasa lega sangat2. Syukur.. catatan sekadar pengalaman dan memori saya di sini. :)

21 comments:

Saleha said...

Alhamdulillah,
tanda kebesaran Allah

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah As... bila barang penting hilang, memang lah hati kita gundah gulana.. risau tak menentukan :D

me suya said...

alhamdulillah. suya baca ni pun leh rasa kekalutan kak As.. hehehe Btw Kak As, jgn lupa email alamat yer.hehehe

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum..
Nasib baik jumpa balik.. tu pun kebetulan dlm kete kan.. kalau tercicir tempat lain.. lagi susah nak jumpa kan... ape pun, mmg macam dah hilang seketul batu dlm kepala bila dah jumpa barang yg di cari kan.. ringan kepala otak.. heheheh..

Mak Wardah said...

salam kenal, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. take care

Unknown said...

alhamdulillah jumpa balik ya As....

dapat bayangkan macam mana As rasa, akak pun kalau hilang apa2 gelabah semacam, rasa serba tak kena semua.

Teratak Hami said...

Nasib baik jumpa. Wristlet COACH tu :-)

Anonymous said...

KA pown baru jumpa barang yg hilang semalam.. syukur sgt2 siap baca yasin & solat hajat.. alhamdullilah dpt balik

kasihredha said...

akak pun pernah hilang 3 thumb drive ...sedih sangat...sebab semua gambar2 tersimpan kat situ.
Setelah setahun...kemas2 jumpa balik...rasa lega dan syukur sangat...ingat dah hilang kat hutan taman negara dah :)

GREENJADE said...

syukur Alhamdulilah dh jumpa blk...mmg serabut otak jugak nak pula kalu IC yg hilang..

LydSunshine said...

Heheh.. manja plak husband As mintak cium dia utk bagi barang. Heheh. Sweet. Kad ID tu nama dia Alien Card ke?

FnF Simple Life said...

Alhamdulillah... dah jumpa...

fazian.batrisyia said...

syukur dah jumpa...

mcm sy masuk hosp sebab demam...hb daftar...nurse dah pulang IC, hb pulak cicirkan...kena report, buat baru, bayar denda...aduh semua tu duit...

Rezeki awak tu namanya kan...

Unknown said...

alhamdulillah...saya pun selalu camtu.. kalau hilang something tak lena tido selagi tak tau kat mana hilangnya tu..

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah.. rezki akak

zila norazila said...

alhamdulillah..nasib jumpa kan..kita pun sama klu ada brg yg hilang mmg cukup strss lg2 brg pnting..

Shaofie said...

seram sejuk baca entri akak ni... hahaha

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah..
betul kan kalu jadi mcm ni memang tak lena tidur ..

kurus said...

alhamdulillah As
syukurr kalau dah nama rejeki kita , kita akan dpt balik .. di hilangkan sekejap dari pandangan mata .. ;)

Nadiah Sidek said...

ingatkan tercicir kat mana-mana dah ye. rupanya dalam kereta je :D. alhamdulillah jumpa semula :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai khen tak berapa nk risau if barang hilang kat nihon ni...sure jumpa balik but kat mesia jangan harap la...alahmdulliah rezeki kaka lagik...