Festival Science tahunan yang diadakan di Yamadai selama 2 hari pada 28-29 Julai yang lalu. Festival ni terbuka kepada semua orang awam terutama pelajar2 sekolah. Pameran hasil ciptaan dan rekaan pelajar2 Yamagata Universiti. Bangunan coklat tu opis papa, berdekatan bangunan papa tu sekolah tadika(Kashinomi Yochien) Haziq.
Belakang tu bangunan sekolah Haziq, jalan kaki dari tempat parking. Suka la budak2 ni dapat keluar jalan2. :)
Menariknya semua pameran ini bukan hanya dipamerkan saja, tapi semua orang boleh rasa dan cuba buat. Budak2 ni memang tak lepaskan peluang mencuba semua benda yang ada. Haziq mencuba robot, juga masuk dalam belon buih besar. Lepas mencuba pelajar2 universiti yang bertugas akan memberikan penerangan ringkas untuk kami lebih memahami tentang projek yang mereka buat. :)
Waktu ni kami datang bersama2 Umie dan Ami, kebetulan Umie masih berada di Yonezawa. Atas tu gambar Haziq pegang tikus putih, Batrisya dan Haqem pun ada cuba, tikus ni untuk experimen. Mama geli dan penakut, tak dapat nak ambil gambar dari dekat. hihi.. Batrisya buat soal jawab tentang asid dan alkali kemudian ada experiment.
Melawat makmal robot pulak, robot yang boleh bercakap, semua pun nak cuba bagi botol kat robot tu. Haqem paling excited, bila Batrisya dan Haziq buat dia pun nak buat sama.
Ini experiment untuk games, seronok la gambar keluar kat screen besar. ;D
Batrisya merasa tepung yang dicampur dengan alkali. Bawah tu testing buat aiskrim. Haziq tak sabar2 aiskrim baru keras sikit dia dah makan. hihi..
Haziq memang minat la robot2 ni, semua pun dia nak cuba. Belon tu dapat lepas buat experiment. Pengalaman yang bagus dan sangat menarik untuk budak2 ni terutama Batrisya dan Haziq. :)
16 comments:
bagus sgt ada pendedahan mcmni..at least boleh pupuk minat kanak2.. :)
menarik science festival tu especially untuk menarik minat kanak2 mendalami ilmu sains. paling efective sb kanak2 involve sekali untuk merasa n mencuba experiment tersebut. inisiatif yang bagus. Vi tertarik :)
seronok tgk bebudak tu...dpt mcuba mcm2
assalam as..nukan budak2 je..acik yang dah tua ni pun minat tengok robot tu..lagi la kalau disana robot boleh bercakap
seronoknyer der pameran gitu yerk... suka.. akakni tiap tahun gi pusat sains negaratu sampai husband kata tahunni tak yah gi ler ....
suka sebab budak2 boleh belajar macam2...
kat msia pun ada learning centre macam ni.. nama nya Kidzania dan Gymboree.
robot tu cakap english ke jepun? :)
macam2 activitykan sis kat sana..seronok tengok..
Salam As.budak2 pasti seronok dpt melawat tempat begini...dpt menambahkan ilmu pengetahuan....mmg bagus...
seronokla budak2 kan
best nye science festival yamadai...chibadai baru je lepas tapi yg attend budak2 sekolah ngan cikgu2 diorang...
As, tak penah tgk batrisya pakai gaun yg girly macam tu. Cantik sgt.
Nampaknya haziq selamba je pegang tikus. Minat dgn sains kot.
@DZ, cakap Jepun campur English. ;)
@Lyd, musim panas merasa la pakai skirt. hihi..
wah bestnya Science Festival Yamadai,dapat menambah ilmu pengetahuan
bagusnya ada festival mcm ni..sekurang2nye budak2 boleh tahu + tmbh pengetahuan.. :)
salam..bestnyer ddk kt jepun.. anak2 pun comel mcm jepun jugak.just curious, anak2 pndai ckp japan x?
Post a Comment