Wednesday, August 8, 2012

Kuih Ketayap Durian

Gambar ni dah lama amik, papa yang amik guna instagram.  Tapi tadi pun memang buat kuih ketayap. Sebab paling senang dah cepat. Mama suka sangat masak last minit. hihi.. Tadi kul 6:15 baru nak start masak, Maghrib kul 6:43. Ingat sempat rupanya tak sempat, hehe.. dapat makan kuih je dulu. Time tu la baru nak potong ayam, baru nak buat kuih, memang terlewat sikit. Lauk ayam dah siap cuma sayur je tak sempat goreng. Tadi masak ayam gulai, bila gulai cepatlah masak ayamnya. Ketayap nasib baik inti dah siap. Cuma buat kulit, lepas tu baru goreng sayur dan goreng ikan salai. Jadiklah menu berbuka kami hari ni, nasib baik lewat 5 minit je.
Eh tadi pun mama first time buat aiskrim sedap yang lembut! Tapi tak sempat nak ambil gambar dah habis. Memang sedap dan menjadi! nanti nak buat lagi. Resepi aiskrim tu tengok kat myr cuma guna susu berperisa dan creamer. 3x mixerkan. Alhamdulillah.. tak sabar nak buat stok lagi. hehe..


KETAYAP
Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih
Gula biasa/ gula melaka secukupnya
1/2 cawan air
1-2 sudu besar lempuk/durian

Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar 
secubit garam
sedikit pewarna hijau perasa pandan 
1 biji telur
sedikit minyak

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. 
2. Masukkan kelapa parut dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.

Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati 
2. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 
3.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 
4. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 3.
5. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang

10 comments:

zila norazila said...

cantik..licin jew kulitnya..:) suka mkn kuih ketayap:)

lady lavender said...

part masak ni 'tangkas' betul As. Lagi setengah jam nak buka baru nak masak. Kalau saya konpem berbuka dgn air je dulu haha..
p/s: bagusnya mempelbagaikan versi ketayap :-)

ieda said...

ketayap deyan !
wahhh pasti rasanya enak kan ;)

ishamizu said...

Bestnya! Teringin plak nk mkn kuih ketayap! Hehe byk sgt wishlist tp nak buat tak reti :D

Kamalia said...

huisshh..laju sungguh buat kerja, tp mmg pun ye tak..kalau tengok akk buat kerja tu,dah mcm banyak tangan je saya nmpk..hehe
banyak lagi ke stok derian kat rumah tu?
pssstt..kami ingat nak pi zao, tp mcm awal bulan 9.hujung bulan ni kamil ada pre defense..abg akk mesti bz kan awal bulan tu?kalau bz,kami datang balik hari je kot..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kuih ketayap ni memang evergreen.. semua orang suka. lagi2 kalau inti nya cukup rasa, tak terlalu manis

lavenderlover said...

cantik la..hari tu ada adik sy wat..besar2 jdnyer..x pandai nk gulung..huhu..ni menarik ni..hehe

Faris Hilmi said...

sedapnye,dah lama tak mkn kuih ketayap

Hanis MY said...

Eh ada lempuk yg mak bw hari tu boleh cuba ni

kasihredha said...

cantiknya kulit dia...licin je...kalau akak buat sure ada kawah2 mengerutu tu...hihihi