Tuesday, August 14, 2012

Pokok Tomato Batrisya dah berbuah!

Projek cuti sekolah (natsu yasumi). Dah dekat sebulan Batrisya bercuti. Hari Selasa depan 21 Ogos dah naik sekolah semula. Projek sebelum cuti semua pelajar tahun 2 kene tanam pokok mini tomato. Mula2 tanam kat sekolah, pastu masa cuti kene bawak balik rumah dan jaga pokok tu. Alhamdulillah.. dah berbuah pokoknya. Hari2 siram air, cuaca panas cepat kering daunnya. Kalau kira ada 9 biji buah tomato yang ada. 2 biji tu dah nak masak. Yeay! dah boleh petik tak lama lagi. :D
Letak kat beranda rumah, pokoknya membesar tak stabil. Kurang baja dan tanah kot. hehe.. kami tak tambah tanah dan baja, cuma siram air je.
Tuan punya pokok senyum je pokok dah berbuah. Nanti naik sekolah kene bawak semula katanya.
Nama dia Nurdayana (ノールダヤナ). Dua orang lagi saja buat sibuk tengok pokok kakak. Kene letak jauh sikit Haqem tu kalau nampak mau dia terus petik buah tu agaknya. hehe..

18 comments:

.:: Lynn Johari ::. said...

dlu LJ pn ske tanam pokok tomato kak...tp bukan wat masak...tgk dah merah2 je terus petik makan cmtu...sedap. =)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah.. membesar dengan jayanya pokok tomato kakak batrisya ni... dah berbuah pun ... tu yang tersenyum riang... cantik ada lesung pipit :D

Chekgu Azrine said...

senangnya kan..kalau kat mesia..kompem2 kena beli..hehehe

fazian.batrisyia said...

Tanam sbln dah boleh berbuah ke? Best jugak sebenarnya tanam2 pokok ni...bila ada hasil rasa seronok sgt...Hari ni masak berbuka apa? Biskut raya ada buat?

SURIA AMANDA said...

wahh..caiyok2 Batrisya...good job...

Unaizah said...

Tak rugi berbudi pada tanah, boleh tuai hasilnya. Nanti Mama blh up resepi kat blog guna tomato Batrisya.

diha said...

happynye~ mesti sgt seronok mendapat hasil.. ^_^
Bagusnye syllabus skolah kt jepun kn, macam2 diorang belajar..science festival aritu pun sgt bagus~ untungnye..

Nazayiena said...

Seronoknya Batrisya tgk pokok tamatonya dah berbuah.

Kesuma Angsana said...

wah bestnyer !

LydSunshine said...

Ha ah batrisya tersenyum bangga. Makcik LydSunshine ni pun tak penah tanam pokok tomato. Inikan pulak nak tunggu sampai berbuah. Ekekeke.

MystoryPic said...

Seronok Batrisya tengok hasil drp pokok yg ditanam sendiri ye

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Ila sdiri blum pernh menanam

Ena's Palace said...

amboii da menjadi petani yg berjaya pulak ticah ni eh...

FnF Simple Life said...

Itu yang saya tak puas hati nih. Ilmi pi tanam pokok morning glory. berbunga 5-6 kuntum setiap pagi. kalo pokok tomato dapat gak hasilnya kan... bunga dapat tengok je ler kan...x leh makan pun... haishhh...

ishamizu said...

Tahniah Batriesya! Pandai jg pokok dia..dh bbuah dh pon. Actually, hubby ada tanan jgk pokok tomato kt backyard kami tp boleh plak dia terpotong masa potong rumput! Sbr je la..padahal dh bbuah pokok tu. kecik lg, masak pon blom..sedihla jgk. Nasib dia yg tanam..hehehe

ieda said...

wahh seronoklahhh batrisya .. pokok dah berbuah ..

haaa jaga2 ngan abang tuu .. kena petik sebelum masak pulak nanti ;)

nur easy said...

Seronom kan kat sekolah sana ada xtvt mcm ni... pandai batrisya jaga

Amie said...

Bestnya Batrisya... pembelajaran cara hands on!