Wednesday, August 15, 2012

Murtabak Popia

Alhamdulillah dah hari ke 26 kita berpuasa. Sekejap je.. Malam ni malam ke 27. Masih sempat kita mengejar LailatulQadar, InsyaAllah.. Entry biskut raya takde. Memang tak buat pun lagi. InsyaAllah kalau rajin nanti buatlah. hehe.. yang makan kami je pun. Kami memang beraya pada 1 Syawal je, raya kedua dah macam biasa. Tahun ni mungkin seperti tahun lalu beraya tak sampai 10 orang. Takpe yang penting dapat sembahyang sunat Aidilfitri dan sedikit jamuan bersama yang ada pun jadilah. :D

Murtabak menu wajib bulan puasa. Guna kulit popia je pun. Intinya buat macam inti karipap cuma letak telur. Intinya buat nipis je, Lebih sedap makan garing2 gitukan. :D Terima kasih tuan punya resepi dan idea.

Sumber: Minami133 Myr

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

18 comments:

fazian.batrisyia said...

Belum pernah buat sendiri murtabak. Kat sini senang nak cari byk pilihan...tapi kena pandai pilih yg sedap...

fazian.batrisyia said...

Belum pernah buat sendiri murtabak. Kat sini senang nak cari byk pilihan...tapi kena pandai pilih yg sedap...

~ yus ~ said...

akak pun ada buat gak murtabak popia ni masa buka puasa hari pertama hari tu...

belajar masa kat Sheffield dulu kan...:)

SURIA AMANDA said...

amik resepi ye..nak cuba buat..jasi x jadi x tau la..hehehehe....haah i pas ni attach ngan boss baru tp masih di dept yg sama..

Cho Zila said...

makan kecik2 gini sedap gakkan... sekali ngap.. habis...

~~zana@pb~~ said...

Selamat hari raya As......taktau pulak akk kulit popia boleh buat murtabak. Lps raya nnti boleh cuba ni...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam As,

Menggoda betul tengok murtabak ni disiang hari ehe :D

Akak ingat As rajin menebar canainya rupanya guna kulit popia.. kalau macam tu akak nak cuba lah... akak bab mencanai ni malas sikit hahhaha :D

Daddy Ziyyad said...

betul tu..gunakan apa yg ada..asalkan ada rupa murtabak, okay lah tu :)

selamat hari raya ya..maaf zahir batin..

kalau byk duit boleh saya fly ke jepun melawat awak sekeluarga di hari raya..ekekekeke

Kesuma Angsana said...

hehe sempat juga wat murtabak ye!. KA nak ambik kesempatan ini utk wish selamat hari raya, mohon ampun maaf andai ada silap & salah spjg kita berblogging ini ye

MystoryPic said...

Senang je sekarang nak buat murtabak... tak perlu menebar kulit dia, sebelum ni ada baca kat blog terataknekcik.. pun sama mcm ni buat murtabak guna kulit popia

Unaizah said...

Bila dok oversea ni, atas kitalah nak memeriahkan hari raya (speaking from experience tau hihihihi). Anyway, akak nak wish Selamat Hari Raya to As sekeluarga.

Anonymous said...

PERNAH TAU RESEPI NI LAMA DAH. DAH PERNAH BUAT , MEMANG RASA MCM KAT KEDAI

Anonymous said...

pernah buat dah sebelum ni, member yg bg resepi . mmg rasa mcm yg jual kat kedai tu

cplud miera said...

wow. nampak sedapla kak as. Salam lebaran kak. :)

mama sara nur said...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

eruniahasano87 said...

huwaa thanks akk for sharingg..boleh cubaa niee hehe

LydSunshine said...

Sedapnya kuih ni. Raya As nanti 10 org je ke? Huhuhu.... Tapi takpe la... Tahun depan dah nak balik kan? Heheh.

Chekgu Azrine said...

SALAM AIDILFITRI YE ASMARA!!