Monday, August 13, 2012

Iftar hari ke 16 bersama tetamu istimewa..

Entry ni gambar makanan je. Iftar bersama tetamu takde pulak gambarnya. Isk2.. Iftar pada hari ke 16 berpuasa tempohari tarikh 5 Ogos 2012. Menu haritu buat nasi lobak merah, ayam percik kelantan, nasi impit dan rendang daging. Kuih muih yang dibuat kuih kole kacang, kuih Lopes, kuih sagu@bronok, popia crabstick dan cendol istimewa! :D
Ini pula menu dari tetamu2 istimewa kami! Terima kasih banyak Ami+Aki atas cucur sayur bersos dan tuna puff yang sedap sangat! sekelip mata dah selesai puff tu. ;D Cheese Cake ini pulak jauh datangnya dari Sendai oleh tetamu istimewa yang tak asing lagi iaitu Hanis+Mi+Ken Hamza! Terima kasih banyak Hanis, akhirnya dapat jugak merasa kek dari air tgn Hanis. hihi.. lama tu tunggu.
Menu lengkap atas meja. ;D Akhirnya ada jugak 2 keping gambar tetamu yang paling istimewa ni, Ken Hamza kesayangan ramai! :D Waktu ni Hamza hampir berusia 2 bulan, sekejap betul Hamza membesar dengan jayanya. Masa pegang dah rasa pegang baby usia 6 bulan, mama dia pun beritau dah boleh pakai baju baby yang 6 bulan. Isk2... geram betul. Comel, kakkoi(encem) dan wangi sangat! hehe.. Terima kasih Hanis+Mi+Ken, Aki+Ami yang sudi datang berbuka puasa bersama2 kami tempohari.  Oh ye haritu pun ada 2 lagi tetamu tapi sebab sorang demam, mama bungkuskan makanan untuk mereka dan juga pada sorang sensei. Alhamdulillah seronok sangat bila weekend dapat menjamu rakan2 dan tetamu. InsyaAllah.. panjang umur bertemu lagi dengan mereka2. :D

20 comments:

kasihredha said...

alahai bertuahnya ken hamza ni kan...
menu semuanya sedap2

nazayiena said...

Byknya menu,dan sedap2 semuanya.

fazian.batrisyia said...

Sedapnya dpt nengok jek ke...nanti blk mesia buat eh...

Faris Hilmi said...

Salam Kak As
Wah sedapnye ^0^ lapar dibuatnye :)
Comelnye Ken Hamza

FnF Simple Life said...

Fuhh... pengsan tengok juadah iftar... byk tuuu... seronoknye korang berkumpul ramai2 ;)

Ahlami said...

Thank you Kak As sefamily yang tak putus2 jemnput kami sokmo ke rumah kak as. lepas tu hidang makanan macam2 plak tuh. lepas tu sedap plak tuh! aisehhh. seronok sgt! hehe x pernah jemu tau makan masakan kak as :) sekali makan nak lagi! and sentiasa ternanti nanti ape laaa kak as masak. hihi x malu nyerr :P

Amie said...

ooooo sungguh meriah! Macam-macam menu yang terhidang.... nampak Hamza, rasa macam nak cubit2 pipinya.....gerammmm!

mama sara nur @ Cik Nor said...

meriahnya makanan, bestkan iftar ramai2

Hanis MY said...

Malunyaa smpt kak as snap ciskek comot ri haha. Sgt fak seswai kek2 ni tp nk buat kuih tak reti wuwuwu. Terima kasih sebab sudi menjamu kamu sekeluarga dan layan kerenah hamza. Mestilah nk jmpa lg kat mesia pun takmi lost contact insyaAllah.

Unknown said...

As salam Asmara,

Wah seronoknye iftar dgn sahabat2 di bumi Jepun! Hidangan pun boleh tahan sedap tu... Tahun ni balik raya tak? Kita tak balik, first time beraya diperantauan ni huhuhuu...

lady lavender said...

meriahnya semua juadah yg terhidang. Dapat buka puasa beramai-ramain ni lah saat yg paling best bg perantau :-)

Acik Erna said...

salam as..ada candol jugak tu..sedap2 menu as..untuk menjamu tetamu

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

semua nya nampak sedap belaka.. !

Chekgu Azrine said...

alolo..chomel ken hamza erk..bestkan sbb dpt brrkumpul dgn kwn2 serumpun..fmily jauh..kwn2 pengubat rindu kpd fmily..

RIZZNA said...

Iftar je dh mcm hari raya. Tp ok la, masih lg kekalkn makanan & budaya kita wlaupun brjauhan.

LydSunshine said...

Tgk korang berbuka ni mcm lagi happening plak drpd saya berbuka kat sini. Hehehe... Pastu makanan-makanan pun unik-unik. Puff tuna. Nyum sedapnya. Nama baby itu Ken Hamza ke? Comelnya.

Unknown said...

Salam perkenalan....
Meriahnya menu....sure seronok bila dpt berkumpul...:))

cahayahidupku.blogspot.my said...

Meriah lauk pauk dan kuih muih ye As... memang seronok As bila berbuka ramai-ramai ni... penat masak pun tak terasakan...

Dah besar Ken Hamza.. akak ingat dah 6 bulan rupanya baru 2 bulan.. pandai Hanis menjaganya... membesar dengan jayanya Ken Hamza :D

Anonymous said...

meriahnyer menu, pelbagai jenis tu!

Ain said...

ken hamza anak kak hanis sendai~~~