Catatan untuk kenangan dan memori kami nanti. Sebelum tu cerita makanan dulu la. hehe.. Tarikh 11 Ogos bersamaan Ramadhan ke 22. Iftar untuk 2 orang exchange student dari Malaysia yang datang selama 2 minggu di sini dan turut dijemput beberapa orang adik2 yang masih belum pulang berhari raya di Malaysia. Menu haritu yang mama masak Nasi Tomato, ayam masak merah, dalca, papadom, karipap, agar2 santan dan tepung pelita. Alhamdulillah..
Roti bersalut cheese dan sosej dibawa oleh satu2nya adik perempuan yang ada iaitu Aini. Selalu je Aini ni ada datang rumah jarang dapat bergambar dengannya. Sedap Aini masak! Dan menu special dari adik ABM(AkubukanMasterchef) Kiwi Bread Butter Puding! Memang sedap! bertambah2 makan sampai terlupa makan nasi. ;D Menu yang dibawa tetamu yang tak asing lagi Aki+Ami, (harus dijemput sebab kami je family yang ada kat sini) hehe.. roti jala yang cantik dan sedap! anak2 memang suka sangat! Juga popcorn chicken. Bapak budak ngan budak2 pon suka mkn ni. :D Terima kasih banyak Ami+Aki. Ami dah sarat jugak, 36 minggu waktu ni.
Ada jugak gambar candid masa jamuan. ;D Jemputan utama datang lewat sebab sibuk bershopping last minute. Turut hadir waktu tu Naju, Bulat dan Lan (takde gambar). hehe.. Esoknya sebelum pulang ke Malaysia Nabilah dan Emma sempat singgah rumah ucap selamat jalan. Terima kasih banyak pada mereka sudi berkunjung ke rumah dan juga bermesra dengan anak2 tersayang ni. Oh terima kasih banyak Emma sambal getuk nenek dia buat sedap sangat! tapi pedas! Lama betul tak makan. hehe.. Moga ukhwah yang terjalin berkekalan. Amin.. :)
*Sedihnya Ramadhan tinggal sehari lagi. Rindu..... moga dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang. Ameen...
14 comments:
Salam As,
Seronokkan dapat meraikan iftar beramai-ramai.. tambahan macam As diperantauan lagi seronok bila kawan2 datang meraikan bersama :D
Malam tadi akak tengok semanis kurma, tajuknya graduate ramadhan... sedih juga akak kerana ramadan akan berlalu pergi.. ustaz akasah kata adakah kita mendapat A+ untuk 3 semester yang diberi... huhuhu..
as..thn ni tak beraya kat mesia ker?
Selamat Ari Raya As...dan juga keluarga
Akk nak mohon maaf kalu akk de wat silap dan salah, terkasar bahasa, tersinggung ati dan tersilap laku sepanjang kite kenal..
lamaaa tak jumpa kan..rinduuu
Wah sedapnye,terliur tengk makanan tu ^0^
Wahh...meriahnye makan2... Salam lebaran buat As sekeluarga... maaf zahir dan batin... kat Msia sibuk dah nak raya, kita dok sibuk sedia iftar lagi kan3x...
Itulah...sekejap je sebulan tu kn... semoga mmperoleh keberkatan
As, sedapnya bread pudding kiwi tu. Ada kacang2 lagi kat atas. Roti jala tu pun nampak sedap.
Ooo..lupa. nak ucap selamat hari raya As. Petang ni dah nak balik pahang. So, tak jenguk blog 10 hari. Maaf ye kalo ada salah dan silap.
Tak terasa berada di perantauan sebab semua makanan malaysia disediakan... nampak semuanya sedap..
SELAMAT HARI RAYA
Selamat hari raya maaf zahir dan batin utk As sekeluarga.
Teruja tengok makanan yg sedap dan lazat.
Kuih apa yg ada kacang kat atas tu? nampak pun dah sedap.
juadah berbuka tuh semuo nmpk sungguh ohsem...:)
selamat hari raya yer...maaf zahir dan batin...:)
As salam Asmara,
Seronok! Seronok! Seronok! Kami bpeluang buka puasa di masjid je ramai2 itu pun bkn org Msia... Yang penting seagama :)
Salam Lebaran buat Asmara sekeluarga! Taqabbalallahu minna wa minkum... :)
salam aidilfitri utk asmara sekeluarga..
Makanan bombastik mcm selalu, best kmpul ramai2 ni
Ya ampun smlm dh ltk kamera kat sofa tp gambar lioa nk ambil uwaaa
Eh typo lupa bukan liao haha apapun terima kasih sudi singgah teratak buruk patik
Post a Comment