Wednesday, August 1, 2012

Laksa Penang / Asam

Selalu kot buat laksa ni, sebab laksa yang tersenang. Rajin pulak amik gambar, dah amik kita simpan la kat sini kan. hehe.. Guna ikan mackarel tin dan guna udon, memang sekejap je siap. Tak perlu rebus ikan buang tulang dan tak perlu rebus laksa dengan lama. Tetap rasa laksa yang enak! Daun kesum tu fresh dari pasu. Satu pasu besar daun kesum pemberian Umie untuk Ami dan saya. Terima kasih banyak Umie besar jasa tu, boleh jugak dipass2kan pada adik2 yang nak guna. ;D Resepi dari kak Zarina Sheffield, sewaktu pernah tinggal di sana tak lama dulu. Terima kasih kak Ina.

Laksa Penang
Bahan-bahan,

  • 1 paket laksa/udon
  • 1 tin mackerel
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji cili kering
  • 1 inci belacan
  • 5 keping asam keping
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 2 batang daun kesum
  • 1/2 liter air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • *Ulam*
  • Telur rebus
  • Bawang besar
  • Timun
  • Salad/Limau /cili padi
Cara-cara, 
  • Blend bawang besar, cili kering dan belacan
  • Masukkan ikan dan blend kasar
  • Rebus bahan kisar bersama asam keping, daun kesum dan bunga kantan
  • Masak hingga mendidih (guna api perlahan)
  • Rebus udon sekejap, toskan dan tuang kuah yang telah masak
  • Makan bersama bahan ulam. 

19 comments:

LydSunshine said...

As, semalam berbuka saya baru je makan laksa asam. Tapi beli je la. Kekeke. Oo.. untunglah ada daun kesom. Senang la nak masak asam pedas kot.

Mamasya said...

Salam As.laksa penang mmg favorit...kalau mkn boleh bertambah.
bestnya buat kuih cara dlm acuan takoyaki....boleh masak byk sekaligus..tak risau kuih nak hangit kan.
lukisan sawah tu menarik sekali....

sitiezahim said...

salam kak as..ikan makarel tin tu bukan sardin eh? hehehhe

Soo Hae Daa said...

Wah..sng rupenye nk wat laksa ni..lau gn tuna dlm tin leh x kak? Heheeh..sy mmg mls bab2 kena buang tulang ikan tuh..

mama sara nur said...

assalam
td beli jg laksa, nasib baik sedap he he kalu nk buat sendiri akak sorang je makan nanti
tunggu kot2 jiran ada yg hantar laksa nanti..

Amie said...

Biasanya penyediaan yang simple itulah yang sedap!!!!

laskar pelangi said...

salam ramadhan kak =)
saya suka laksa kelantan lagi dari laksa penang.sebab laksa penang kuah dia rasa cmtu..hik3

ieda said...

wahhhhhhhhhhhhhh rajin as buat
sedapppp nampak ;)

Nieda said...

Amboi As besarnya telur tu...mmg puas makan dengan laksa nmpaknya

CT said...

my paberet food..nyummmy...:)

Munira Yaakop said...

sedapnyaa..mmg fav ni.bez sgt..nti nk try rsipi ni =)

zila norazila said...

yummmy..best kuahnya yg masam2 tue..walalaa kecurr akk:)

Rai said...

saba eh? waii..saya suka apa jua jenis laksa..masam masam lemak pedas gitu..

Kamalia said...

bestnya kak As..ada daun kesum fresh lagi.kenapa umie tak bagi saya jugak?haha

SURIA AMANDA said...

alamak ai..terus rasa nak makan laksa plak..

Asmara said...

@Sitizahim, mackerel dlm tin, bukan sardin. hehe..

@Soohada, boleh je, akk pun kdg2 guna tuna. ;D

@Rai, haah ikan saba.

@Kam, meh dtg sini satu pasu besar dak umie bagi. hihi..

kakchik@ella said...

KC kan sejak kawin, tak penah buat laksa. tersangatlahhhh malas. hehe.

Juliet_iRa~" said...

sedapppppppp hehhe


my fav!

azrina albat said...

leh guna mee udon eh?nk try la..