Friday, August 10, 2012

Bon Odori Festival Kashinomi Yochien

Hari Sabtu 4 Ogos yang lepas, kami mengikuti Bon Odori Festival tahunan sekolah Haziq. Kali ni dibuat di luar sekolah sebab ada special Hanabi(bunga api). Kalau sebelum ni setiap tahun buat dalam dewan. Haziq yang dah siap2 pakai baju dari rumah untuk ke festival. Acara bermula jam 6-8 malam. Act. masa ni kan Ami+Aki buat jamuan berbuka puasa, tapi kami datang lewat. Alhamdulillah sebelum keluar tu kami sempat tolong apa2 dan buat sedikit kuih untuk jamuan. Kebetulan majlis buat kat dewan sebelah rumah.
Dah berkumpul dengan rakan sekelas. Ada ucapan dari guru besar, guru besar beritau dah 6 tahun tak buat festival ni diluar sekolah, sebelum ni memang dibuat di tepi sungai seperti tahun ini.  Haqem memang la suka nak duduk bersama abang Haziq dan kawan2.
Persembahan Taiko(drum) oleh kelas Yuri(5tahun). Tahun lepas Haziq main jugak. Lepas tu acara tarian obon. Mama ada ambil video, nanti rajin letak kat sini. Comel sangat tengok budak2 ni menari.
Menari bersama sensei, ala2 bersenam gitu. Budak2 kelas bawah (3 tahun) pun sama2 join.
Acara yang ditunggu, tengok Hanabi! Banyak jugak letupan kali ni, tak pasti berapa mungkin beratus2  kot. Seronok dapat tengok lebih dekat dan tak bersesak2. Kami berbuka puasa dengan air dan kuih. Alhamdulillah.. dapat lagi merasai pengalaman Festival di Jepun ni. ;)

*Selamat mengejar malam LailatulQadar...

14 comments:

Rai said...

rindunya nak tengok hanabi taikai. hanabi taikai kat sini tak berapa sangat.sikit.lepas tu coraknya sikit. kalau nak tengok yg best tengok kat putrajaya kalau tak silap.. once a year..

Acik Erna said...

assalam as..cantik bunga api..boleh la rsa macam nak raya dah tu

diana said...

festival ni untuk apa sebenarnya??

Daddy Ziyyad said...

best betul ada festival Hanabi tu....kita di Malaysia kurang aktif buat benda2 macam ni kan....

ps: lailatulqadar datang paling awal kat Jepun tau..:)

LubLy said...

seronok jerk tgk bdk2 nieh..comel..

FnF Simple Life said...

seronok xtvt sekolah Haziq. alahai buka puasa kat sekolah ye ;)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

besnyer.. salam ramadhan dan moga dipertemukan kita dengan lailatulqadar.. insyaALLAH (^___^)

Faris Hilmi said...

ni festival musim panas ke?

Teratak Hami said...

Time kat UM dulu ada peluang sensei bawak gie Bon Odori kat Matsushita Sport Center Shah Alam. Yang bestnya berpeluang dapat hadiah best2 klu terpilih masa menari Obon tu.

ishamizu said...

Ya Allah! Cutenya mrk..hehe. Suka tgk pakaian traditional kaler biru yg derg pki tu. nmpk best sgt festival tu, mst seronokkan! :)

Chekgu Azrine said...

meriahnya sis!!

Penyuluh Perikanan said...

kunjungan perdana salam kenal dan persahabatan
Blog yang sangat bagus, saya suka dan mengikuti 659
senang sekali jika anda juga follow kembali
ditunggu dan terima kasih

MystoryPic said...

Salam perkenalam ASMARA
saya pernah pergi sekali bon odori festival yg kat Malaysia... ni dia buat kat Shah Alam, taoi yg jadi masalahnya sbb waktu dia mula jam 6 ptg hingga malam. Besat juga dapat tengok budaya jepun

SURIA AMANDA said...

banyak betul festival kat Jepun eh..anak2 u dah fasih ckp jepun ke? almaklumla diorangsekolah kat sana