Saturday, August 25, 2012

Biskut Nestum rangup!

Rupa tak cantik yang penting rasanya yang sedap! Saya makan tak berhenti. isk2.. Kuih raya kedua yang dibuat bersama2 tart nenas tempohari. Nak simpan resepi kat sini untuk rujukan diri sendiri nanti. Nak habiskan stok nestum kat rumah. Budak2 tak nak makan nestum pun, tapi bila buat biskut ni laju je diorang makan! Terima kasih tuan punya resepi. :D Saya copy dengan gambar2nya sekali dari myresepi. hehe.. TQ!

Biskut Nestum
Sumber: Kak Besah Myr

Bahan-bahan ( tin susu 1 kg )

  • 1 buku butter @ 1 cawan majerin (250g)
  • 1 cawan mumbung gula icing(150g) @ 1 cawan rata gula halus(130g)
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan nestum keluarga dgn madu (yg biasa pun bleh)
  • 3 cawan rata tepung gandum (300g) & 1 sudu teh baking powder - diayak
  • lebihan nestum & ceri utk hiasan

Cara-cara

  1. putar butter dan gula hingga kembang. campurkan telur satu persatu sambil diputar 15 saat.
  2. campurkan tepung berselang seli dgn nestum. sambil diuli perlahan hingga mnjadi satu doh yg lembut. berhenti menambah tepung jika doh sudah elok lembut. (biar ia nmpak lembik skit, coz kejap lagi ia akn mengeras)
  3. Dsc00399
     ambil sedikit adunan, bulatkan sebesar ibu jari, leperkan sedikit, lalu ditekan ke atas lebihan nestum. susun atas dulang yg dah disapu butter/majerin.
  4. Dsc00402
     ikut suka lah nak hias camana yer, akk buh ceri hijau je di tengahnya. ank akk prnah tanya ngapa ceri hijau, bkn merah? akk kata, sbb ceri merah nk bubuh atas bunga dahlia/semperit, mklum lah org lama, mana pandai nk hias2 stail moden2 ni..hehe..
  5. Dsc00405
     pastu bakarlah dlm suhu 150c slama 30 minit @ sehingga masak. akk suka guna suhu rendah biarpun lama masa mmbakarnya. asalkan biskut jd garing & ranggup.
  6. p/s; berhati2 bila mmbubuh tepung, sbb sifat nestum mengembang, kualiti tepung & butter/majerin berbeza2, so bila dh agak2 cukup kental lembut doh tu, tak payah lah habis kn bubuh tepung tu. simpan baki tpung utk buat biskut lain plak yer.
  7. Dsc00396
     ni contoh cawan yg akk guna. jika tepung, rata=100g, jika gula halus rata=130g(x trmasuk cwn)

6 comments:

Chekgu Azrine said...

fuh..rajin sungguh!!

Acik Erna said...

assalam as..acik ambil resepi simpan ye..mana tau tibaa2 datang rajin nanti nak buat jugak

ADEEYA said...

Rajinnya . Hehe happy eid :)

profmie said...

slm aidilfitri..
sedpkn biskut ni

ieda said...

salam as
rajin as buat kuih ..
sedap nie
janji rasa dia kan ;)

Kamalia said...

akk, last week pun saya buat biskut ni tp guna resipi lain..best jugak,nnt saya share..ok, yg ni pun nak cuba jugak nnt..sebabnya saya suka biskut jenis camni..hehe